Monday, 24 August 2015

Guna kapal korek tak apa , tapi jangan korek kapal

Lokasi : Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu,Terengganu

Acara : Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Kuala Nerus oleh PM Najib Razak

Tarikh : 22/8/2015


Formula lima K Najib elak Umno karam

Datuk Seri Najib Razak menasihati ahli Umno itu supaya tidak mengamalkan sikap "mengorek kapal" bagi memastikan parti itu tidak "tenggelam".
Dengan memberikan formula lima "K", Najib mengumpamakan Umno sebagai sebuah kapal dan menasihati akar umbinya tidak mengkhianati parti.
Menjelaskan maksud "K" itu perdana menteri berkata, pertama ialah jangan "khianat" kepada parti dengan mengamalkan sikap peteh keting (tikam belakang).
"K yang kedua, jangan korek kapal. Kalau kita korek kapal apa akan terjadi? Maknanya kita semua akan mati lemas. Ini mesti dielakkan.
"Semangat kepartian mesti ada. Setia kawan mesti ada. Susah senang kita kena bantu," katanya dalam ucapan perasmian mesyuarat Umno Kuala Nerus, Kuala Terengganu hari ini.
Turut hadir, Ketua Umno bahagian itu yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Jaga aib masing-masing
Selain itu, Najib berkata, perkara yang perlu diamalkan oleh semua ahli parti ialah menanamkan semangat "kerjasama", "kemampuan" dan "keyakinan" kepada parti.
Sementara itu, Najib turut memberi peringatan kepada kira-kira 400 perwakilan Umno Kuala Nerus supaya tidak mengaibkan antara satu sama lain.
Menurut Najib, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa di dalam parti.
Namun, katanya, perbezaan dan perbalahan yang wujud tidak wajar dihebohkan bagi menjaga aib masing-masing.
"Perbezaan pendapat biasa dalam Umno, dalam sejarah kita. Tapi perbezaan pendapat biarlah cara beradab. Orang Melayu ni ada seni dia, seni orang Melayu.
"Ibarat kita sama kita berbalah, jangan kita singkap semua habis barai semua orang tahu. Akhirnya kita akan ditertawakan.
"Tapi kalau kita ada pendapat berbeza, tegur cara beradab. Jaga keaiban kita kerana Islam menyuruh kita menjaga keaiban orang. Jangan jatuhkan dan aibkan orang," kata Najib lagi.

Video ucapan perasmian (FULL / Penuh)



 2
 3
 4
 5
  6
 7
 8
 9
  10  
   

Friday, 21 August 2015

Tun M berkongsi pengalaman bersama TPM dizaman beliau mentadbir

Lokasi : Dewan Chancellor, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak

Acara : Chancellor Public Lecture - "Social Evolution in Malaysia : What's Next?"

Tarikh : 19/8/2015


Video syarahan penuh akan dimuatnaik dalam masa 24 jam. Ada sedikit masalah teknikal dengan sistem yg saya gunakan ini.


Video 1 -  Tun Dr Mahathir menjawab soalan seorang pesara guru yang ingin mengetahui samada Muhyiddin Yassin mengalami nasib yang sama seperti tiga bekas Timbalan Perdana Menteri yang tidak berjaya menjadi Perdana Menteri... #kandiddanbersahaja


Video 2 - Tun Dr Mahathir menjawab soalan mengenai sistem perlantikan pemimpin politik dan eksekutif yang mengepalai pentadbiran kerajaan (in English)



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Tuesday, 18 August 2015

UMNO Kampar mahu TSMY kekal sebagai Timbalan Presiden

Lokasi : RTC Gopeng, Perak

Acara : Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kampar, Perak

Tarikh : 16/8/2015


Video 1 - Saranan Mukhriz mengenai cara menangani isu dalam parti. Biarlah dengan cara 'menarik rambut dalam tepung' ...rambut tak putus, tepung tak tumpah...


Video 2 - Kenanglah jasa dan pengorbanan Tan Sri Mahyuddin Yassin yang telah berkorban demi UMNO selama 40 tahun ... Mukhriz dan UMNO Kampar bersetuju TSMY dikekalkan dalam jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden kerana jawatan tersebut adalah pilihan ahli dan bukan nya perlantikan oleh Presdien


Video 3 - Media pro-UMNO menjadi ajen pemecah perpaduan dikalangan ahli UMNO dan rakyat Malaysia am nya. Adalah tidak beretika dan masuk akal apabila musuh UMNO digunakan oleh stesyen TV pro-UMNO untuk menyerang kepimpinan UMNO. Ini ada lah salah satu punca utama media sosial menjadi begitu popular apabila rakyat sudah menjadi muak dan jelak dengan media arus perdana yang tidak seimbang dalam laporan berita mereka.


Video 4 - Jawab saja lah dengan tepat dan jangan anggap rakyat bodoh. Jangan keluar kenyataan yang bukan bukan dan tidak menjawab soalan yang sebenar. Siapa yang sebenar tidak berapa cerdik jika soalan pun tak boleh jawab dengan tepat.  Jangan ganggu ajensi dan suruhanjaya yang diamanahkan untuk menyiasat dari menjalankan tugasan mereka sehingga selesai


Video 5 - Tidak dapat dinafikan skandal RM2.6 billion yang dimasukkan kedalam akaun Presiden melunturkan integriti UMNO. Mukhriz sedar kedudukan jawatan beliau yang dilantik oleh Presiden boleh ditarik balik bila bila masa sahaja. Beliau tidak selesa terpalit secara tidak langsung dengan skandal dana RM2.6 billion sebagai pemimpin di peringkat negeri.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 16 August 2015

Rakyat Malaysia ditakutkan dengan konspirasi gulingkan kerajaan ?

Lokasi : Dewan Dato' Setia Mufti Shuib, Ampang

Acara : Perasmian Mesuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ampang

Tarikh : 15/8/2015


Dalam keadaan ekonomi negara yang sedang gawat dan suasana politik yang semakin tidak menentu, rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan pendedahan oleh Zahid Hamidi bahawa satu 'komplot jahat' oleh seorang pemimpin UMNO / BN sedang digerakkkan untuk menjatuhkan Najib Razak dan kabinet beliau.

Cara nak menjatuhkan kerajaan Najib Razak ialah melalui Akuan Bersumpah atau Sttautory Declaration oleh cukup jumlah Ahli Parlimen yang menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Akuan Bersumpah ini akan diserahkan kepada YDP Agong untuk mendapat perkenan dan seterusnya melantik Perdana Menteri yang baru tanpa perlu melalui proses pembubaran Dewan Rakyat.

Saya difahamkan proses ini dapat dilakukan mengikut prosedur ketika menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat / Nizar Jamaluddin di Perak. Ketika itu kesemua ADUN BN menandatangani Akuan Bersumpah ditambah dengan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang berpaling tadah. Sultan Azlan ketika itu telah memperkenankan pertukaran Menteri Besar Perak dari Nizar Jamaluddin kepada Zambry Kadir tanpa melakukan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri sekali lagi.

Saya juga mendapat khabar bahawa Tun Dr Mahathir telah melakukan pertemuan berasingan bersama Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi dan Tengku Razali pada hari Selasa 13/8/2015 sbelum beliau berangkat ke Italy. Itu sahaja yang dapat saya berkongsi bersama pembaca sekalian. Yang pastinya Zahid Hamidi akan menggunakan segala kelebihan yang beliau ada sebagai Menteri Dalam Negeri untuk melakukan 'Counter Strike' dan memastikan masa depan politik beliau tidak tergugat.   



1
 2
 3
Saya hanya guna G-Shock
 5
Saya hanya guna G-Shock
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 14 August 2015

Jangan terikut ikut cara pembangkang yang boleh menjahanamkan UMNO

Lokasi : Perkarangan bangunan pejabat Perbadanan Putrajaya

Acara : Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat WP Putrajaya

Tarikh : 13/8/2015




Video 1 - Ini nasihat Tengku Adnan kepada ahli UMNO ketika diajukan soalan berikutan tindakan seorang ahli wanita UMNO Langkawi yang mendakwa telah "dikencingkan" Najib Razak "penipu" ketika Mesyuarat Wanita UMNO Langkawi baru-baru ini..


Video 2 - Perhimpunan Agung UMNO, PAU 2015 akan dilakukan sebelum penghujung tahun 2015 setelah semua Bahagian selesai menjalankan mesyuarat masing-masing 


Video 3 - Khas untuk penduduk Putrajaya ini saranan dan nasihat Tengku Adnan untuk mengurang dan mengelakkan kejadian kecurian yang meningkat sejak kebelakangan ini



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10