jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label menteri besar kedah. Show all posts
Showing posts with label menteri besar kedah. Show all posts
Acara : Perjumpaan perwakilan UMNO Kedah dengan Presiden UMNO berikutan komplot
menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir
Tarikh : 22/1/2016
Sepetang melangut di PWTC tersia-sia sahaja apabila perwakilan UMNO yang dijemput mengadap Presiden UMNO tidak dibenarkan berkongsi apa apa maklumat dengan pihak media mengenai perjumpaan tersebut. Malah Presiden UMNO sendiri balik awal dibawah kawalan ketat dan dengan peringatan kepada pihak media untuk tidak menyiarkan sebarang foto beliau semasa tiba dan ketika meninggalkan majlis. Ikuti catatan Instagram saya ketika berada dilokasi.
Datuk Zin Mustapa, Timbalan Pengerusi #GKCM mengesahkan bahawa satu lagi memo mendesak tindakan keatas Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kedah yang berkomplot menjatuhkan MB Kedah telah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Ini dilakukan setelah Setiausaha Agung UMNO memberi jawapan yang tidak langsung boleh diterima oleh #GKCM mengenai perkara yang sama
#GKCM meminta UMNO tidak mengamalkan 'double-standard' dengan mengambil tindakan disiplin yang sama keatas Ketua-Ketua Bahgaian yang berkomplot mendesak Mukhriz dipecat dari jawatan MB sepertimana tindakan diambil setelah desakan dilakukan oleh #GKCM untuk #undurnajib.
#GKCM tidak akan teragak agak membuat bantahan dengan membakar Buku Perlambagaan UMNO sebagai tanda kekecewaan akar umbi yang melihat Perlembagaan UMNO sendiri dipersendakan oleh pentadbiran UMNO sekiranya tiada tindakan diambil keatas Ketua-ketua Bahagian yang terlibat.
Acara : Penyerahan memo oleh GKCM desak tindakan keatas Ketua-ketua Bahagian UMNO
yang berkomplot menjatuhkan MB Kedah, Mukhriz Mahathir
Tarikh : 21/1/2016
Video 1 -
Kalau Ketua-ketua Bahagian yang berkomplot menjatuhkan Mukhriz Mahathir boleh menyenaraikan alasan-alasan mereka, #GKCM pun punyai alasan-alasan mereka sendiri untuk mendesak #undurnajib... ikuti apakah alasan-alasan mereka.
Video 2 - #GKCM membidas dan manyanggah tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian yang berkomplot untuk menjatuhkan Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah. Ikuti ulasan wakil #GKCM point by point
Video 3 -
Kalau Ketua-ketua Bahagian yang berkomplot menjatuhkan Mukhriz Mahathir boleh menyenaraikan alasan-alasan mereka, #GKCM pun punyai alasan-alasan mereka sendiri untuk mendesak #undurnajib... ikuti apakah alasan-alasan mereka.
Kiasan yang berisiko besar oleh Menteri Besar Kedah. Siapa lah yang dimaksudkan bengap sangat tak reti menjawab soalan yang diajukan berulang kali dengan tepat ??
..Tuan-tuan ada jawapan ??
Lokasi : Kompleks Majlis Belia Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah
Acara : Sidang media Majlis Belia Negeri Kedah dan NGO belia bagi menyatakan sokongan
tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir
Tarikh : 4/9/2015
Video 1 - Majlis Belia Negeri Kedah menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah . Mereka memberi peringatan kepada kepimpinan negara bahawa Mukhriz lah yang menjadi salah satu faktor kemenangan BN Kedah dalam PRU13 kerana telah berjaya menarik sokongan pengundi muda. Majlis Belia Kedah juga menuntut Najib Razak menunaikan segala janji manifesto yang dibuat beliau dalam PRU13 yang lalu, salah satu yang utama ialah Litar Motor.
Video 2 - Kenyataan oleh Muhmaad Nur Faruqi Ismail, Ahli Parlimen Belia Kedah yang menyatakan sokongan kepada Mukhriz Mahathir yang telah menjalankan tugas dengan baik sebagai Menteri Besar Kedah terutama nya dalam memberi sokongan kepada golongan belia.
Lokasi : Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim,Alor Setar Kedah
Acara : Solat Hajat Perdana untuk kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran Kedah & Malaysia
Tarikh : 3/9/2015
Ini lah cara yang terbaik bagi seseorang terutamanya pemimpin yang sedang berhadapan dengan krisis, samada dengan orang bawahan atau dengan orang yang diatas.
Mukhriz berserah segala nya kepada Allah untuk menentukan untung nasib kerajaan negeri Kedah dibawah kepimpinan beliau..
Adun Bukit Lada Patut Fokus Selesai Masalah Sosial dan Dadah di kawasan sendiri.
- Sidang Media Kepimpinan UMNO Bahagian Pokok Sena-
Kepimpinan Umno Bahagian Pokok Sena dan bukit lada menyokong penuh YAB DS Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri demi survival kelangsungan pembangunan negeri Kedah.
Kami berharap agar Adun bukit lada memberi fokus kepada tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat Dun Bukit Lada sebelum menunding jari mencari kesalahan pihak lain.
Kami mahu Adun menangani masalah sosial (sarang penagih dadah dan air ketum) di Bukit Lada yang kian meruncing dimana minggu lalu pihak STING PDRM telah membuat serbuan. Dalam serbuan tersebut polis berjaya merampas daun ketum 2000 gram, air ketum, ganja, heroin dan syabu.
Jadi adalah lebih baik Adun Bukit Lada selesaikan masalah kawasan sendiri terlebih dahulu dari memikirkan masalah negeri yang kononya tidak membangun.
Kami sebulat suara mahu Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan MB Kedah.
DSMM telah melakukan yg terbaik di Kedah. Adalah tidak wajar jika beliau ditukar.
Video 1 - Tun M yakin Mukhriz juga akan dikenakan tindakan pemecatan dari jawatan Menteri Besar tidak berapa lama lagi. Beliau juga pernah dipecat pada zaman Tunku Abdul Rahman dahulu tetapi telah berjaya menjadi Perdaan Menteri pula selepas itu.
Tun M mengingatkan mereka yang in memecat supaya bersedia menghadapi kesan dari pemecatan tersebut.
Acara : Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kampar, Perak
Tarikh : 16/8/2015
Video 1 - Saranan Mukhriz mengenai cara menangani isu dalam parti. Biarlah dengan cara 'menarik rambut dalam tepung' ...rambut tak putus, tepung tak tumpah...
Video 2 - Kenanglah jasa dan pengorbanan Tan Sri Mahyuddin Yassin yang telah berkorban demi UMNO selama 40 tahun ... Mukhriz dan UMNO Kampar bersetuju TSMY dikekalkan dalam jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden kerana jawatan tersebut adalah pilihan ahli dan bukan nya perlantikan oleh Presdien
Video 3 - Media pro-UMNO menjadi ajen pemecah perpaduan dikalangan ahli UMNO dan rakyat Malaysia am nya. Adalah tidak beretika dan masuk akal apabila musuh UMNO digunakan oleh stesyen TV pro-UMNO untuk menyerang kepimpinan UMNO. Ini ada lah salah satu punca utama media sosial menjadi begitu popular apabila rakyat sudah menjadi muak dan jelak dengan media arus perdana yang tidak seimbang dalam laporan berita mereka.
Video 4 - Jawab saja lah dengan tepat dan jangan anggap rakyat bodoh. Jangan keluar kenyataan yang bukan bukan dan tidak menjawab soalan yang sebenar. Siapa yang sebenar tidak berapa cerdik jika soalan pun tak boleh jawab dengan tepat. Jangan ganggu ajensi dan suruhanjaya yang diamanahkan untuk menyiasat dari menjalankan tugasan mereka sehingga selesai
Video 5 - Tidak dapat dinafikan skandal RM2.6 billion yang dimasukkan kedalam akaun Presiden melunturkan integriti UMNO. Mukhriz sedar kedudukan jawatan beliau yang dilantik oleh Presiden boleh ditarik balik bila bila masa sahaja. Beliau tidak selesa terpalit secara tidak langsung dengan skandal dana RM2.6 billion sebagai pemimpin di peringkat negeri.
Acara : Iftar bersama Menetri Besar Kedah, DS Hj Mukhriz Tun Mahathir
Tarikh : 5/7/2015
Dalam kemelut Tun Dr Mahathir dan Najib Razak, Mukhriz tersepit ditengah tengah mahukan penjelasan yang benar dari Najib demi perpaduan dan penyatuan ahli UMNO menjelang PRU14..
Ikuti rakaman suara ucapan Mukhriz sebelum berbuka puasa. Beri perhatian kepada penekanan kesetiaan kepada pemimpin walaupun pemimpin itu seorang yang zalim tetapi berlatar belakangkan keadaan UMNO sekarang ini dimana ahli mahukan kebenaran demi memberi sokongan yang tidak "membabi buta"..
Lokasi : Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam
Acara : Penamaan calon bagi PRK P.44 Permatang Pauh
Traikh : 25/4/2015
Seruan Menteri Besar Kedah DS Mukhriz Mahathir kepada pengundi Permatang Pauh...Fikirlah untuk kepentingan diri sendiri. Lakukan lah perubahan sekarang. Pilihlah calon BN, calon tempatan yang dapat memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk msyarakat setempat.