Google+ Followers

Tuesday, 15 January 2013

Abang Mat says thank you




Kenyataan Media Pakatan Rakyat 15 Januari 2013

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu. Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 perserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik. Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut.

Adalah dimaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut adalah berjumlah RM268,802.10. Jumlah ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini.

Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.

Tentunya usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Hj Muhammad Sabu
Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat


6 comments:

  1. Tabung lagi. Bodoh bebeno PR nih.

    ReplyDelete
  2. Tabung Memali akaun aktif lagi tak? :P

    ReplyDelete
  3. 500,000 perserta? kata 1 juta? dah tipu pun tak dapat sejuta. malu weehh..

    ReplyDelete
  4. Tu pasal Bilik 121 bersama Normah di Hotel di Kota Bahru, Kelantan jadi HKR 112. Nombor lebih kurang sama tapi terbalik. Sejarah tetap sejarah tak akan dilupakan oleh manusia yang normal. Puji PDRM Mat Sabu buat lawak nak pancing undi PRU 13....tapi dia komunis.

    ReplyDelete
  5. Betulke yang datang 500 ribu orang?. Kenapa derma dapat tak sampai pun RM 300 ribu?. Kalau RM 1 sorang dah dapat RM 500 ribu. Polis kata anggaran 40 ribu orang sahaja. Pembangkang buat himpunan oren, hijau , bersih 1,2 dan 3 hanya untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada pemimpin negara. Ceramah penuh maki hamun kerajaan yang ada. Berjuta diluar sana yang cintakan keamanan meluat dengan gelagat sebahagian pemimpin pembangkang yang suka cakap besar, berbohong dan gila nak berkuasa. Kenapa Mad Sabu biarkan pihak gereja bekalkan makanan kepada peserta demonstrasi yang diragui status halalnya kepada orang Islam?. Pendedahan blog siap dengan gambar sebagai bukti.

    ReplyDelete
  6. audit tabung tu.. jgn tak audit...

    buat bayar ganti rugi peniaga kecil kat KL punboleh.. kesian kat depa ni.

    telus dan amanah...

    ReplyDelete