Thursday 17 January 2013

Anwar pertimbang tindakan hina mahkamah keatas KJ

Venue, Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am


1.
 2.
 3



KENYATAAN MEDIA  |  17 JANUARI 2013
KHAIRY JAMALUDDIN MENARIK BALIK TUDUHANNYA DAN MENGESAHKAN WATAK PERKAUMAN UMNO

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa “beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat”.

Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Dato’ Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.

Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian ( Settlement Terms ) yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.

Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut:

“Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved.”

Khairy dan Pemuda UMNO sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah “pengkhianat perjuangan Melayu” dan “boneka Amerika Syarikat dan Yahudi”.

Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini.

Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah:

“Tuan-tuan, saya balik daripada Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin Melayu di ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu.

Sekarang ini Anwar sudah masuk kawasan-kawasan kaum Tiong Hwa. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

Tuan-tuan, sudah jadi macam ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan kehidupan kita oleh kerana politiknya.”

Bukan sahaja beliau menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini.

Muka surat 11 transkrip ucapan Khairy yang dijadikan bahas kes di mahkamah pula menyebut:

“Pilihanraya yang akan datang adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada PAS yang sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat asing?

Dari transkrip ucapan yang menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menghina perjuangan PAS. Dakwaan Khairy bahawa kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada transkrip ucapan beliau yang disediakan oleh peguam UMNO sendiri dan bukannya mana-mana laporan akhbar.

Oleh sebab itulah, syarat penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pendirian awalnya yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy pada 1 Ogos 2007.

Oleh yang demikian, apabila beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen UMNO sebelum ini.

Kenyataan - kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur. Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah menarik balik fitnah yang dibuatnya.

Namun, lebih membimbangkan adalah kenyataan - kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau.

Perkara ini perlu diberi perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy Jamaluddin harus menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai oleh pengundi-pengundi.

Setelah meneliti kenyataan - kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya berpendapat ianya mempunyai unsur - unsur menghina Mahkamah (contempt) yang perlu dirujuk semula kepada Mahkamah.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN


2 comments:

  1. paku dulang, dulang serpih...
    nak saman orang, ko tu yg lebih anwar...

    ReplyDelete