Google+ Followers

Wednesday, 15 January 2014

Hairee KOOL naik pelamin kali ketiga

Lokasi : Kg Kerdas 3, Gombak, Selangor

Acara : Majlis Persandingan Hairee KOOL & pasangan Noor Helen Jack Arafa

Tarikh : 12/1/2014


Hairee Kool kahwin kali ketiga
(di petik dari Utusan.Com)

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Anggota kumpulan Kool yang popular pada tahun 1990-an, Hairee, selamat diijabkabulkan dengan Noor Helen Jack Arafa, 36, di Masjid Asy-Syakirin, Gombak dekat sini hari ini.

Hairee atau nama sebenarnya Mohd Khairi Yaakob, 46, berkata, dia tidak menduga akan bertemu jodoh buat kali ketiga selepas mengenali Noor Helen dalam masa tiga bulan sahaja.

"Saya mengenali dan mula rapat dengan isteri saya pada September tahun lepas. Kami berkenalan selepas dia menghubungi saya bagi mendapatkan khidmat penyediaan makanan untuk majlis anjuran syarikat menjual kereta tempatnya bekerja.

"Selepas perkenalan itu hati saya memang terdetik untuk berkahwin dan syukur niat itu dimakbulkan Allah," katanya kepada Utusan Malaysia.

Bapa kepada Nardiha, 25, Md. Firdaus, 20, Aina Mardiah, 18, Md. Faiz, 17, dan Md. Danial Hakim, 13, itu mengadakan majlis kenduri di rumah keluarganya di Gombak yang dihadiri kira-kira 500 tetamu termasuklah lebih 20 rakan artis seperti Datuk Aziz Sattar, Halil Chik dan Tok Ki.

Hairee yang telah menduda sejak 13 tahun lalu selepas bercerai dengan penyanyi Safura Yaacob berkata, biarpun telah berumahtangga dan semakin sibuk dengan perniagaan katering, dia akan terus aktif dalam bidang seni suara tempatan.

"Saya masih menyanyi bersama kumpulan Kool yang antaranya dianggotai oleh Riot. Kami juga telah menubuhkan kumpulan GX-4 Alliance yang turut dianggotai oleh kumpulan A To Z, Nico dan Shades," katanya yang merupakan anak saudara penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim.


Saksikan bagaimana Bomoh Hujan moden menjalankan tugasan menghalang hujan…pelek tapi benar..

1/42
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
9
10


11
 12
 13
 14
 15
 16
 17  Mak Jah bersama Mak Teh
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30  Tok Ki dengan peminat
 31
 32
 33
 34
 35
 36
 37
 38  Bersama gang bikers 
 39
 40  Aziz Sattar berkerusi roda kali ini.. Bulan lepas di majlis yang lain beliau masih sihat dan boleh berjalan normal
 41
 42