Wednesday 29 January 2014

DBKL ada skim untuk penyewa sukar bayar

Lokasi : Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Penyampaian Sumbangan kepada
1. Surau Perumahan Awam dan PPR DBKL
2. Skim Bantuan Sewa Rumah (Perumahan Awam dan PPR)

Tarikh : 28/1/2014


DBKL telah memperkenalkan Skim Bantuan Sewa Rumah / Tunggakan PPR / RA DBKL sebagai salah satu inisiatif untuk membantu golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah dan mempunyai tunggakan sewa yang tinggi.

Dana bagi Skim Bantuan Sewa Rumah ini berjumlah RM17.33 juta iaitu 10% daripada hasil jualan Perumahan Awam / PPR MTEN. Sejak ianya dilancarkan  pada Jun 2012 seramai 1,644 orang telah layak untuk menerima bantuan dibawah Skim tersebut. Ianya melibatkan perbelanjaan berjumlah RM4.25 juta.

Hari ini seramai 350 orang terdiri daripada golongan ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah, warga emas dll menerima surat pengesahan penerimaan skim bantuan sewa rumah ini.

Tengku Adnan turut juga menyampaikan bantuan kepada 57 surau Perumahan Awam dan PPR DBKL untuk memperkasakan penganjuran program-program dan aktiviti berbentuk kesedaran kepada golongan sasar seperti golongan remaja di komuniti sekitar surau terbabit.



 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10



11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
22
 23
 24
 25
 27
 28
 29



No comments:

Post a Comment