Sunday 19 January 2014

Orang tengah pro-pembangkang dalang harga naik

Lokasi : Jalan Raja Bot, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Maulidul Rasul bersama Komuniti Peniaga Acheh

Tarikh : 18/1/2013
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Beliau berkata 'orang tengah' ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.

"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN. Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot di sini Sabtu.

Beliau turut mengingatkan para peniaga Islam dan bukan Islam supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menyifatkan pihak yang memainkan isu 'kangkung' sebagai bodoh.

"Saya hendak bagi tahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Mereka tidak tahu connotation (makna tersirat) apa maksudnya kerana kangkung ini murah boleh ditanam merata-rata.

"Datuk Seri Najib sebenarnya hendak sebut, kenapa ini pun boleh jadi harga turun naik," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Adnan meminta peniaga-peniaga masyarakat Acheh menyokong usaha Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu kenaikan harga barang.

"Peniaga-peniaga Acheh yang ada di Jalan Raja Bot, Datuk Keramat, Kampung Baru dan persekitaran negara ini, saya merayu agar membantu kerajaan BN kerana kebelakangan ini banyak orang telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

"Saya berharap Persatuan Peniaga Acheh akan menjadi contoh untuk menurunkan harga supaya rakyat di negara ini dapat menikmatinya," katanya.

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut dipakaikan songkok khas sebagai tanda pelantikan beliau sebagai Penaung Komuniti Masyarakat Acheh Malaysia.

-- BERNAMA



FB entry https://www.facebook.com/minaq.jinggo/posts/10152144293854663?comment_id=29289130&offset=0&total_comments=2&notif_t=share_comment

BN bukan 'Harga Naik' tetapi BN stands for 'BETTER NATION'



1
2
3
4
6
7
8
9
10

11  Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memakai topi tradisional Aceh 'Kopiah Meukutop' sambil dibantu oleh Presiden Komuniti Masyarakat Aceh, Mansyur Usman
12
13
14
15
16
17  Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal turut di hadiahkan topi tradisional Aceh 'Kopiah Meukutop' oleh Presiden Komuniti Masyarakat Aceh, Mansyur Usman
18
19
20
21
22
23
24
25


4 comments:

  1. mcm mana negara nak ke hadapan...kalu kita masih ada menteri yg mcm ini...

    ReplyDelete
  2. betul lar klu ada menteri mcm anuar ibrahim bagus

    ReplyDelete
  3. kah kah kah kalau Awnar lagi bagusss. tengok saja lah selangor yang maju kehadapan sehingga jauh berkilo kilo meter meninggalkan semua negeri sejak dia jadi punaisihat. . kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Cuba la kabinet tu org berpendidekan.

    Serta ada maruah.

    Ku nan hidup senang dgn duit underworld cina mcm vinncent tan. Tak layak nak salahkan org tengah.

    Gambar kelihatan mcm mulut penuh darah mcm vampire

    ReplyDelete