Google+ Followers

Wednesday, 4 February 2015

Ismail Sabri tidak sebodoh Presiden MCA yang menyerang secara terbuka

Lokasi : Riverside, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan solidariti bersama Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob

Tarikh : 3/2/2015


Kira-kira 200 orang yang kebanyakan nya Pemuda UMNO telah berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Ismail Sabri yang berhadapan dengan back-lash dari kepimpinan MCA. Ianya berhubung saranan beliau untuk memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah turun. Rujuk artikel di SINI

+++++++++++++++++++++++
KENYATAAN AKHBAR MANTAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Kami merujuk kepada isu komen saudara YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  Menteri Pertanian dan Asas Tani merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Malaysia di laman FB dan media social mengenai Isu Harga Barangan yang telah dipolemikkan dengan hangat sejak tiga hari lalu.

Kami, mantan-mantan Pemuda Umno Malaysia berasa terpanggil untuk membicarakan hal ini disebabkan Saudara YB DS Ismail adalah seorang rakan akrab yang telah lama berjuang bersama-sama demi agama, bangsa dan Negara.

Ketika bergiat di dalam Pergerakan Pemuda Umno, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuklah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Temerloh dan Exco Pergerakan Pemuda Umno peringkat nasional.

Sehubungan itu, kami bukan saja sangat kesal tetapi berasa amat marah terhadap kenyataan berbaur kecaman yang dilemparkan terhadap beliau oleh pelbagai pihak, khususnya para pemimpin parti MCA termasuk Ketua Pergerakan Pemudanya.

Kami menganggap kenyataan-kenyataan tersebut sebagai BODOH, BIADAP dan TERSASAR!

Bodoh kerana kenyataan beliau tersebut bertujuan membela nasib rakyat terbanyak dalam soal harga barangan yang seharusnya diturunkan sejajar dengan pengurangan harga minyak.

Inilah intipati perjuangan YB Saudara Ismail Sabri yang kami kenali selama ini!

Apatah lagi  bagi parti MCA yang survival politik kepimpinannya  hari ini terlampau banyak bergantung kepada ehsan penyokong dan pemimpin parti UMNO., serta orang-orang Melayu.

Maka kami sama sekali tidak dapat menerima apabila dalam isu ini Pemuda MCA tergamak senada dan seirama pula dengan parti pembangkang yang adalah jelas dan nyata seteru politik kepada Umno dan Barisan Nasional!
Pada hemat kami, sudah terang lagi bersuluh – wajah sebenar MCA dan para pemimpinnya dalam konteks hubungan sesama parti komponan BN kini amat terserlah.

Sebenarnya sekian ramai ahli-ahli Umno di akar umbi sangat terguris dengan tindak tanduk MCA yang kadang kala lebih chauvinist  daripada parti-parti pembangkang.

Hal ini sekali lagi tertonjol dengan kebiadapan Ketua Pemuda MCA, bila mana beliau mempersoalkan kesesuaian Saudara YB DS Ismail Sabri sebagai seorang anggota dalam Jemaah Menteri!!!

Pelantikan Menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri!!!

SIAPA dan APA HAK Ketua Pemuda MCA untuk mempertikainya!!!

Sebaliknya,  kedudukan MCA sebagai parti komponen yang tidak banyak menyumbang kepada kekuatan BN harus  dikaji semula.

++++++++++++++++++++++++++++++

Video 1 : Ismail Sabri tidak akan minta maaf atau tarik balik seruan untuk pengguna memboikot barangan peniaga Cina yang berdegil enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak sudah turun

1
2
3

Video 2 : Ismail Sabri tidak sebodoh Presiden MCA yang menyerang Menteri Kabinet yang lain secara terbuka