Monday 2 March 2015

Saravanan sanggup sembah Palanivel bagaikan dewa untuk selesai kemelut MIC

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh kumpulan ahli yang membuat laporan kepada ROS

Tarikh : 26/2/2015


G.Palanivel masih gagal mengotakan janji beliau kepada Perdana Menteri untuk mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi MIC selepas sambutan Tahun Baru Cina. Hari ini M.Saravan membuat seruan kepada Palanivel untuk menunaikan janji tersebut.

Mesyuarat MT yang dimaksudkan adalah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh ROS iaitu ahli lembaga yang terpilih pada tahun 2009 dan bukan 2013 kerana ianya telah terbatal.

Terbaru G.Palanivel telah meberitahu media pada 1/3/2015 bahawa beliau masih belum bersedia untuk mengadakan mesyuarat tersebut kerana beliau ingin berjumpa dengan setiap bahagian MIC terlebih dahulu untuk menerangkan kemelut yang mereka hadapi.

Ikuti rakaman kenyataan penuh sinis oleh M.Saravanan yang sudah jelas nampak hilang rasa hormat kepada Presiden MIC yang tidak menunjukkan keikhlasan dalam menyelesaikan kemelut MIC secepat mungkin. Nampak gayanya dalam DAP ada Tokong , dalam MIC pula ada Dewa yang perlu disembah.


1
2
3
4
5  Senator Datuk Dr Jaspal Singh digantung keahlian selama 12 bulan
6
7  A.Sakthivel, Bekas Setiausaha Agung juga digantung keahlian selama 12 bulan


No comments:

Post a Comment