Showing posts with label m.saravanan. Show all posts
Showing posts with label m.saravanan. Show all posts

Monday, 11 September 2017

Gangterisme dalam MIC sudah diluar kawalan melibatkan Timbalan Menteri ?

Acara : Sidang Media mengenai serangan gangster keatas editorial Tamil Malar

Lokasi : Restoran Shanmuga, Bukit Tinggi, Kelang

Tarikh : 11/9/2017


Kejadian serangan berlaku pada hari Selasa 5/9/2017. Sidang media ini adalah susulan kepada beberapa sidang media yang lain dan pelbagai kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Berita berkaitan



Video 1 - Kenyataan oleh Pengarang Eksekutif Tamil Malar, S.M Periasamy mengenai panggilan dari S.Saravanan pada hari kejadian dan serangan yang seterusnya berlaku keatas pejabat Tamil Malar. Cerita mengenai punca perbalahan mengenai laporan berkaitan pendapatan sewa dari bangunan MIC Wilayah Persekutuan seperti yang tersiar di  Saravanan not there to break up scuffle, says Tamil Malar staff juga turut di ceritkan semula.



Video 2 - Kenyataan oleh tuan punya Tamil Malar, Oms Thiagarajan mengenai serangan yang berlaku dan kata nista yang dihamburkan M.Saravanan di lokasi kejadian


Video 3 - Penasihat undang undang Tamil Malar yang mempunyai pejabat bersebelahan dengan pejabat Tamil Malar menceritakan apa yang terjadi dimana beliau sendiri telah diserang dan ditampar dan talipon beliau di rampas penyerang. Kenyataan yang mengejutkan disini ialah penyerang tahu ada 'loophole' dalam undang undang jenayah dimana penyerang boleh didakwa dibawah seksyen yang hanya mengenakan hukuman ringan iaitu 3 bulan penjara atau denda RM1,000. 


Video 4 - Presiden Makkal Sakti, R.S Thanenthiran hadir untuk menyatakan solidariti bersama Tamil Malar dan menyeru PM Najib supaya memecat M.Saravanan dari jawatan Timbalan Menteri kerana berkelakuan seperti gangster




********************************************************************************

1
 2
 3
4
Bangunan MIC Wilayah Perseketuan di Jalan Lumut yang pendapatan sewa nya tidak dicatat dalam laporan kewangan tahunan MIC WP.



Sunday, 26 April 2015

PRK P.44 - Faktor Najib jadi pemangkin peningkatan undi kaum India

Lokasi : Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam

Acara : Penamaan calon bagi PRK P.44 Permatang Pauh

Traikh : 25/4/2015



Naib Presiden MIC, M.Saravanan yakin faktor Najib menjadi pemangkin peningkatan undi dari masyarakat berketurunan India kali ini




Tuesday, 3 March 2015

Jawatankuasa Kerja Pusat interim MIC akan teruskan usaha pemilihan parti

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Timbalan Presiden MIC

Tarikh : 2/3/2015


Ada usaha untuk mengheret Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke mahkamah bagi membatalkan arahan ROS mengenai perlantikan Jawatankuasa Kerja Pusat sementara (Interim CWC). G.Palanivel telah berjanji kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional bahawa mesyuarat Interim CWC akan dilakukan selepas sambutan Tahun Baru Cina. Namun G.Palanivel hari ini gagal untuk hadir di mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Timbalan beliau.


Kemaskini @ 12.30 pm 3/3/2015 - Dikhabarkan G.Palanivel telah sekali lagi memungkiri janji dan mengkhianati Perdana Menteri dengan menyaman Pendaftar Pertubuhan bagi mendapatkan Semakan Kehakiman keatas arahan ROS supaya pemilihan semula diadakan.. Didalam siding media Subramaniam hanya berkias dan tidak explicit dalam membuat pengesahan perkembangan terbaru ini.



Interim CWC telah membuat keputusan bahawa mereka akan berusaha menuju kearah pemilihan semula parti sebagaimana yang telah diarahkan oleh ROS Interim CWC terdiri daripada ahli CWC yang telah dilantik pada pemilihan 2009. CWC yang dilantik pada pemilihan 2013 telah terbatal atas laporan dan siasatan ROS keatas 'irregularities' semasa proses pemilihan dilakukan.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7


Monday, 2 March 2015

Saravanan sanggup sembah Palanivel bagaikan dewa untuk selesai kemelut MIC

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh kumpulan ahli yang membuat laporan kepada ROS

Tarikh : 26/2/2015


G.Palanivel masih gagal mengotakan janji beliau kepada Perdana Menteri untuk mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi MIC selepas sambutan Tahun Baru Cina. Hari ini M.Saravan membuat seruan kepada Palanivel untuk menunaikan janji tersebut.

Mesyuarat MT yang dimaksudkan adalah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh ROS iaitu ahli lembaga yang terpilih pada tahun 2009 dan bukan 2013 kerana ianya telah terbatal.

Terbaru G.Palanivel telah meberitahu media pada 1/3/2015 bahawa beliau masih belum bersedia untuk mengadakan mesyuarat tersebut kerana beliau ingin berjumpa dengan setiap bahagian MIC terlebih dahulu untuk menerangkan kemelut yang mereka hadapi.

Ikuti rakaman kenyataan penuh sinis oleh M.Saravanan yang sudah jelas nampak hilang rasa hormat kepada Presiden MIC yang tidak menunjukkan keikhlasan dalam menyelesaikan kemelut MIC secepat mungkin. Nampak gayanya dalam DAP ada Tokong , dalam MIC pula ada Dewa yang perlu disembah.


1
2
3
4
5  Senator Datuk Dr Jaspal Singh digantung keahlian selama 12 bulan
6
7  A.Sakthivel, Bekas Setiausaha Agung juga digantung keahlian selama 12 bulan


Tuesday, 3 February 2015

Saravanan dan Palanivel tunjuk muka manis sambut Najib di Batu Caves

Lokasi : Kuil Sri Mahamariamman, Batu Caves, Selangor

Acara : Sambutan Thaipusam

Tarikh : 3/2/2015



 Tiada ucapan oleh Perdana Menteri, cuma walk-about sekitar tapak perayaan. Pemimpin MIC yang ditemui termasuk Presiden nya pun enggan mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam kemelut dalaman yang mereka hadapi.


1
 2
 3
 4
 5
 6  Isteri Palanivel, Kanagam (bersari hijau). Baru-baru ini bekas Bendahari Agung MIC, R.Ramanan telah membuat dakwaan SEBEGINI terhadap Palanivel suami isteri
 7
 8  Samy Vellu, bekas Presiden MIC selama 31 tahun turut hadir. Beliau kini menjadi Duta Khas Malaysia (infrastruktur) ke India dan Asia Selatan
 9
10  Palanivel membisikkan sesuatu kepada Timbalan Menteri WP, Loga Bala Mohan (PPP)