Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Event : Takluk Dataran, solat hajat hari ke-13
Date : 26/4/2012 @ 7.30 pm
Sebelum ke Dataran Merdeka saya singgah solat Asar dan kemudian nya Maghrib di Masjid Bukit Aman yang berhampiran. Anggota Polis yang berjemaah disana mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan perlindungan Illahi semasa mereka menjalankan tugas mengawal Demonstarsi Bersih 3 nanti.
Di Dataran Merdeka pula saya mendapat tahu melalui SMS dari rakan media bahawa satu majlis solat hajat akan diadakan oleh kumpulan mahasiswa. Setiba saya disana jemaah yang ada baru saja selesai solat Maghrib. Salah seorang mahasiswa dengan sopan telah memberitahu saya bahawa solat hajat akan dilakukan setelah cukup angka..... berapa angka saya tak bertanya pulak.
Tapi begini lah gambaran yang dapat saya kongsi dengan pembaca semua....
Saya doakan Allah memberi perlindungan dan keselamatan kepada pihak yang benar disisi Nya... Amiiiinn....
1.
2.
3.
penyokong lgbt tak solat sama ke hehehe
ReplyDelete