Thursday 4 October 2012

Jadilah Muslim yang sejati dan hentikanlah fitnah

Venue : Felda D'Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Event : Sidang media oleh Dato' Ahmad Maslan

Date : 4/10/2012 @ 11.30 am





KENYATAAN AKHBAR
OLEH Y.B DATUK HAJI AHMAD HAJI MASLAN
MENJAWAB ISU-ISU FITNAH PEMBANGKANG TENTANG FELDA

FELDA sering dijadikan sebagai “Punching Bag” oleh pihak tertentu khususnya Pembangkang dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan untuk menjatuhkan hasrat murni Kerajaan membangunkan FELDA. Antara tohmahan dalam media-media Pembangkang seperti dinyatakan oleh Mazlan Aliman (Pengerusi Persatuan Anak) dalam Harakah pada 10 September 2012 bertajuk ‘400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting, Suara Keadilan pada 25 September 2012 bertajuk ‘Dividen Interim Langgar Prosedur’, kenyataan media oleh Dr. Rosli Yaakob dalam Harakah bertarikh 14 September 2012 bahawa ‘Penyenaraian membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada FELDA dan FGV’, Mazlan Aliman dalam Suara Keadilan pada 25 September 2012 menyatakan ‘KWSP Selamatkan FGVH?’ dan lain lain. Sehubungan itu, kenyataan akhbar ini bertujuan untuk menangkis tohmahan-tohmahan berkenaan.

1.     ‘400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting’

     Semasa proses pra-IPO, telah disahkan bahawa tiada saham telah diperuntukkan kepada Genting Bhd. Selepas penyenaraian, setelah saham didagangkan di pasaran terbuka, mana-mana orang/pihak tempatan atau asing yang “sah” dibenarkan untuk membeli saham. Apabila saham yang diniagakan di pasaran terbuka, aliran dana adalah di  antara penjual dan pembeli saham, tidak melibatkan FGV.

     Mengikut peraturan Bursa Malaysia, mana-mana pemilikan baru saham yang melebihi 5% perlu diumumkan melalui laman Pengumuman Bursa Malaysia.  Sekiranya Genting Bhd memiliki 12% saham dalam FGV, Genting perlu memfailkan notis pemilikan saham melebihi 5% kepada FGV dan FGV akan mengumumkan pemilikan saham tersebut. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada notis yang difailkan oleh Genting kepada FGV.

     Sehingga kini, pemegang saham tawaran awam umum (melebihi 5%) masih dipegang oleh institusi-institusi seperti berikut;

NAMA
BIL SAHAM
% PEGANGAN
SAHAM
FELDA (Tabung Amanah Peneroka)
729,629,800
20.00
Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd
620,185,800
17.00
Lembaga Tabung Haji
283,797,300
7.78
Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP)
252,780,600
6.93
Employees Provident Fund Board (KWSP)
273,378,670
7.49
Negeri Pahang
182,407,575
5.00
Negeri Sabah
182,407,575
5.00
Qatar Holdings
87,555,636
2.40
Koperasi Permodalan FELDA (KPF)
25,537,060
0.70
Lembaga Tabung Angkatan Tentera  (LTAT)
14,592,606
0.40
Negeri Perak
14,592,606
0.40
Negeri Terengganu
10,944,454
0.30
Negeri Sembilan
7,296,303
0.20
Petugas Kumpulan FELDA
9,121,200
(anggaran) 2.50
Peneroka
9,121,200
(anggaran) 2.50
Jumlah
2,703,348,385
78.6


2.     Dividen Interim Langgar Prosedur

Mengisytiharkan dividen interim sepanjang mana-mana tahun kewangan atau sebelum akhir mana-mana tahun kewangan adalah dibenarkan oleh Bursa Malaysia. Ia merupakan amalan biasa di kalangan syarikat-syarikat yang disenaraikan. Juga tiada sekatan yang dikenakan ke atas syarikat yang baru disenaraikan untuk mengisytiharkan dividen interim. Dalam kes FGV, pengisytiharan dividen interim 2012 yang meliputi tarikh pembayaran, kelayakan dan lain-lain tarikh telah dibuat selaras dengan peraturan semasa Bursa.

3.     Kejatuhan saham FELDA Global Ventures (FGV)

Selari dengan kelemahan pasaran ekuiti global terutamanya dengan situasi ekonomi Eropah yang tidak menentu, saham FGV juga telah mengalami kesannya sejak kebelakangan ini. Seperti syarikat tersenarai yang terlibat di dalam industri berkaitan kelapa sawit, naik turun harga saham syarikat tersenarai industri ini amat bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah. Hampir keseluruhan saham syarikat  tersenarai industri sawit telah mengalami kemerosotan selari dengan kejatuhan harga minyak sawit mentah di pasaran komoditi dunia. Namun, telah menjadi ‘trend’ yang harga sawit bergerak secara ‘cyclical’, turun dan naik semula pada masa-masa tertentu. 

4.   Penyenaraian membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 billion kepada FELDA 

Keputusan-keputusan penting yang melibatkan penyenaraian FGV yang meliputi                            antara lain (struktur penyenaraian, masa, harga saham dan bilangan saham) dibuat selepas rundingan dengan penasihat yang berpengalaman. Ia juga dibuat selepas menimbangkan kepentingan terbaik pihak berkepentingan termasuk FELDA sebagai pemegang saham dan FGV sebagai syarikat yang disenaraikan. Serta asas perniagaan syarikat dan keadaan ekonomi yang lebih meluas. Penyenaraian ini memberi perolehan dana sebanyak RM9.9 bilion kepada FELDA dan FGV.

5.     Laporan Kewangan Interim tidak diaudit.

Laporan Kewangan interim tidak diaudit menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia dan tidak ada keperluan syarat untuk “Unjuran keuntungan 2012”. Lain-lain syarikat tersenarai juga tidak memberikan apa-apa unjuran. Maklumat Sehingga 31 Mac 2012 telah disemak dan disahkan oleh PricewaterhouseCoopers. Proses semakan ini tidak dikira sebagai pengauditan akhir tahun tetapi cukup bagi mematuhi keperluan syarat Bursa Malaysia untuk dimasukkan dalam prospektus. Sebab-sebab kemungkinan "kemerosotan” telah dijelaskan dengan terperinci di dalam prospektus (muka surat 340 - 361)

6.     KWSP Selamatkan FELDA

 Penawaran awam awal (“IPO”) FGV melibatkan:
 (i)      Penawaran institusi pada harga RM4.55 seunit; dan    
(ii)      Penawaran runcit (termasuk peneroka FELDA) pada harga RM4.45 seunit. 

Pada 5 Julai 2012, saham FGV mencapai harga tertinggi RM5.51 seunit berikuta permintaan positif para pelabur yang yakin dengan potensi syarikat. Bermula bulan Ogos, harga saham mulai turun sehingga tahap terendah RM4.68 seunit pada 11 September 2012. Selaras dengan prestasi industri kelapa sawit yang pada amnya bergantung kepada harga minyak sawit mentah.

Semasa penyenaraian, KWSP memegang 184.7 juta unit saham FGV yang dianggap kecil berbanding jumlah keseluruhan saham syarikat sebanyak 3.6 billion unit. KWSP menambah pelaburannya di dalam FGV selepas penyenaraian. Sehingga kini, KWSP memegang 273.3 juta unit saham FGV. Dana berkaitan kerajaan seperti KWSP secara amnya yakin untuk membuat pelaburan jangkamasa panjang di dalam saham syarikat-syarikat yang stabil dengan pengurusan yang baik, serta menawarkan pendapatan dividen yang konsisten seperti FGV. 

1.
 2.


4 comments:

  1. Syabas Tok Mat, lain kali lakukan yang sama. Jawab dan balas balik segala tohmahan pembangkang. Jangan tunggu2...

    ReplyDelete
  2. ya... Tahniah!

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    bila masa pulak kita boleh lihat PENERANGAN TELUS DARI PAS UNTUK MENJAWAB PERSOALAN TENTANG

    I. TABUNG MEMALI
    II. KOHILAL
    III. SEGALA MANIKAM TABUNG YG PAS BENTUK UTK KUTIP DERMA, SUMBANGAN, SEDEKAH, PEMBERIAN DARI ORANG AWAM?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan harap laaa.. mereka yang cuba korek cerita akan diburu dan dijadikan musuh seumur hidup. Contoh terbaik.. Cikgu Non penulis buku skandal tabung memali..

      Delete