Thursday 8 November 2012

Isu Izzah - Kenapa Dr Zulkifli cepat menyibuk ?





KENYATAAN MEDIA YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Dalam isu melibatkan kebebasan memilih agama termasuk penganut agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, ramai pihak telah mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelas kelihatan ada dua pandangan daripada dua kumpulan. Pertama, pandangan yang menyokong dan mempertahankan pendirian Nurul Izzah. Kedua, pandangan ahli-ahli akademik yang berautoriti dan pimpinan masyarakat yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah. Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam disamping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang begitu berat konotasi dan implikasi.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan parasit PAS. Dr Zulkifli Ahmad dan Khalid Samad telah membuat kenyataan membela dan mempertahankan pandagan Nurul Izzah dengan alasan bahawa mereka yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah tidak memahami maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah itu dan tidak mengikuti penerangan lanjut yang diberikan dalam lokasi yang berlainan.

Dr Zulkifli Ahmad menyentuh persoalan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang dilihat begitu tegas mengeluarkan kenyataan menyanggah apa yang disebutkan oleh Nurul Izzah sambil Baginda mengharapkan kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi demi menjaga kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya membaca kenyataan Dr Zulkifli Ahmad dalam dua keadaan. Pertama, Dr Zulkifli seolah-olah cuba menasihatkan Sultan supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat kenyataan. Kedua, Dr Zulkifli juga bagi saya merendahkan martabat Baginda Sultan yang terkenal dengan sifat sangat  berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Biasanya Baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

Agak lucu bagi saya bila Dr Zulkifli mengatakan bahawa beliau cukup rapat dengan Tuanku Sultan. Sejak bila pula beliau cukup rapat dengan Tuanku?  Sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada portfolio Agma Islam saya tidak pernah melihat batang tubuh Dr Zulkifli di dalam majlis yang melibatkan Baginda Sultan khususnya dalam acara-acara mengenai Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Sekali lagi saya merasakan Dr Zulkifli meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berasakan Institusi Kesultanan dan batang tubuh Tuanku Sultan boleh “dipermainkan" sesuka hati.

Bagi mereka yang mengenali Dr Zulkifli, sudah tentu dapat merasakan satu perbezaan yang agak nyata di antara Dr Zulkifli sebagai seorang intelek dan penggerak Islam dengan Dr Zulkifli sebagai ahli politik yang kini bersekongkol dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Kini apa yang disuarakan adalah bayangan suara Anwar Ibrahim. Sebab itu bila anak Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan “carbon copy” ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dr Zulkifli hingga beliau sanggup merendahkan martabat istana dan Ke Bawah Duli Tuanku untuk dijadikan justifikasi mengiakan pandangan Nurul Izzah itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI Kuala Lumpur
8 November 2012

5 comments:

  1. Dr Zul Kuala ingin mohon derhaka daripada Sultan Selangor ker? Seperti dibuat oleh Nizar Lambai. Ada PHd tapi otak di lutut. Biar Nurul Izzah yg selesaikan masalah nya, jangan dok menyibuk. Sendiri cari pasal sendiri tanggung.

    ReplyDelete
  2. yang itu aku pun heran. macam lah dia penulis skrip yang izzah baca. macam dia lebih tahu apa yang izzah sendiri cakap. pantek kau lah zul. muka pun macam gay tua.. apakah kau memang gay zul ??

    ReplyDelete
  3. idup lg dato ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Bila berceramah, segala hadis dan terjemahan keluar bergitu juga terjemahan dari nas2 Al-Quran.Keseluruhan politik malaysia berteraskan pada pengetahuan agama islam.Ada juga dari golongan yg berilmu lalu berhujah,memperbetulkan maksud ayat Al-quran atau hadis yg tersasar utk kembali kepada landasan syariahnya.bila dah menang bertanding di pilihanraya dan berkuasa,pokok balak juga yg jadi mangsanya.Tiada usaha yg konkrit mengikut kesesuian semasa,keperbagaian kaum dan agama,atas pertangungjawaban dari hasil terjemahan ayat2 suci Al-Quran dan hadis utk kita bersama mendapat manafaatnya.

    ReplyDelete
  5. Isu Nurul Izzah >> kenapa hassan ali lagi cepat menyibuk macam babi tua... 2 statement dlm seminggu.. kesian kat mangkok ayun sekor ni... nasib baik ada bro jinggo rajin layan.

    ReplyDelete