Showing posts with label lgbt. Show all posts
Showing posts with label lgbt. Show all posts

Sunday, 8 March 2020

Sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 KL

Acara : Sambutan Hari Wanita Sedunia 2020

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Tarikh : 8/3/2020



Sambutan hanya melibatkan wanita muda, beliau dan kaum LGBT dan tidak melibatkan wanita kampung atau pekerja kilang atau kaum wanita dalam erti kata sebenarnya. Laungan mereka hanya berkisar Hapuskan Patriachy, say no to child marriage dan hak kesamarataan antara gender.


Video 1 - Suasana lokasi



Video 2 - Kalau lah tuhan itu berupa seorang WANITA



**************************************************************************************************************************

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Thursday, 13 November 2014

AmBank bakal jadi lubuk LGBT ???

Lokasi : Pejabat Jaringan Melayu Malaysia, Pandan Kapital, KL

Acara : Sidang media

Tarikh : 12/11/2014


Ringkasan kenyataan media :

1. Jaringan  Melayu Malaysia (JMM) Mendakwa mendapat maklumat dalaman mengenai kerjasama antara syarikat AmBank Malaysia Holdings Berhad  (AMMB) dengan Metlife International Holdings Incorporated (MetLife) yang berpengkalan di USA pada 19/12/2013

2. Pengerusi AMMB,Tan Sri Azman Hashim melalui satu kenyataan akhbar telah mengumumkan kerjasaama yang erat dan berpanjangan yang akan terjalin antara MetLife dan kumpulan Ambank yang membabitkan AmLife dan AmFamily Takaful Berhad.

3. Dimuka surat belakang Buletin Berita AmLife bulan Mei 2014, MetLife telah dengan jelas menyenaraikan anugerah 'Best Places to Work for LGBT 2013. Human Rights Campaign" sebagai antara pencapaian dan anugerah yang telah mereka terima.

4. MetLife didakwa telah memeterai perjanjian bersama Takaful dan Insuran Hayat Moden untuk memperdaya umat Islam yang rata-rata menentang LGBT, dengan secara halus sedangkan Takaful adalah produk yang berasaskan syarak. 

5. Kerjasama MetLife dan Ambank ini dilihat sebagai agenda besar yang berniat jahat mengaburi penglihatan eperbankan khasnya Perbankan Islam di negara ini

6. JMM meminta BNM menark semula lesen Perbankan Islam atau Lesen Insuran Takaful atau mana-mana yang berlandaskan Islam  dan menyeru umat Islam untuk mengkaji semula atau menolak sebarang urusniaga dengan jenama Ambank.


Nota :

Sdr Azwanddin mengesahkan bahawa tiada sebarang perbincangan telah dilakukan dengan pihak pengurusan  Ambank dan mereka tiada perancangan untuk berjumpa mereka pun.




1
 2
 3


Monday, 18 November 2013

Tuntutan COMANGO membahayakan Islam

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengenai  titah Sultan Selangor berhubung penggunaan Kalimah Allah di Selangor dan juga mengenai tuntutan COMANGO di UNHRC

Tarikh : 16/11/2013  @ 11.00 am



Kenyataan penuh JATI yang menyokong titah Sultan Selangor yang memperakukan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 14/10/2013 berhubung penggunaan kalimah Allah. JATI juga mengumumkan akan menganjurkan sesi penerangan mengenai bahayanya tuntutan COMANGO di UNHRC, Geneva untuk menjadikan Malaysia sebuah negara liberal yang mengamalkan kebebasan untuk 'murtad' dan kebebasan mengamalkan seks songsang dalamana LGBT akan dihalalkan..  

1
 2  Aidit Ghazali, Timbalan Presiden JATI
 3  Dr Hasan Ali, Presiden JATI
 4
 5
 6
 7  Azizan Abdul Majid, Bendahari JATI
 8
 9  Norman Toha, Setiausaha Agung JATI
 10
 11


Saturday, 28 September 2013

Isu Pelincir dalam Bilik Ulama Syiah

Lokasi : Markas Pertubuhan Syiah Malaysia, Taman Sri Gombak, Selangor


Tarikh : 27/9/2013 @ 11.30 pm


Dalam bilek 'Education Affairs' / 'Ulama Guest Room' terdapat sebuah tilam diatas lantai dan satu tin produk 'She is Sexy' .. Dua tiub lagi tidak kelihatan, cuma yang tinggal glittery body lotion (not for sale). Dalam breaking news melalui MMS Facebook saya sebutkan disitu 'KY Jelly'. Ada orang Syiah mempersoalkan mengapa saya gunakan perkataan KY Jelly.. Jawapan saya mudah. Lihat foto yang terakhir. Tidak kah anda berasa jijik? Cium tangan, cium pipi atau cium dahi tidak menjadi masalah kepada budaya kita, tetapi cium mulut sesama lelaki dengan gaya yang penuh berahi amat amat lah menjijikan. Sekarang berbalik kepada soalan KY Jelly..lihat pada keseluruhan paparan ... apa yang terlintas difikiran anda semua...body lotion dalam bilek khas untuk ulama.... saya berhenti disini... persepsi saya sudah terbentuk...


Update : Topik panas perbincangan di FaceBook

1
2
3

 4
 5
 6
Adakah mereka antara yang memerlukan bahan yang sama seperti "She is Sexy?"


Friday, 9 November 2012

Nurul, jangan dolak dalik kalau masih Melayu dan Islam

Venue : Tkt 38, Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media Ketua Penerangan UMNO

Date : 9/11/2012 @ 11.45 am


Bahan bukti cukup dan semua lapisan masyarakat dapat ekses melalui internet.... tak perlu lah dolak dalik Nurul Izzah.... Tok Mat



Thursday, 8 November 2012

Isu Izzah - Kenapa Dr Zulkifli cepat menyibuk ?





KENYATAAN MEDIA YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Dalam isu melibatkan kebebasan memilih agama termasuk penganut agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, ramai pihak telah mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelas kelihatan ada dua pandangan daripada dua kumpulan. Pertama, pandangan yang menyokong dan mempertahankan pendirian Nurul Izzah. Kedua, pandangan ahli-ahli akademik yang berautoriti dan pimpinan masyarakat yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah. Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam disamping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang begitu berat konotasi dan implikasi.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan parasit PAS. Dr Zulkifli Ahmad dan Khalid Samad telah membuat kenyataan membela dan mempertahankan pandagan Nurul Izzah dengan alasan bahawa mereka yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah tidak memahami maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah itu dan tidak mengikuti penerangan lanjut yang diberikan dalam lokasi yang berlainan.

Dr Zulkifli Ahmad menyentuh persoalan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang dilihat begitu tegas mengeluarkan kenyataan menyanggah apa yang disebutkan oleh Nurul Izzah sambil Baginda mengharapkan kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi demi menjaga kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya membaca kenyataan Dr Zulkifli Ahmad dalam dua keadaan. Pertama, Dr Zulkifli seolah-olah cuba menasihatkan Sultan supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat kenyataan. Kedua, Dr Zulkifli juga bagi saya merendahkan martabat Baginda Sultan yang terkenal dengan sifat sangat  berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Biasanya Baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

Agak lucu bagi saya bila Dr Zulkifli mengatakan bahawa beliau cukup rapat dengan Tuanku Sultan. Sejak bila pula beliau cukup rapat dengan Tuanku?  Sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada portfolio Agma Islam saya tidak pernah melihat batang tubuh Dr Zulkifli di dalam majlis yang melibatkan Baginda Sultan khususnya dalam acara-acara mengenai Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Sekali lagi saya merasakan Dr Zulkifli meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berasakan Institusi Kesultanan dan batang tubuh Tuanku Sultan boleh “dipermainkan" sesuka hati.

Bagi mereka yang mengenali Dr Zulkifli, sudah tentu dapat merasakan satu perbezaan yang agak nyata di antara Dr Zulkifli sebagai seorang intelek dan penggerak Islam dengan Dr Zulkifli sebagai ahli politik yang kini bersekongkol dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Kini apa yang disuarakan adalah bayangan suara Anwar Ibrahim. Sebab itu bila anak Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan “carbon copy” ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dr Zulkifli hingga beliau sanggup merendahkan martabat istana dan Ke Bawah Duli Tuanku untuk dijadikan justifikasi mengiakan pandangan Nurul Izzah itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI Kuala Lumpur
8 November 2012

Kak Wan kena ajar Izzah, ambil tindakan segera



Kenyataan Media

Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL 
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA  


DR. WAN AZIZAH DIGESA MOHON MAAF DAN AMBIL TINDAKAN DISIPLIN  

KUALA LUMPUR, 8 November 2012 – Wanita UMNO dengan tegas menggesa  Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk membuat permohonan maaf secara umum (public apology) kepada seluruh masyarakat Melayu di Malaysia mengenai kenyataan Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Anwar sepertimana yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini sebelum ini.  

Kenyataan YB Nurul Izzah telah menimbulkan kekeliruan dan huru-hara di kalangan Melayu Islam di Malaysia dan nyata mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak termasuk kepimpinan PAS yang jelas bersama untuk mendahulukan kepentingan mempertahankan kesucian agama Islam dari tercemar terhadap sebarang dakyah yang menyesatkan dan mengelirukan.

Sikap ambil mudah dalam memberikan kenyataan yang dilakukan oleh YB Nurul Izzah ini seharusnya dikenakan tindakan disiplin yang tegas oleh kepimpinan tertinggi PKR terutama dari Dr Wan Azizah sendiri bagi menunjukkan ketelusan beliau dalam mengetuai kepimpinan PKR dan bukan hanya sekadar memimpin sebuah parti keluarga.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL
8 November 2012


Monday, 5 November 2012

Respon Dr.Hasan Ali terhadap kenyataan Nurul Izzah



KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI
PRESIDEN JATI, MALAYSIA


Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility? Anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).

Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.

Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.

JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.

Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.

Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.

Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.

Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.

Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya  sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.

Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.

Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan?

  

Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
5 November 2012


Thursday, 26 April 2012

Takluk Dataran - 'LGBT' dan Mahasiswa berpecah

Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Dataran, Hari ke-12

Date : 25/4/2012 @ 5.30 pm


Saya difahamkan bahawa kerjasama diantara kumpulan mahasiswa dan kumpulan Occupy Dataran berjalan lancar hanya untuk tiga hari pertama sahaja. Selepas itu sudah mula timbul isu isu 'pentadbiran kem' sesama mereka. 

 Imej LGBT yang dibawa Mislina Mustafa amat tidak disenangi oleh kumpulan mahasiswa yang mendapat sokongan puak Islamist dalam parti pembangkang. Pergaulan bebas lelaki dengan perempuan juga memberi tekanan yang kuat dari persepsi dan sokongan orang ramai.

Hari ini kedua dua kumpulan ini akhir nya berpecah. Mahasiswa masih kekal dengan saki baki yang ada di lokasi yang sama. Kumpulan 'LGBT' telah berpindah dan mengambil tempat di hujung padang bawah bendera besar.


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.


Takluk Dataran - Dataran kembali tenang

Venue : Datran Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Takluk Merdeka, Hari ke-12

Date : 25/2/2012 @ 5.30 pm


Malam tadi peserta yang berkhemah di bahu jalan dapat tidor dengan aman....tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Pagi tadi penguatkuasa DBKL hadir dan menasihatkan peserta mengemaskan kawasan dan beredar. Kebanyakkan peserta akur dan lokasi kembali tenang.Tambahan pula kontraktor Konsert DiRaja memulakan tugas mengemas dan membuka khemah besar yang digunakan semasa Konsert. Jadi tiadalah tempat selamat untuk peserta berteduh tanpa khemah.

1.
 2.
 3. Orang DAP bagi 'ceramah' percuma pasal LAW...
 4.
 5. Monyet bernama Rosmah Mansor ini menjadi penghibur dan tarikan popular dilokasi sejak mula nya 'taklukan'. Dia ada pasangan bernama Najib... kedua  dua nya berusia 5 tahun..
 6.
 7. Ini lah sisa sisa perjuangan yang termampu dipaparkan. Mereka kata malam nanti ramai akan turun padang..
 8. Perempuan gila ini masih berkeliaran di lokasi..
 9.