Showing posts with label dr.hasan ali. Show all posts
Showing posts with label dr.hasan ali. Show all posts

Friday, 15 August 2014

JATI - Kebijaksanaan Sultan dalam kemelut MB

Lokasi : Kediaman Dr Hasan Ali, Taman Tun Dr Ismail, KL

Acara : Sdiang media JATI (Jalur Tiga)

Tarikh : 14/8/2014


"Rakyat Selangor harus bersyukur  rakus untuk merampas kuasa.  Allah SWT jua yang telah menyematkan permata keikhlasan dan pemikiran luhur di pihak istana dan Tan Sri Khalis Ibrahim sendiri untuk menyelamatkan negeri daripada kegilaan dan nafsu serakah Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Didoakan agar pihak Istana, pimpinan Negeri yang baru dan rakyat amnya terus diberi petunjuk supaya negeri tercinta ini sentiasa berada dibawah limpahan rahmat dan redha Allah SWT."


1
 2
 3
 4
 5
 6


Friday, 13 June 2014

Ngeh Khoo Ham terlalu biadab dalam isu murtad


KENYATAAN AKHBAR JATI MENGENAI KENYATAAN BIADAB
YB NGEH KOO HAM DALAM ISU MURTAD
  
Mewakili JATI, saya ingin memberi komenter hadap kenyataan biadab yang dibuat oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham mengenai masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama atau pun murtad. YB Ngeh telah mengemukakan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam penelitian kami, YB berkenaan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan tetapi lebih daripada itu, beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan.

JATI menganggap YB tersebut :

a. Gagal memahami semangat peruntukan Perlembagaan terhadap maksud sebenar Artikel 11. Artikel ini hendaklah turut dibaca bersesekali dengan Fasal(4) dan(5) dalam mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut.Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedah kan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka. Selain daripada itu Enakmen-Enakmen Negeri perlu juga di ambil kira dalamana Enakmen-Enakmen tersebut dirangka selari dan serasi dengan peruntukan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kes-kes pemurtadan tidak akan berlaku dikalangan masyarakat Islam.

b. Kelihatan YB Ngeh begitu jahil walau pun telah lama bercampur dengan masyarakat Islam. Beliau sepatutnya telah menyedari bahawa di dalam Islam murtad merupakan kesalahan Jenayah Syariah di antara yang paling besar dan berat dengan menyediakan hukuman yang setimpal bagi mereka yang berhasrat untuk melakukannya.

c. Sebagai pemimpin yang mewakili sebahagian besar rakyat berbilang kaum, adalah tidak wajar bagi YB berkenaan memain danmemutar belitkan peruntukan Perlembagaan dengan membuat tafsiran sendiri. Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan, Enakmen Negeri dan yang paling penting pandangan beliau bertentangan dengan kefahaman masyarakat Islam mengenai isu tersebut. Pandangan beliau juga yang semesti nya beliau mengetahui adalah bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang menjadi asas utama sistem Perundangan Islam.

d. YB Ngeh kelihatan seperti seolah-olah ingin terus mencabar kesabaran umat Islam dan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. JATI tidak nampak kenyataan YB Ngeh itu memberi apa-apa nilai positif terhadap perhubungan antara rakyat yang berlainan agama, keturunan dan fahaman politik di Negara ini.

e. Kenyataan YB Ngeh juga dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan tuntutan COMANGO yang menjadi “musuh” nyata kepada umat Islam Negara ini. Dibimbangi antara mereka mempunyai strategi yang lebih jauh untuk melobi diperingkat antarabangsa untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada tuntutan hak asasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara kita.

Jelas kelihatan bahawa gesaan dan tuntutan seperti ini bukan sahaja digerakkan melalui pertubuhan dan kesatuan seperti COMANO dan lain-lain NGO yang bersekutu dengan mereka tetapi di sana sini seolah-olah telah tertanam beberapa individu yang akan mengemukakan hujah-hujah yang tidak dapat tidak akan membakar semangat perkauman dan mencetuskan pergolakan antara agama yang sudah tentu menimbulkan malapetaka kepada Negara dan rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.

Pihak-pihak yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini oleh rakyat. Malangnya,hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.

Akhirnya, demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini, JATI berpandagan YB Ngeh Koo Ham perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, JATI ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil keatas beliau sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.


YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL

12 JUN 2014


Thursday, 8 November 2012

Isu Izzah - Kenapa Dr Zulkifli cepat menyibuk ?





KENYATAAN MEDIA YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI

Dalam isu melibatkan kebebasan memilih agama termasuk penganut agama Islam seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah, ramai pihak telah mengemukakan pandangan masing-masing.

Jelas kelihatan ada dua pandangan daripada dua kumpulan. Pertama, pandangan yang menyokong dan mempertahankan pendirian Nurul Izzah. Kedua, pandangan ahli-ahli akademik yang berautoriti dan pimpinan masyarakat yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah. Nurul Izzah disifatkan sebagai jahil dalam agama Islam disamping umur yang terlalu muda untuk mengulas hal-hal akidah yang begitu berat konotasi dan implikasi.

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh pimpinan parasit PAS. Dr Zulkifli Ahmad dan Khalid Samad telah membuat kenyataan membela dan mempertahankan pandagan Nurul Izzah dengan alasan bahawa mereka yang menyanggah kenyataan Nurul Izzah tidak memahami maksud sebenar kenyataan Nurul Izzah itu dan tidak mengikuti penerangan lanjut yang diberikan dalam lokasi yang berlainan.

Dr Zulkifli Ahmad menyentuh persoalan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang dilihat begitu tegas mengeluarkan kenyataan menyanggah apa yang disebutkan oleh Nurul Izzah sambil Baginda mengharapkan kenyataan-kenyataan sedemikian tidak berulang lagi demi menjaga kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya membaca kenyataan Dr Zulkifli Ahmad dalam dua keadaan. Pertama, Dr Zulkifli seolah-olah cuba menasihatkan Sultan supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat kenyataan. Kedua, Dr Zulkifli juga bagi saya merendahkan martabat Baginda Sultan yang terkenal dengan sifat sangat  berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Biasanya Baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

Agak lucu bagi saya bila Dr Zulkifli mengatakan bahawa beliau cukup rapat dengan Tuanku Sultan. Sejak bila pula beliau cukup rapat dengan Tuanku?  Sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan kepada portfolio Agma Islam saya tidak pernah melihat batang tubuh Dr Zulkifli di dalam majlis yang melibatkan Baginda Sultan khususnya dalam acara-acara mengenai Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Sekali lagi saya merasakan Dr Zulkifli meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berasakan Institusi Kesultanan dan batang tubuh Tuanku Sultan boleh “dipermainkan" sesuka hati.

Bagi mereka yang mengenali Dr Zulkifli, sudah tentu dapat merasakan satu perbezaan yang agak nyata di antara Dr Zulkifli sebagai seorang intelek dan penggerak Islam dengan Dr Zulkifli sebagai ahli politik yang kini bersekongkol dengan Dato Seri Anwar Ibrahim dan DAP. Kini apa yang disuarakan adalah bayangan suara Anwar Ibrahim. Sebab itu bila anak Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan “carbon copy” ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dr Zulkifli hingga beliau sanggup merendahkan martabat istana dan Ke Bawah Duli Tuanku untuk dijadikan justifikasi mengiakan pandangan Nurul Izzah itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
TTDI Kuala Lumpur
8 November 2012