KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR
HASAN MOHD ALI
PRESIDEN JATI, MALAYSIA
Saya tersentak
membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat
kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa
mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi
ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility? Anjuran
Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan
di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).
Mungkin kenyataan
yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap
serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi
asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali
dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.
Kenyataan yang
menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih
mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar
kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.
JATI, Yayasan Murni
Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa
berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi
yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.
Sekiranya pandangan
Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka
luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang.
Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi
laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.
Seperti yang
diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai
kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai
kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang
mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.
Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya
menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan
liku-liku itu.
Inilah diantara
gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang
dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam
liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa
gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat
Melayu Islam di negara ini.
Nurul Izzah juga
mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga
menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan
menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam
keadaan tersembunyi.
Adalah jelas
kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa
yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak
hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di
cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.
Jelas kelihatan mereka
tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut
mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai
isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman
yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.
Sekiranya DSAI boleh
mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan
memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk
pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang
sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan
terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya
Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang
begitu mengerikan.
Saya ingin
mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya
PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan
acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam
terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam
semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka
yang gemar menangguk di air yang keruh.
Kita ingin melihat
pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian
mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus
membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah
mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam
liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi
beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang
mereka sama-sama perjuangkan?
Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor,
Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
5 November 2012
pas pasti akan berkata.. dibolehkan/sokong
ReplyDeleteatau sekurang2nye terus jadi ularmak bisu..
tepat sekali mat sabu beri gelaran pada Anwar,sebab tu anaknya pun sokong,cuma buat ditempat tersembunyi
ReplyDeleteTahniah Anwar atas kejayaan membentuk anak yang patuh pada kamu. Tanggung lah kamu dunia akhirat.
ReplyDeletekah kah kah!
ReplyDeleteapa ilmunya hasan ali untuk menentukan benar atau silapnya kenyataan izzah?.
Lagi pon Hassan Ali lagi mulia drpd Nurul Izzah. Ap yang Nurul Izzah ad, hanya warisan kelentong dr ayahandanya.
Deletebila bintang porno hina hudud x de plak ko menyalak....dengar apa nurul izzah cakap baru buat kenyataan....nama dr...tapi x de akal punye hassan ali
ReplyDeleteNi seorang lagi pecacai yg telah rosak akidah... nak kata orang tak punyai akai tapi awaklah yg bodoh !
Deleteko sape nak tentukan aku rosak akidah??ko tuhan aku ke??ko allah ke??aku ade akal sebab tuh aku bercakap...org macam ko...sokong sbb gune lutut..akidah aku bukan hak engkau...hak bapak engaku...hak hassan ali nak tentukan...ade paham manusia....
Deletejuak2 UMNO hanya tahu menambahkan perisa huru hara dan memutarbelitkan kenyataan Utusan Malaysia.
ReplyDeleteTidak bolehkah secara direct bertanya Nurul Izzah dan memahami penafian didalam blog beliau sendiri.Kenapa harus terus menjadi penyambung fitnah dan membiarkan rakyat biasa termangu2 tak tahu siapa yg benar atau salah... berilah ruang kepada Nurul Izzah atau sesiapa yg difitnah untuk memberi penerangan versi beliau secara adil dari terus melepaskan peluru yg diambil atas putar belit Utusan.
Bosan tgk dr phd yang nampak sgt bias ini
Dia ni yang bodoh, buktinya adalah video yang menunjukkan Izzah yang membuat kenyataan itu, bukannya dari Utusan la banggang! Lihat dulu buktinya sebelum menuduh orang lain.
Deletedan dengar apa die cakap betul2....sebab manusia mcm ko nie...mane denga ape dalam vidoe tuh die cakap..yang ko tahu baca utusan....sebelum bodoh kan org....tgk di cermin...sbb ko nie yang bodoh benarnye
DeleteKalau perkara yang belum sahih dan betul tetapi cepat sangat nampak buruk
ReplyDeletekalau kena kat musuh politik. Selidik dulu jangan bias sangat.
Peringatan untuk orang politik sana dan sini.
biasalah pencacai UMNO suka menambah-nambah cerita,rakyat dah muak mendengar cerita2 fitnah dari pencacai2 yg dibayar...kahkahkah.
ReplyDeleteIni bukan soal politik la bahlul... ni soal akidah, soal dia dipergunakan oleh golongan kafir laknatullah untuk menyokong usaha mereka melemahkan dan menjatuhkan agama Islam !! Kalau bodoh sangat nak tafsir jangan buat kenyataan yang menyokong anti Islam. subhanallah... apa la nak jadi dengan orang macam kamu ni...
Deleteakidah lagi...ko sape dol....tuhan ke nak tentukan akidah..akidah...akidah....jangan tunjuk pandai sangat la...anti islam ape namanye...dengan balik video die dan baru la buat komen...jangan jadi binatang...
Deletememang dah jadi soal politik kalau yg bercakap mendengar sebelah pihak.... Nurulizzah x sebangang pencacai UMNO yg hanya tahu melanjutkan fitnah setelah diberi ruang sebebasnya oleh media UMNO... jangan nak bercakap soal agama la kalau anda sendiri termakan fitnah org seperti Hassan Ali and Zul Nordin.. yang aku duk heran dari dulu.. mana dia real UMNO ni..asyik2 hantaq barua yg bukan pun ahli UMNO.. org UMNO dah lupus ke
ReplyDeleteorg PR semua bangang!!
ReplyDelete