Showing posts with label hasan ali. Show all posts
Showing posts with label hasan ali. Show all posts

Tuesday, 29 January 2013

Pemecatan Ust Nasha untuk alih isu



File Pic

Kenyataan Media
Pemecatan YB Ust Nasharudin Mat Isa oleh Majlis Syura Ulama PAS dibuat pada 13hb Januari yang lalu. Berita mengenai pemecatan hanya diumumkan oleh Setiausaha Majlis Syura, Ust Nik Zawawi beberapa hari yang lalu. Terdapat jarak masa yang agak panjang di antara keputusan yang dibuat dengan tarikh pengisytiharan yang dibuat. Jarak masa yang agak panjang ini menyebabkan berbagai spekulasi boleh dibuat.

Bagi saya pengumuman tentang pemecatan itu bertepatan dengan tarikh Lawatan Kemanusiaan YAB Perdana Menteri dengan Ust Nasharudin yang menjadi salah seorang ahli rombongan mempunyai muslihat tersendiri. Antaranya ialah untuk mengalihkan pandangan umum dan persepsi masyarakat mengenai isu Kalimah Allah yang masih terawang-awang dan belum ada jalan keluarnya dipihak Pakatan.
 
Di satu pihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Karpal Singh cuba mengekalkan keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 8 Januari yang membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, sementara dipihak Majlis Syura Ulama PAS dengan sokongan padu oleh kumpulan ulama PAS tidak berganjak menolak penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan dalam mesyuarat 13hb Januari. Pertembungan yang nyata di antara keputusan Pakatan Rakyat dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu begitu merisaukan pimpinan tertinggi Pakatan.
 
Sementara itu ahli dan penyokong PAS diperingkat akar umbi  kini mendesak supaya keputusan muktamad dibuat oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan mengemukakan satu jawapan yang decisive akan mengakibatkan bencana terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 nanti.

Sebagai langkah “damage control” pemecatan Ust Nasharudin terpaksa digunakan sebagai isu yang akan mengalihkan perhatian rakyat dan ahli parti diperingkat akar umbi yang kini berkobar-kobar untuk melihat isu aqidah yang boleh membawa kepada syirik dan kekufuran ini diberikan penegasan dan keputusan. 


YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
29 Januari 2013

Monday, 28 January 2013

Kenyataan Dr Hasan mengenai Nasharudin Mat Isa


KENYATAAN AKHBAR YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI PEMECATAN YB UST NASHARUDIN SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA PAS


Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.

Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.

Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbukan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.

Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarakjauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS. Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.

Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan. Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin. Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin. Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka. Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.

Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS. Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini. Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin. Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.

Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun. Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.

Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013



Monday, 5 November 2012

Respon Dr.Hasan Ali terhadap kenyataan Nurul Izzah



KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI
PRESIDEN JATI, MALAYSIA


Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility? Anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).

Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.

Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.

JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.

Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.

Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.

Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.

Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.

Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.

Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya  sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.

Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.

Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan?

  

Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
5 November 2012


Wednesday, 4 July 2012

Selangor BBC Bantah Keras Politik Ganas

Venue : Grand Dorset Hotel, Subang Jaya, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 3/7/2012 @ 1.00 pm


Pelbagai risalah berbentuk provokasi kaum di dakwa telah diedarkan dimerata ceramah yang melibatkan JATI dan Dr Hasan Ali. 


1.
 2.
 3.
 4.
 5.



Monday, 21 May 2012

TPM hadir majlis perkahwinan anak Ust Nasharuddin Mat Isa

Venue : Clubhouse Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor

Event : Majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Nasharuddin Mat Isa

Date : 20/5/2012 @ 1.00 pm - 4.00 pm


Yang tidak kelihatan dimajlis ini ialah.. Hadi Awang, Nik Aziz, Mat Sabu, , Husam Musa, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Nasruddin Hassan Tantawi. Saya yakin kalau ikut adab mereka semua ini telah dijemput oleh Ust Nasharuddin.


Biar lah Bulan Bicara Sendiri (dengan Keris)



1/48. Ust Nasha bersama mantan Ketua Dewan Muslimah PAS 
 2. Ust Nasha bersama Pegawai Khas Tun Dr Mahathir, Sdr Sufi Yusuf (tgh)
 3. Ust Nasha bersama Sdr Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO dan BN
 4. Nazri Aziz ketawa besar
 5. 
 6.
 7. EXCO Selangor, Iskandar Samad menandatangani buku pelawat. 
 8.
 9. Nazri Aziz dan Khairy meninggalkan majlis
 10. Ust Nasha menyambut Dr Hasan Ali, Presiden JATI dan bekas EXCO Selangor



Friday, 13 April 2012

Khalid Samad anggap Dr Hasan sombong dan khianat


Venue : Padang bola, Jalan Rejang 6, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur


Date : 12/4/2012 @ 9.30 pm


Khalid Samad yang telah pun dikenal pasti sebagai parasit utama dalam PAS Selangor oleh Dr Hasan Ali telah mencabar Dr Hasan untuk menyaman beliau sekiranya tidak puas hati dengan gelaran pengkhianat dan penyombong yang beliau beri.



Ceramah Perdana - Jom Bersih 3, Setapak


Venue : Padang bola, Jalan Rejang 6, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Acara : Ceramah Perdana - Jom Bersih 3

Date : 12/4/2012 @ 9.30 pm

1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7. Dr Tan Seng Giaw, MP Kepong (DAP)
 8.
 9. Khalid Samad, MP Shah Alam (PAS)
 10.

Monday, 2 April 2012

Hasan Ali AMOK 'parasit' nombor satu

Venue : Kediaman Dr Hasan Ali di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media mengenai video pengakuan murtad

Date : 2/4/2012 @ 12.00 pm


Dr Hasan Ali hari ini 'took to task' Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Rani kerana memperlecehkan usaha beliau menerbitkan video mengenai Pengkristianan umat Islam.
Beliau 'mengamok' kerana sikap Dr Rani yang lebih mementingkan undi dari menyelamatkan aqidah umat Islam. Ikuti rakaman berikut nya... 


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
6. Keadaan sesak sebegini mengingatkan saya ketika saat saat menanti pengumuman Pak Lah letak jawatan suatu ketika dahulu.
 7.


Friday, 30 March 2012

Kenyataan Akhbar Hasan Ali - 30/3/2012




KENYATAAN AKHBAR YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA MERANGKAP PRESIDEN JATI


Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?”

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan. Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum. Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.

Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius. Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.

Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda  mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"

Taman Tun Dr Ismail
30 Mac 2012




P.S - Sidang media jam pada hari Isnin 2/4/2012 jam 12.00 pm. Hasan Ali dijadual akan menayangkan klip video pengakuan seorang wanita yang telah dimurtadkan.  



Tuesday, 27 March 2012

Dr Hasan mahu tahu Fifa anak siapa

Venue : Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media

Date : 26/3/2012


Setelah menjawab tuduhan Azmin Ali, sekarang tiba giliran Dr Hasan pula menyoal Azmin.. Dr Hasan kata Azmin lebih baik cermin muka dari menuduh orang lain.. 



1.
 2.
 3.





Hasan Ali jawab tuduhan Azmin Ali

Venue : Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Event : Sidang media

Date  :26/3/20 @ 1.00 pm


Dr Hasan Ali menjawab tuduhan yang dibuat Azmin Ali semasa sidang DUN, Jumaat lepas


1.
 2.
 3.


Sunday, 11 March 2012

Dr Hasan mahu tahu Afifa anak siapa

Venue : Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumput

Event : Sidang Media

Date : 26/3/2012


Selepas menjawab tuduhan Azmin kini tiba giliran Dr Hasan pula untuk bertanya..

1.


2.
3.


Wednesday, 22 February 2012

JATI - Melayu mesti berani syahid

Venue : Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Pelancaran JATI

Tarikh : 21/2/2012 @ 3.00 pm


Bumi Malaysia kepunyaan Melayu yang rata rata nya Islam. Melayu mesti berani syahid dalam  mempertahankan hak mereka.. ikuti pesanan  Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria..



Tuesday, 14 February 2012

Hasan Ali - Adakah Parasit yang sanggup mati untuk DAP?

Venue : Padang Bola, Kg Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh, Perak


Tarikh : 10/2/2012 @ 9 pm


Hasan Ali mendakwa DAP menjadi batu penghalang utama dalam usaha meningkatkan syiar Islam  dan kerja kerja dakwah dalam Negeri Selangor. Kepala DAP mencabar untuk dimayatkan dirinya dulu sebelum Syiar Islam dapat dikembangkan seperti yang dibayangkan oleh Hasan Ali. Tetiba ada pulak pemimpin PAS yang 'volunteered without being asked' untuk mati demi kesejahteraan kepala DAP tersebut... Ini kah antara parasit parasit yang dimaksudkan Hasan Ali???


Sunday, 12 February 2012

Ustaz Kazim - Saya "Winnable Candidate" !

Venue : Padang Bola Kg Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh, Perak


Tarikh : 10/2/2012 @ 9 pm


Ustaz Kazim menempelak mereka yang cuba menghalang beliau menjalankan kerja dakwah beliau secara bebas tanpa mengira latarbelakang politik.




Ustaz Kazim Elias - Tolong Jangan Syok Sendiri

Venue : Padang Bola Kg Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh, Perak


Tarikh :  10/2/2012 @ 9 pm


Nasihat Ustaz Kazim kepada pemimpin Melayu yang bercita cita ingin menang pilihanraya





Saturday, 11 February 2012

Hasan Ali - Road show di Perak dapat sambutan hangat

Venue : Padang Bola, Kg Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh, Perak

Event : Road Show "Bersatulah Selamatkan Aqidah Ummat Islam"

Tarikh : 10/2/2012 @ 9.00 pm


Saya  difahamkan lokasi merupakan kawasan tegar PAS. Kehadiran dianggarkan melebihi 5,000 orang. Cuaca bagus dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. 

1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.