Sunday 28 April 2013

PRU 13 - Ada apa apa ke Nurul Izzah dengan PapaGomo ?

Lokasi : Kawasan Lapang Belakang Mahkamah Persekutuan, Presinct 3, Putrajaya

Acara : Ceramah Umum calun PAS

Tarikh : 26/4/2013 @ 9.00 pm


Apa motif Izzah memberi publisiti kepada PapaGomo? Ada soseh soseh mengatakan PapaGomo makan dua kolam...betul ke? Buat publicity stunt nak bertanding kat Permatang Pauh...tiba tiba tarik diri. Siap buat pelancaran Manifesto dan tabung pilihanraya buat PapaGomo. Sampai ke hari ini clip video penyudah aksi ganas Mahasiswa dengan Mr X belum dikeluarkan lagi. Minggu lepas keluar pulak cerita Blog PapaGomo sudah kena hacked.. betul ke? Sudah banyak sangat spinning sampai saya pun tak tahu yang mana fakta dan yang mana auta...Anyway PapaGomo patut buat panggilan kepada Izzah untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi publisiti kepada beliau dalam musim pilihanraya ini...




11 comments:

  1. Alahai Izzah, lagi mengherankan apb orang sebegini nak dilantik jadi PM kpd sebuah negara yg majoritinya umat Islam.

    ReplyDelete
  2. masalah moral yg diragui nak jadi PM

    ReplyDelete
  3. Gomoi PapaIzzah

    ReplyDelete
  4. Silap tu bro,bkn Mr. X tp Mr. Y

    ReplyDelete
  5. dah x modal nak ceramah ke anak papa ni...mcm boring je aku tgk org yg dengar ceramah tu.......

    ReplyDelete
  6. BN perintah 56 tahun hutang negara 502 bilion...mau kasi 5 tahun lagi?...jangan beb bangkrap Malaysia...sayangi Malaysia

    ReplyDelete
  7. Anonymous28 April 2013 22:55
    BN perintah 56 tahun hutang negara 502 bilion...mau kasi 5 tahun lagi?...jangan beb bangkrap Malaysia...sayangi Malaysia

    ...................
    hang setakat baca suara keadilan nak gebang hutang negara 502 billion, sekurangnya najib menggunakan duit untuk kesenangan rakyat. belajar la mensyukuri nikmat tuhan, hidup jangan jadi seorang yang kufur.

    Hidup Barisan Nasional, Undilah BN, jangan undi pas, jangan undi pkr, jangan undi umno, ingat ye, undi BN[x]

    ReplyDelete
  8. HIDUP MELAYU!

    Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam.

    Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik.

    Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat Melayu?

    Orang Cina? Kaum-kaum 'pendatang' lain yang sudah terlalu lama menjadi setinggan di Tanah Melayu?

    Parti Cinakah yang memimpin Malaysia semenjak Merdeka lima puluh tahun lalu sehingga sekarang? Apakah orang 'pendatang' yang menjawat jawatan tertinggi dari hari pertama Malaysia merdeka?

    Kesusahan yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang sebenarnya kesusahan yang dihadapi setiap rakyat Malaysia pada saat gentar ini - ekonomi negara yang meleset, harga barang yang melambung, ketidakpedulian kerajaan dan pihak-pihak berkuasa terhadap cabaran yang dihadapi mereka setiap hari.

    Punca masalah-masalah ini bukanlah perbezaan warna kulit atau agama; puncanya adalah pemimpin-pemimpin yang sanggup menggadai maruah rakyat dan bangsa untuk memperkayakan diri sendiri.

    Setelah 50 tahun berleluasa tanpa kawalan, pemimpin-pemimpin UMNO telah mengabaikan cita-cita murni pejuang-pejuang kemerdekaan kita untuk membina Malaysia yang aman dan makmur untuk semua.

    POLEMIK KAUM

    Tangan di depan menghunus keris kononnya untuk mempertahankan hak-hak Melayu, tangan di belakang merompak tanah Melayu, merompak saham Melayu, merompak sara hidup Melayu.

    Budaya rasuah kini meracuni setiap lapis pimpinan parti yang ditubuhkan untuk mengharumi masa depan bangsa sehingga laungan sahaja berbunyi "Melayu!" tetapi hati berbisik "Saya dahulu!"

    Sejarah dunia menyaksikan polemik kaum disalahgunakan pelbagai pihak - mahupun di Bosnia, Rwanda dan sebagainya - untuk mengutarakan nafsu politik yang rakus.

    Api perkauman dinyalakan demi menghasut rakyat jelata antara satu sama lain; namun amat mudah untuk menjadikan orang yang berlainan warna kulit punca kesengsaraan satu bangsa.

    Sebagai generasi baru Malaysia, kita perlu sedar kepada kebenaran dan menembusi ilusi yang dicipta oleh golongan yang berkepentingan.

    Kesedaran ini boleh dikatakan susah untuk rakyat Malaysia, yang telah sekian lama diajar oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melihat setiap masalah sosial dan isu politik dari sudut perkauman.

    Buktinya jelas; UMNO sendiri mengakui bahawa 30 tahun selepas perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru, sasaran-sasaran untuk pembangunan taraf ekonomi Melayu masih gagal dicapai.

    HIDUP MEWAH

    Adakah ini kerana orang Melayu sebenarnya malas manakala kaum-kaum lain rajin? Penjelasan ini tidak munasabah.

    Dengan jumlah penyelewengan sehingga berbilion-bilion ringgit oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional, tidak hairan Dasar Ekonomi Baru gagal sama sekali. Dasar yang diasaskan dengan matlamat membangunkan rakyat Melayu marhaen diselewengkan sehingga hanya kelompok kecil sahaja yang memperoleh keuntungan dari dasar-dasar tersebut.

    Sehingga hari ini, mustahil ternampak seorang pemimpin tinggi UMNO yang tidak hidup mewah dengan mahligai dan kereta-kereta besar.

    Jelas, nasib Melayu tidak semestinya terbela oleh parti-parti politik yang bertopengkan nama Melayu sahaja, tetapi oleh pemimpin-pemimpin tanpa mengira kaum yang jujur dan berwibawa. Maruah bangsa Melayu hanya dapat dijamin apabila parti yang terbukti gagal mengangkat martabat bangsa diganti dengan saf pimpinan yang baru.

    Sedihnya, golongan politik yang telah mengekalkan sistem ini yang bankrap moralnya kini enggan melepaskan kuasa dan menerima pilihan rakyat.

    Pada PRU ke-12, orang Melayu tidak takut untuk mengundi DAP dan orang bukan Islam tidak takut untuk mengundi PAS.

    Di bawah pimpinan UMNO, tidak kira ideologi asal yang kini sudah tercemar dan terabai, orang Melayu akan terperangkap dan tidak mungkin maju dan berdikari. Parti-parti yang berulang-ulang terbukti gagal menjaga kedudukan orang Melayu di mata dunia harus diganti sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  9. Melayu Mundur Angkara Umno dan Perkasa
    Bangsa Cina gemilang dimana - mana kerana mereka tidak perlu ditakutkan dengan momokan hak mereka dirampas. Bangsa Arab berada merata dunia kerana mereka percaya akan usaha sendiri. Bangsa India berada di mana saja kerana mereka kuat dan yakin untuk mencari sesuap nasi.

    Orang Melayu Malaysia, terus lemah dan lemah. Inginkan pangkat hingga terpaksa membodek dan memijak rakan sendiri. Orang Melayu di Malaysia sepatutnya sudah maju kedepan namun malangnya terus dipaksa memegang harapan pada tongkat yang sebenarnya palsu semata. KETUANAN MELAYU, HAK BUMIPUTERA, ORANG MELAYU TERTINDAS dan sebagainya.

    Cuba kita renung kembali siapa yang mula - mula merampas kuasa hak raja - raja Melayu? Siapa yang menarik kembali bantuan biasiswa kepada anak - anak Melayu? Siapa yang terus - meneruskan melambatkan usaha mencerdikkan orang Melayu di kampung? Siapa yang melambatkan segala macam perkhidmatan untuk perkampungan Melayu yang dinikmati oleh orang bandar?

    Umno dan Perkasa sebenarnya menjahanamkan Melayu secara terus - menerus. Mereka hanya menggerakkan Melayu untuk bertindak ganas dengan provokasi perkauman yang melampau. Tapi pernahkah mereka menggerakkan orang Melayu masuk ke kelas - kelas ilmiah? Tanya pada Ibrahim si Firaun yang berwajahkan katak, apa sumbangan dia untuk mencerdikkan orang Melayu agar berdaya saing dalam ekonomi negara. Sumbangan dia hanya menakutkan orang Melayu terus - meneruskan dengan momokan orang Melayu akan hilang kuasa.

    Apabila orang Melayu takut dan mula bergantung harap pada Umno dan Perkasa, mudah bagi mereka untuk terus membodohkan orang Melayu supaya setiap kali pilihanraya berlangsung maka secara automatik undi Melayu diberikan kepada mereka. Laungan Ketuanan Melayu menjamin kemenangan mutlak kepada Umno. Apabila kemenangan berpihak kepada mereka segala macam jenayah yang mereka lakukan akan dapat ditutup. KAMPUNG BEREMBANG, KAMPUNG MEMALI, TANAH ORANG ASLI, KAMPUNG BARU YANG AKAN DILACURKAN, dan segala macam jenayah keatas orang Melayu akan didiamkan dan dihalalkan oleh mereka. Itu belum dikira jenayah menyelamatkan syarikat perkapalan anak kandung sendiri dengan menggunakan dana PETRONAS. Siapa mereka itu? Sila tanya kepada Tun Mahathir Mohamad.

    Kerana projek membodohkan Melayu ini berjalan lancar sehingga ada terperangkap dengan momokan bodoh mereka ini. Membodohkan dan membangangkan orang Melayu penting buat Umno dan Perkasa kerana jika Melayu sedar maka siap sedialah Umno akan ditalkinkan. Tambahan dalam keadaan sekarang, di mana orang Cina dan India secara mutlak menolak BN maka usaha terus membangangkan orang Melayu dipertingkatkan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mencerdikkan orang Melayu maka selamat tinggal Umno dan Perkasa.

    Kenyataan Mahathir dengan mengatakan orang Melayu akan jadi minoriti hanyalah satu lagi kenyataan memperbodohkan Melayu. Macam dia tak pernah melacurkan orang Melayu. Macam dia tidak pernah merogol kuasa raja - raja Melayu. Sekarang mahu jadi wira Melayu. Percaya atau tidak ada yang percaya kerana mereka telah dibodohkan dengan berjaya sekali. Mereka cukup percaya perkara itu akan terjadi kerana kebangkitan Pakatan Rakyat walhal yang menjahanamkan orang Melayu adalah Mahathir.

    Melayu akan terus mundur jika percaya kepada propaganda jahat Umno, Mahathir, dan Perkasa. Melayu akan tetap terus menjadi satu bangsa yang kebelakang kerana kalian semua terus - menerus percaya kepada penipuan agung daripada Umno dan Perkasa dan terutama sekali Mahathir. Melayu terpinggir kerana Umno bukannya DAP. Melayu jadi minoriti kerana Umno bukannya DAP.

    ReplyDelete
  10. 1 UNDI BN = 1 UNDI UNTUK ROSMAH

    ReplyDelete
  11. dei.. 1.29 & 1.30 ..apa punya sembang kamu ni.kamu sembang je lebih.Apa jasa.perancangan dan tindakan kamu untuk memajukan org Melayu.Berapa ramai dlm hidup kamu ni yg telah kamu dapat memberi sesuatu yg positif dlm meningkatkan taraf org Melayu. mai sebut sikit.. setakat tulis panjang2 aku pun malas nak baca.Soalan yg utama,sejauh mana kamu ni pulak maju? (seeloknya dari segi ekonomi sbb ekonomi lah kuasa sebenar masakini)
    Org bijak = macam diam2 ubi , org yg kecoh lebih = mcm tin kosong dan makin lama membesar jadi tong deram. Jgn marah bebe.. pendapat aku sekupang dua.

    stoner -setiawan

    ReplyDelete