Tuesday, 16 December 2014

DAP pinda perlembagaan untuk hadapi PRU14

Lokasi : One City, Subang Jaya, Selangor

Acara : Persidangan Parti (DAP) 2014

Tarikh : 14/12/2014


DAP Pinda Perlembagaan Parti Bagi Hadapi PRU14


KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Konvensyen Kebangsaan DAP 2014 Ahad meluluskan beberapa pindaan kepada perlembagaan parti, termasuk untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan parti kepada 30 peratus.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan Kebangsaan DAP 2014 berkata pindaan adalah penting, bagi mengiktiraf peranan yang semakin meningkat oleh wanita masa kini.
Beliau berkata ini juga penting terutama untuk meraih undi wanita pada pilihan raya umum akan datang.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan parti, persidangan hari ini juga meminda perlembagaan parti untuk meningkatkan bilangan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kepada 30 orang daripada 20 orang sekarang.
Ia juga meluluskan cadangan bagi penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan dalam parti kepada 30 peratus untuk memastikan bahawa sekurang-kurangnya sembilan daripada 30 anggota CEC yang dipilih adalah wanita.
Pindaan itu juga menyaksikan perwakilan bersetuju untuk mengehadkan tempoh menyandang jawatan pengerusi negeri kepada tiga penggal atau sembilan tahun.
"Had tempoh selama tiga penggal untuk pengerusi negeri adalah langkah untuk memastikan pembaharuan yang berterusan dan menyuntik nafas baru kepada pemimpin parti di peringkat negeri," kata Lim dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan persidangan itu di Subang Jaya, di sini pagi Ahad.
Ia juga melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Negeri daripada dua tahun kepada tiga tahun, untuk selaras dengan CEC, manakala tempoh bagi Jawatankuasa Cawangan akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada dua tahun.
Jawatankuasa Perhubungan parlimen parti dirombak dengan tujuan untuk mempersiapkan parti bagi menghadapi pilihan raya umum.

Konvensyen itu dengan tema 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' berlangsung sehari.
Dalam pada itu, konvensyen meluluskan sembilan resolusi merangkumi 32 perkara termasuk menolak cadangan melaksanakan hukum Hudud.
Resolusi berkenaan yang diumum anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Hannah Yeoh dan diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan itu menolak pelaksanaan hukum Hudud sebagai sistem perundangan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan.
Parti itu menyokong reformasi terhadap sistem pendidikan negara dan mahu pendidikan berbahasa ibunda sebagai satu kekuatan dengan mengiktiraf peperiksaan United Examination Certificate (UEC).
-- BERNAMA


Video 1 - AJK Pusat PAS adakan mesyuarat sama hari dengan Persidangan DAP. PAS hanya diwakili Dr Hatta, AJK PAS Pusat sedangkan PKR diwakili oleh Presiden dan Timbalan beliau.


Video 2 - Bekas calon DAP untuk PRK Teluk Intan positif mengenai pindaan perlembagaan DAP yang menyediakan kuota 30% wanita untuk kerusi CEC   



1  938 orang perwakilan berdaftar menghadiri Persidangan kali ini 
2
 3  Sudut media dipenuhi oleh hampir 150 orang wakil media
 4
 5
 6
 7  Unit Tindakan Khas untuk kawal siapa ?
 8
9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
  17
 18  Lim Guan Eng
 19  Dr Mohd Hatta Ramli, MP Kuala Krai (PAS)
 20
 21  Dr Chen Man Hin, Penasihat DAP
 22  Lim Kit Siang
 23
 24
 25  MB Selangor, Azmin Ali dan Wan Azizah, ADUN Kajang
 26
 27
 28
29
 30
 31
 32
 33
 34
 35
36  Wakil Sabah, Libra  - bawa isu 'Batu Sumpah", kebebasan beragama, isu Kalimah Allah
 37
 38
 39
 40
 41  Bekas calon PRK Teluk Intan, Dyana Sofya
 42  Wakil Sarawak, Allan Ling -
 43  Anak mendiang P. Patto, Kasturi mewakili Wanita DAP - membawa isu pemansuhan hukuman mati mandatori
 44
 45  Wakil Pulau Pinang , Ridzuan
 46  Wakil Perak, Wong Kah Wong - mengimbau kekuatan Pakatan Rakyat sebelum PRU13 dan menyoal samada PR masih relevan sekarang ini .  Hanya dengan kesepakatan 3 parti dalam Pakatan sahaja dapat menewaskan BN.  Mat Sabu di peringkat Pusat, Khalid Samad di Selangor dan Nizar Jamaluddin dinamakan sebagai tunggak harapan mewakili PAS dalam Pakatan Rakyat. 
Hadi Awang didesak menghadiri mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan dan sekiranya uzur mewakilkan seseorang untuk membolehkan kepimpinan beroperasi dengan sempurna
 47 Wakil Pahang - Tengku Zulpuri Shah.. DAP cemerlang dalam PRU 13 dengan memenangi kesemua 12 kerusi DUN Pahang yang ditandingi. UMNO lah yang menyebabkan orang Melayu hanya tinggal 12% Tanah Rezab Melayu
 48  Wakil Johor, Ramakrishnan. Merdeka Center mendapati bahawa 75% Melayu Johor berpendidikan hanya peringkat SPM dan 75% Melayu Johor berpendapatan  dibawah RM3,000.Itu sebab utama UMNO mempunyai cengkaman kuat keatas Melayu Johor. DAP Johor akan buat engagement dengan Melayu Johor untuk pecahkan monopoli UMNO keatas mereka.
 49  Wakil Kedah, Tan Kok Wee - Mashitah berbohong mengenai pembakaran Al Quran di Kedah. Perbuatan tersebut sebenarnya dilakukan oleh Melayu yang ada penyakit mental seperti diakui oleh MB Kedah. Mengapa tiada tindakan keatas Mashitah kerana menghasut ?
 50  Wakil Wilayah Persekutuan, Yew Kia Hong. Pengkaderan dan latihan pelapis perlu dipergiatkan untuk membolehkan mereka mengambil alih pentadbiran negeri-negri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat kelak. Beliau juga menyeru pemimpin PAS bekerjasama dengan kepimpinan DAP & PKR untuk menang PRU14
 51 Wakil N. Sembilan, Lawrence Fong - DAP cemerlang di N.Sembilan dengan memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam PRU13. Hadi Awang didesak memberi kerjasama yang baik kepada Pakatan Rakyat. Negeri Sembilan sasaran DAP untuk diambil alih pada PRU14
 52 Wakil Melaka, Kin Cheong Siong - apa peranan PAS dalam Pakatan ? Rakyat melihat kesepakatan dalam Pakatan dan tiada satu parti yang boleh mengaku hebat dari yang lain. PAS For All memusnahkan kepercayaan bukan Islam kepada PAS dengan u-turn yang dibuat oleh Hadi Awang berhubung Hudud. DAP negeri perlu diberi arahan bagaimana mereka harus melayan PAS diperingkat negeri..
 53  Wakil Perlis, Teh Seng Chuan - bercakap dalam bahasa Siam
 54
 55  Wakil Selangor, Edry Faizal - bercerita pasal sekolah demokrasi... pendidikan tentang ideologi sosial demokrasi yang menjadi pegangan DAP.. beliau mahu pendidikan ideologi diberi tekanan dalam berhadapan dengan ideologi BN yang berpaksikan kaum. DAP adalah antihesis kepada BN dan ianya mewakili suara setiap rakyat yang tertindas... yang ditindas perlu dibela dan yang menindas perlu ditentang
 56
 57  Wakil Johor, Wong Su Kee - bercerita mengenai solidariti dengan rakyat yang ditindas. DAP Johor mencapai kejayaan cemerlang, memenangi 13 daripada 14 kerusi DUN dan 4 daripada 6 kerusi Parlimen yang mereka tandingi di Johor. Mereka bersaing secara berdepan dengan UMNO di Johor.
 58  Wakil Pulau Pinang, Danial Wee - membangkitkan isu komunikasi yang effektif antara kepimpinan DAP dan akar umbi
 59  Wakil DAPSY (ahli berumur bawah 35 tahun) - David Yeoh menggantikan Nazir yang tidak dapat hadir - bercerita mengenai barkepimpinan yang dilahirkan oleh DAPSY
 60  Wakil Perak, Terence Naidu -  bercakap ala-ala Guan Eng serupa Ezam meniru cara Anwar Ibrahim...tak ada originality.. membosankan
 61  Wakil Aulong Tengah - Leow Kai Wee
 62  Wakil Parit Jawa Pantai, Johor, Bajuri bin Haji Tahir - Tak tahu lah apa tujuan penganjur membenarkan wakil ini bercakap atas pentas. Dia merapu mengenai hantu, setan, Islam dan Kristian , dunia akhirat dan kalendar Islam yang dibawa bersama. Siap berjubah yang di "tucked-in" macam baju kemeja dan kemudian ditarik keluar menjadi jubah ketika diatas pentas.
 63  Gimik jubah 
 64
 65
 66  Goh Han Khoon dari Melaka - membawa isu perhubungan pakatan rakyat yang diibaratkan umpama sebuah beca yang kelonggaran satu roda. Namun mereka tidak boleh meneruskan perjalanan dengan hanya dua roda. Roda yang loggar perlu diketatkan. Mekanisma utnuk memastikan apa yang dipersetujui dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dipatuhi semua harus diujudkan.
 67 Chong Eng mewakili CEC menjawab mengenai keperluan "Affirmative Action" mengujudkan kuota 30% untuk wanita menduduki kepimpinan tertinggi dalam CEC. 
 68  Anthony Loke mewakili CEC, berjanji akan mengusahakan supaya setiap perwakilan pada masa akan datang akan dibekalkan dengan alat pendengaran terjemahan kerana ramai diantara mereka tidak fasih dan faham ucapan dalam Bahasa Kebangsaan. Sejak 4-5 tahun ini Kongres dan Persidangan tahunan dikendalikan dalam Bahasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun wakil masih dibenarkan menyampaikan ucapan dalam bahasa ibunda mereka sekiranya tidak mampu berbahasa Melayu. Penterjemah akan menterjemahkan ucapan yang disampaikan. Diversity is DAP's strength.
 69
 70   Dari Sarawak Chong Chieng Jen - bercerita mengenai pergerakan pemisah di Sarawak yang ingin keluar dari Malaysia. DAP tidak pernah menyokong pergerakan ini dan telah mengeluarkan "Deklarasi Bintulu"... Sarawak didakwa aman kerana tiadanya UMNO... tetapi pengaruh UMNO masih dpat menembusi masyarakat Sarawak melalui silibus pendidikan kebangsaan . DAP mahu Sarawak miliki sistem pendidikan sendiri secara autonomi.
 71   Ramasamy mewakili CEC - menyokong "Affirmative Action" atau "Diskriminasi Positif" dalam memperbetulkan ketikseimbangan dalam sesuatu masyarakat. Sistem kuota telah digunakan di Amerka, India dan lain-lain negara sebagai langkah sementara untuk memberi mereka tapak atau jalan masuk ke main stream. Beliau menyokong kuota 30% bagi wanita DAP menduduki kerusi CEC
 72  Teo Nie Ching diantara 4 wanita yang menduduki CEC buata masa ini...
 73  Dr Edwin Bosi mewakili CEC - Sarawak aman kerana tiada UMNO. Beliau mengungkit mengenai perjanjian "Batu Sumpah 1964". Freedom of religion, land must be under controlled of the state government and the respect and preservation of the native culture in Sabah. Edwin dakwa Perdana Menteri enggan hadir pada majlis perasmian Batu Sumpah. Beliau mahukan satu RCI menyiasat isu Batu Sumpah kerana kerajaan Malaysia gagal memenuhi 3 perkara yang disebutkan dalam Batu Sumpah.
 74  Lim Kit Siang -  perbezaan antara PAU dan persidangan DAP... PAU mainkan video Tanda Putera dan Islamic State...DAP mainkan video Impian Sarawak dan Impian Sabah...PAU menipu pasal Mei 13, pasal beheading dalam Islamic State. PAU memainkan ketakutan orang Melayu dan Islam... tetapi siapa yang bertanggungjawab keatas ketakutan Melayu / Islam... bukan kah UMNO ?
Belaiu juga sentuh mengenai Perkasa dan menempelak Ibrahim Ali yang mengaku jadi Hero Melayu...

RCI mengenai pendatang haram di Sabah tidak mendatangkan penyelesaian yang telah berlanjutan 48 tahun. Kemanakah pergi nya 5,000 muka surat laporan asal RCI ?

DAP tidak menyokong gerakan pemisahan tetapi keresahan rakyat Sabah dan Sarawak mesti di selesaikan dengan segera
 75
 76
 77
 78
 79
 80
 81  
 82
 83
 84
 85
 86
 87  Pengundian pindaan kepada perlembagaan parti dilakukan dengan kiraan tangan yang menyokong
88
 89
 90
 91
92
 93 



5 comments:

  1. apa khabar ROS,kata keputusan undi CEC illegal,mcm ni boleh buat ke?

    ReplyDelete
  2. Ala jinggo sepie dari bawah la pulak

    ReplyDelete
  3. Sorang nak kan silibus pindidikan autonomi, sorang nak mansuhkan hukuman mati, sorang lagi merapu hantu setan, sorang lagi merapu dok tuduh tanah rizab smpai tggl 12% ajer... agaknya tak studi kot macam mana pendirian dap psl bumiputera & tanah rizab. Yg tukang sebat pun puak tokpek nie la! Yg dok ckp psl silibus pendidikan, tentunya pendidikab agungkan lim kit siang jerla yg dia hendak! Yg dok becakap psl hukum mati mandatori... wei minachi! Islam ada hukum qisas tau enggak! Yg dok merapu hantu setan, pi join bomoh MH370 la weh! Dok merapu memalukan org islam ajer! Entahla... tgk kan usul2 puak nie... entah apa lah rupa malaysia kalau depa nie pegang. Memang betul la ckp org putih dulu2... org melayu panjat pokok duduk atas pokok la jawabnya.

    ReplyDelete
  4. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Sdr Minaq Jinggo kerana sudi hadir dan buat liputan Persidangan kami. Foto semua cantik dan yang paling penting laporan tepat. Thank you Sir.

    ..mewakili perwakilan Sabah dan Sarawak
    bukan puak pemisah.

    ReplyDelete