Sunday 29 March 2015

PDRM masih mengizinkan #KitaLawan menyusahkan wargakota

Lokasi : Jalan Ampang berhadapan dengan British Council

Acara : Demonstrasi #KitaLawan

Tarikh : 28/3/2015


Secara teknikal pendemo telah mencapai kejayaan besar hari ini walaupun berdepan dengan tindakan menahan reman segala macam individu yang dianggap menjadi penganjur atau menjuarai #KitaLawan oleh PDRM.. Penganjur boleh mendabik dada dan memohon peruntukan yang lebih dari sponsors untuk penganjuran satu lagi program besar pada 1/5/2015. Dimana silap nya strategi PDRM ?

Ramai dikalangan wakil media yang terpinga pinga cuba mencari jawapan dan rasional mengapa Ketua Aktivis Jingga13, Fariz Musa tidak ditahan reman sedangkan beliau lah yang menjadi dalang utama dalam penganjuran #KitaLawan sejak dari mula lagi.. 

Mengapa melakukan segala macam tangkapan termasuk kejadian 'menculik' Hishamuddin Rais dan melalui segala macam publisiti buruk tetapi masih gagal menghalang demonstrasi pada hari ini. Kalau nak diberikan kelonggaran pun cukup lah sekadar berdemo di SOGO, mengapa biarkan mereka ini berarak sehingga kepinggir KLCC ? Adakah Fariz Musa seorang 'snitch' atau tali barut Polis yang dibiarkan bergerak dalam Jingga13 dan 'makan dari dalam' ?

Hari ini seorang kakitangan warga asing dari British Council telah 'mengamuk sakan'  dengan bersemuka pendemo secara bersendirian. Beliau begitu marah kerana pendemo telah menyebabkan kesusahan kepada pelajar dan ibubapa yang ingin mengambil anak-anak mereka dari British Council. Laporan boleh diperolehi di Pendidik British Council berang dengan peserta #Kita Lawan

Bottomline.... #KitaLawan kali ini menyerlahkan perpecahan dalam arah tuju dan fokus gerakan jalanan pihak penganjur. Ianya dimulakan dengan #March2Freedom bagi tujuan pembelaan dan solidariti bersama Anwar Ibrahim. Keluarga Anwar begitu aktif mengambil bahagian dalam setiap siri himpunan pada peringkat awal.

Hari ini tiada kelihatan langsung kelibat Nurul Izzah atau mana-mana adik beradik mahupun ibu beliau. Isu Anwar pun sudah tidak lantang dibawa pendemo. Mereka berpecah dan membawa isu masing-masing dari Pecat IGP, 1MDB, GST dan majlis perkahwinan anak Rosmah dan Najib.

Jelas sekali Anwar sudah tidak relevan.. Isu pemenjaraan beliau hanya digunakan sebagai palam untuk kick-start program bantahan dijalanan bagi menjatuhkan Najib. Sekaranglah masa nya pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat dapat peluang menonjolkan diri dan keluar dari bayangan Anwar Ibrahim.


1  Altantuya dan Jho Low pun diheret kejalan
2
 3
 4  Manimaran , MP Kapar berucap
 5
 6
 7 Dua lapisan GD dan dua lapisan SB berjaga jaga takut KLCC dirempuh pendemo
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14  Ketua Aktivis Jingga13, Fariz Musa berucap ringkas
 15
 16  Mandeep Singh, Aktivis #KitaLawan
 17
 18  Menyemak lagi Auntie Bersih ..


12 comments:

  1. polis takde telor...

    ReplyDelete
  2. Sudah carca marba yop. Teman setuju dema semua udah hilang tumpuan. Anwar sudah tak relevan dan jadi bahan sejarah aje le.

    ReplyDelete
  3. Tangkap pun tak guna..makhamah selalu lepas..buang masa jer

    ReplyDelete
  4. Tuan rumah mana gambar keling opportunist di lokasi ? Ada mereka turun beratus ratus seperti dijanjikan atau mereka main wayang saja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah Tuan rumah ni memang suka promote bangsat2 macam dia jugak. Kasi provokasi lagi laa

      Delete
    2. Sorry saya tak bertembung muka pun dengan sukarelawan yg sanggup jadi mayat tuh. Ahli ahli dia yg beratus pun saya tak kenali kecuali dua tiga orang yg selalu hadiri PC..

      Delete
    3. Anon 11.10 saya bukan nak promote sesiapa cuma memberi peluang untuk mereka yg berani...saya suka orang yg berani..

      Delete
  5. Ini semua tak da apa lah,kira ciput je,dalam keadaan mereka dah menang undi populer pun yg hadhir demo sejak-akahir-akhir ni banyak tu aje.Menang undi popuyler, ada beberapa buah kerajaan negeri,ahli dah berkali ganda bertambahnya,DAP dah di sokong oleh 90% undi Cina dan sumber kewangan mencurah-curah dari tokey judi dan koporate,tapi yg hadhir demo sikit je,elok juga polis biarkan bebudak tu berhimpun macam tu,biar mereka cermin diri.Zaman kami tahun 1997-98 dulu semunya serba kekurangan tekanan pun kuat,ISA masih berkuat kuasa,maklumlah zaman TM,tapi keadaan lebih hebat dan bersemangat.Walaubagaimana pun kami nak tegaskan apa yg kami lakukan dulu adalah salah,kerna yg di pertahankan di perjuangkan alah maknsia tak guna,hipokrit,kaki maksiat dan pengkhianat bangsa ,ugama dan negara.

    ReplyDelete
  6. So mana dia keluarga diRaja Bukit Segambut? Malu dah kot. Takde sambutan.

    ReplyDelete
  7. Siapa kata polis x ada telor..? Meka.bersabar..sanat ada had..Kalau negara ni hancur masa utk bersabar akan hilang....

    ReplyDelete
  8. Hi hi hi , suka nengok si Nuar ketawa belakang Tok Mat al-GST.. pandai Tuan Blogger mengusik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tepat sekali, memang niat mengusik pun...

      Delete