Showing posts with label #kitalawan. Show all posts
Showing posts with label #kitalawan. Show all posts

Sunday, 29 March 2015

PDRM masih mengizinkan #KitaLawan menyusahkan wargakota

Lokasi : Jalan Ampang berhadapan dengan British Council

Acara : Demonstrasi #KitaLawan

Tarikh : 28/3/2015


Secara teknikal pendemo telah mencapai kejayaan besar hari ini walaupun berdepan dengan tindakan menahan reman segala macam individu yang dianggap menjadi penganjur atau menjuarai #KitaLawan oleh PDRM.. Penganjur boleh mendabik dada dan memohon peruntukan yang lebih dari sponsors untuk penganjuran satu lagi program besar pada 1/5/2015. Dimana silap nya strategi PDRM ?

Ramai dikalangan wakil media yang terpinga pinga cuba mencari jawapan dan rasional mengapa Ketua Aktivis Jingga13, Fariz Musa tidak ditahan reman sedangkan beliau lah yang menjadi dalang utama dalam penganjuran #KitaLawan sejak dari mula lagi.. 

Mengapa melakukan segala macam tangkapan termasuk kejadian 'menculik' Hishamuddin Rais dan melalui segala macam publisiti buruk tetapi masih gagal menghalang demonstrasi pada hari ini. Kalau nak diberikan kelonggaran pun cukup lah sekadar berdemo di SOGO, mengapa biarkan mereka ini berarak sehingga kepinggir KLCC ? Adakah Fariz Musa seorang 'snitch' atau tali barut Polis yang dibiarkan bergerak dalam Jingga13 dan 'makan dari dalam' ?

Hari ini seorang kakitangan warga asing dari British Council telah 'mengamuk sakan'  dengan bersemuka pendemo secara bersendirian. Beliau begitu marah kerana pendemo telah menyebabkan kesusahan kepada pelajar dan ibubapa yang ingin mengambil anak-anak mereka dari British Council. Laporan boleh diperolehi di Pendidik British Council berang dengan peserta #Kita Lawan

Bottomline.... #KitaLawan kali ini menyerlahkan perpecahan dalam arah tuju dan fokus gerakan jalanan pihak penganjur. Ianya dimulakan dengan #March2Freedom bagi tujuan pembelaan dan solidariti bersama Anwar Ibrahim. Keluarga Anwar begitu aktif mengambil bahagian dalam setiap siri himpunan pada peringkat awal.

Hari ini tiada kelihatan langsung kelibat Nurul Izzah atau mana-mana adik beradik mahupun ibu beliau. Isu Anwar pun sudah tidak lantang dibawa pendemo. Mereka berpecah dan membawa isu masing-masing dari Pecat IGP, 1MDB, GST dan majlis perkahwinan anak Rosmah dan Najib.

Jelas sekali Anwar sudah tidak relevan.. Isu pemenjaraan beliau hanya digunakan sebagai palam untuk kick-start program bantahan dijalanan bagi menjatuhkan Najib. Sekaranglah masa nya pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat dapat peluang menonjolkan diri dan keluar dari bayangan Anwar Ibrahim.


1  Altantuya dan Jho Low pun diheret kejalan
2
 3
 4  Manimaran , MP Kapar berucap
 5
 6
 7 Dua lapisan GD dan dua lapisan SB berjaga jaga takut KLCC dirempuh pendemo
 8
 9
 10

Saturday, 28 March 2015

Masih ada yang sanggup mati untuk Rosmah dan Najib??

Lokasi : PJ Industrial Park, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media "Langkah Mayat Saya Dulu" oleh Ramesh Rao

Tarikh : 27/3/2015



Sebentar lagi akan bermula himpunan #kitalawan dihadapan SOGO yang dijangka akan berlarutan sehingga ke KLCC.. Jumlah pendemo tidak lah dapat dipastikan. Polis telah pun memulakan operasi menahan dan mereman 'kepala-kepala' yang biasa mengepalai siri himpunan dihadapan SOGO sejak kelmarin.

Dalam banyak banyak NGO di Malaysia hanya NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) sahaja yang mengambil inisiatif untuk berhadapan dengan pendemo dan mempertahankan majlis perkahwinan anak Najib dan Rosmah dari diganggu pendemo. Majlis bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Hulubalang perang dari seluruh Pahang pun tidak kedengaran memberi kata sokongan atau berjanji untuk turun berkampong dan mempertahankan keselamatan majlis perkahwinan anak Najib.

Alasan besar yang diberi Presiden PMSP ialah untuk menghalang pendemo dari menganggu VVIP dari negara asing yang bakal menarik campurtangan mereka dalam urusan negara ini. Kalau setakat NGO preman apalah sangat yang dapat dilakukan oleh PMSP? Tidak kah kawalan keselamatan PDRM mencukup ?. Adakah PMSP memandang kecil kemampuan PDRM ?

Maka tidak dapat tidak, saya terpaksa timbulkan persoalan MENJILAT... Ikuti jawapan Ramesh dipenghujung rakaman video.



1
2
 3
 4
 5

Sunday, 8 March 2015

#kitalawan - bebaskah Anwar kalau Najib Undur ?

Lokasi : Dari SOGO ke KLCC

Acara : Himpunan solidariti 307 #KiraLawan

Tarikh : 7/3/2015


Himpunan kali ini berjaya menarik jumlah kaum Cina yang ramai, mirip himpunan Bersih. Masih ketara sokongan dari PAS begitu minima... jumlah anggota Unit Amal yang bertugas pun begitu kecil. Tetapi perarakan dari SOGO ke KLCC sehingga penghabis acara berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.. Kalau ada himpunan seterusnya Unit Amal mungkin tidak diperlukan lagi kerana penganjur sudah boleh mengawal perjalanan himpunan dengan baik. 

Namun secara keseluruhan nya saya rasakan bahawa himpunan sebegini sudah kehilangan momentum, tidak seperti sebelum PRU13 dahulu.. Isu Anwar masuk penjara sudah boleh diterima orang ramai termasuk lah saya sendiri. Azmin Ali yang dikatakan akan turut bersama berarak dari menara Maybank tidak muncul langsung. Mungkin sudah timbul kesedaran setelah Guan Eng pun menyatakan tidak akan hadir kerana ada tugasan rasmi  yang lebih penting untuk beliau hadiri.

Bottomline ... desak Najib Undur... kalau Najib undur petang ini boleh kah Anwar keluar penjara petang ini jugak ? Ketara Anwar hanya digunakan sebagai alasan untuk berdemo... 

1
 2
 3  Anuar UMNO Reform
  4
 5
 6  Ambigah bersama bodyguard berbaju merah
 7
 8  Tian Chua
 9  Ambigah
 10  Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS akhirnya menonjolkan diri bersama AMK dan Jingga 13

Sunday, 22 February 2015

Pemuda PAS masih tetap bersama Pakatan Rakyat ?

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Nah untuk mematahkan tanggapan dan persepsi masyarakat bahawa PAS tidak lagi menyokong sebarang kegiatan PKR dan Pakatan Rakyat, penganjur telah berjaya membawa Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, Bendahari Pemuda PAS Malaysia untuk memberi ucapan di acara Himpunan #kitalawan minggu ini.

Fakhrulrazi telah berjanji akan membawa turun gerombolan Pemuda PAS untuk membantu Pakatan Rakyat dalam PRK Chempaka dan Permatang Pauh.

Tapi yang tak sedap nya ayat penghujung ucapan beliau "Yang baik datang dari Allah Taala , yang jahat datang daripada Najib dan Rosmah... Wallahualam.." Tak tergugat ke akidah ?
Bukan kah lebih tepat beliau katakan "Yang baik dan buruk semua nya dari Allah SWT. Kita reda dan terima kesemua ketentuan Illahi dengan hati terbuka.. InsyaAllah"


1
 2


Keluarga Anwar mengharap kedutaan asing pantau keadaan penjara

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Dalam video ini :

1. Anwar dikatakan mengadu sakit belakang / pinggang dan keluarga serta peguam Anwar sedang berusaha untuk beliau diberi layanan sebagai "Tahanan Politik" dan bukan sebagai banduan biasa.

2. Nuha menafikan sokongan anak muda sudah berkurangan sejak kebelakangan ini kerana keluarga beliau masih mendapat sokongan melalui panggilan talipon, email dan sebagainya.

3. Kedutaan German dikatakan akan memeriksa keadaan penjara dimana Anwar ditahan dan duta-duta asing terutamanya dari negara EU akan melihat semula kedalam kes Anwar dan keadaan beliau dipenjara.






"WE WILL NEVER SURRENDER" masih lesu dan tidak bermaya

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Hari ini hari ke-12 Anwar dipenjarakan dan kali kedua himpunan ini diadakan. Tema minggu lepas "Rakyat di-liwat Najib" tetapi hari ini tema bertukar kepada "Lawan Tetap Lawan". Bersempena musim sambutan Tahun Baru Cina, pihak penganjur telah membawa kumpulan Tarian Singa untuk menghiburkan orang ramai yang berada di persekitaran SOGO.

Kehadiran kumpulan penyokong Anwar Ibrahim tidak melebihi 50 orang. Selepas Tarian Singa ucapan ringkas disampaikan oleh Nik Nazmi (Ketua AMK), Mohd Fakhrul Razi (Pemuda PAS), Adam Adli (Aktivis anak muda) sebelum disudahi oleh Nuru Nuha.

Penganjur mensasarkan 7/3/2015 sebagai kemuncak himpunan di hadapan SOGO dan menjemput orang ramai hadir sebagai tanda sokongan kepada Anwar Ibrahim. Melihat kepada kelesuan penganjur mengumpul kumpulan 'anak muda' hari ini dan minggu lepas, saya ragui himpunan terakhir akan dapat lonjakkan dari segi sokongan orang ramai dan dari penyokong Anwar sendiri. Beberapa orang kenalan bekas Reformis sebaya saya turut hadir memerhati dari jauh 'budak-budak' buat kerja.

Program hari ini yang  bermula lebih kurang jam 4.45 pm dan berakhir 5.15 pm tanpa ada sebarang perarakan seperti minggu lepas..

Saya difahamkan Adam Adli dan Faris Musa (Ketua Jingga13) telah ditahan Polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang lebih kurang selepas 15 min acara berakhir.




1  Pengunjung SOGO dihiburkan oleh penyanyi jalanan. 
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10