Sunday, 12 April 2015

Syed Ali Al-Habshee - TV3 jangan jadi batu api pecah belahkan rakyat dan orang UMNO

Lokasi : Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Acara : Sidang media khas UMNO W.Persekutuan bagi menyatakan sokongan penuh kepada
kepimpinan Perdana Menteri DS Najib Razak

Tarikh : 11/4/2015


Ketua UMNO Cheras dan juga Setiausaha UMNO W.Persekutuan, Datuk Syed Ali Al-Habshee meminta media arus perdana terutamanya TV3 jangan melaga-lagakan Tun Dr Mahathir dan Najib. Razak kerana ianya akan menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat dan ahli UMNO sendiri. Kedua dua mereka mempunya penyokong mereka tersendiri dan jika penyokong Tun pula bangkit menyerang adalah dikhuatiri keadaan akan menjadi lebih parah untuk UMNO dan BN.

Sejak kebelakangan ini TV3 banyak menyiarkan pandangan orang ramai yang tidak relevan bertujuan  menyerang teguran Tun Dr Mahathir sehingga pandangan KITA pun diberikan airtime. Siapa itu KITA yang penting sangat untuk diminta pandangan... tanya Syed Ali sebelum rakaman dibuat.


Ikuti rakaman kenyataan penuh oleh Syed Ali 





11 comments:

  1. Apa guna TV kalau bukan utk melaporkan,pecah belah atau tidak itu lu punya pasal,fikirlah mana yg betul.Dalam kes ini aku tetap salahkan TM.Masa dia dah tamat,apsal dia sibuk.Apa kebaikana pada rakyat dgn pertanya-pertanyai beliau itu.Yang pasti ianya memberi kebaikan kepada Pembangkang.Eloknya Tuan Syed tutup mulut TM,baru betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg seeloknya kau pun tutup mulut

      Delete
  2. Beza antara Penyokong Tun Dr.M dengan DS Najib adalah jelas. Saya sokong Dr.M dan UMNO. Mengapa ramai yang sayangkan UMNO dan menyokong Tun walaupun bukan lagi PM dan tak mampu 'memberi' apa-apa pada mereka?

    Penyokong DS Najib sudah tentu menyokong kerana .......faham-faham saja lah. Mereka semua pegang jawatan hebat-hebat. Naik kereta hebat. Ada yang sampai kawin muda lagi satu. Semuanya bergaya dan hebatlah. Nak bagi Rakyat jealous ke?

    ReplyDelete
  3. Dulu Tun goyang-goyang saja... tapi sekarang Tun dah mula goncang! Kita lihat kesudahannya nanti, adakah buah akan gugur atau tidak.

    ReplyDelete
  4. Apa nak diherankan stesyen TV-LIBERAL-BANGANG ni?! Tengok sajalah program MentorJAHANAMnya yg. MEROSAKkan minda jenerasi muda Islam/Melayu kita dgn. MEMPERLEKEHkan Bahasa Kebangsaan/Bahasa Melayu kita serta ada yg. MENGHINA peserta yg. pakai tudung, dgn. menggunakan juri dari artis-artis-Melayu-BONGKAK nak mampos, yg. sibuk dok cakap/berlagak omputih (sedgkan omputih sibuk dok ketawa berdekah tengok kita dok sembah-mcm-KULI-depa)!

    Maka, HAK/MARUAH/TANAH PUSAKA BUMIPUTERA Islam/Melayu makin terus TERGADAI dan diPIJAK mcm. SAMPAH kat NEGARA ISLAM kita ni; akibat PENGKHIANATAN golongan ELIT/PEMIMPIN Islam/Melayu-LIBERAL yg. terlalu MEMUJA omputih-mcm-si KULI-Barat/Zionis!! Lihat di http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2015/04/malay-massacre-in-maybank-part-2.html, Malay massacre in Maybank (Part 2) . Friday, April 10, 2015:

    ....."Ethnic cleansing"
    Geoff Stecyk joined Maybank in 2008 as previously the Head of Transformational Services for Maybank Group before being appointed to the present position of Group Chief Technology Officer on January 2014.

    …the Canadian educated and Balkan ethnicity Geoff took them in as permanent staff and most of them turned out to be non-Malays. ………

    Not all are Malays but so happen majority of the victims and the upcoming victims are Malays.

    Upon enquiry with some old friends in Maybank, the IR that took the IT Department cases were mostly non-Malays, sorry to say Chinese in fact and Managers under Geoff's are also mostly Chinese. Maybe Geoff developed prejudice against Malays during his days at Southern Bank and too much interaction with his Chinese subordinates………

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  5. Cara yang terbaik untuk singkirkan DS Najib adalah melalui pemilihan parti 2016 nanti. Bukan dengan cara sekarang ni melalui blog dan sebagainya. Angkat dan pilih sendiri calon yang berkenan di hati masa pemilihan itu nanti. Biar ahli UMNO sendiri yang tentukan siapa calon pilihan mereka. Boleh mula kempen dari sekarang dan tunjukkanlah kebolehan luar biasa masing-masing. Tulis dalam blog, tweeter dan sebagainya memang mudah sebab takde siapa boleh pertikai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pun, pengampu Najib dah mula atur strategi nak musnahkan kredebeliti pihak yang ada kaitan dengan Tun Dr. Mahathir, hinggakan Datuk Seri Mukhriz yang tak ada kena mengena dengan isu Najib itu pun dah mula diserang bertalu-talu.

      Tapi ramai ahli UMNO dah sedar, malahan dengan cara ini kita berkempen supaya Najib dan kuncu-kuncunya tumbang teruk sebagaiman pecacai DAP dalam PAS yang telah kalah teruk kepada puak-puak ulama dalam pemilihan peringkat bahagian PAS baru-baru ini.

      Cara melalui blog dan media sekarang ini adalah cara berkempen supaya Najib dan kuncu-kuncu ditumbangkan dalam pemilihan UMNO 2016 nanti, kepada ahli-ahli UMNO, ketua-ketua cawangan, maklumat dan pendedahan mengenai kelakuan salah dan penyelewengan oleh Najib perlu diterangkan di peringkat akar umbi, bukannya hendak memburukkan Najib, tapi nak menerangkan situasi semasa di mana Najib perlu ditumbangkan demi untuk menyelamatkan UMNO dari terus hancur lebur dalam menghadapi PRU 14 disebabkan masalah Najib menyebabkan Barisan Nasional kehilangan sokongan rakyat terutama pengundi atas pagar yang mereka walaupun bukan ahli UMNO atau mana-mana parti komponen Barisan Nasional, tetapi kerana mereka termasuklah ahli-ahli UMNO sendiri yang menghadapi macam-macam masalah akibat cara pentadbiran Najib yang buruk sekarang ini, maka sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional makin menjunam dengan dahsyatnya.

      Kita perlu sedar bahawa masyarakat Cina dan India bukanlah menolak Barisan Nasional atau menyokong penuh DAP, tetapi mereka melihat, merasai bahawa cara pengurusan Najib ini akan menghancurkan negara, maka dalam PRU 13 mereka telah protes beramai-ramai menentang Najib.

      Mengapakah orang-orang Cina dan orang-orang India serta Melayu bandar masih memberikan sokongan yang kuat kepada Tun Dr. Mahathir? Ini kerana mereka sebenarnya menyokong Barisan Nasional, cuma kepimpinan atasan Barisan Nasional sahaja yang kini sangat teruk hingga menyebabkan mereka marah dan mengundi parti lawan.

      Kini orang-orang Melayu di kampung-kampung dah sedar betapa mereka hanya dipergunakan oleh Najib sahajalah, bila dah menang, memeras rakyat dengan berbagai cara ekonomi yang melampau hingga menyusahkan rakyat.

      Macam isu GST, memanglah dikatakan bahawa perniagaan yang pendapatan tahunan kurang RM 500 ribu tak boleh kenakan GST kepada pembelinya. Tetapi masalahnya peniaga kecil itu pun beli dengan pemborong yang jualannya lebih RM 500 ribu dan mengenakan GST kepada peniaga itu, maka peniaga kecil itu menyerap kos GST dengan menjadikan sebagai kos operasi, pusing sana pusing sini pun, semua perniagaan akan mengenakan GST secara langsung atau tidak langsung.

      Najib dan menteri-menterinya masih lagi memberi jawapan yang bersimpang siur, berputar-putar sampai putar alam untuk mengelirukan orang ramai, tapi itulah hakikatnya yang sebenar bahawa walaupun perniagaan itu jualannya tahunannya kurang RM 500 ribu, mereka terpaksa masukkan kos GST yang mereka bayar kepada pemborong sebagai kos operasi dan diserapkan kos GST itu kepada barangan yang dijual, maknanya semua perniagaan, pengguna perlu menanggung GST.

      Penjelasan yang kononnya perniagaan yang jualannya kurang RM 500 ribu setahun tak kenakan GST adalah penjelasan penipu dari Najib dan menteri-menterinya, peniaga tetap kenakan GST kerana mereka sendiri dah kena bayar GST kepada pemborong semasa membeli barang dari pemborong, maka GST yang dikenakan itu adalah secara tidak langsung kerana diserap sebagai kos operasi dan dimasukkan ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Peniaga tidak boleh disalahkan, kerana mereka menanggung kos, kalau barang RM 1.00, mereka terpaksa tanggung RM 0.06, kalau RM 1,000.00 dah kena tanggung RM 60.00 dan begitulah seterusnya kena tanggung 6% dari kos pembelian barang-barang lain juga.

      Delete
  6. Kalau Syed Ali Al Habshee tak percaya mengenai peniaga yang jualannya kurang RM 500 ribu juga kenakan GST secara tidak langsung kepada pengguna. Sila nilai betul-betul situasi ini.

    Pengilang jual kepada pemborong kenakan GST 6%.

    Pemborong jual kepada peruncit kenakan GST 6%.

    Peruncit yang jualannya kurang RM 500 ribu tak boleh kenakan GST, tetapi mereka dah kena bayar GST 6% kepada pemborong tadi. Maka mereka akan serap kos GST itu sebagai kos operasi yang dimasukkan ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna.

    Oleh itu, kenyataan bahawa perniagaan yang kurang RM 500 ribu tak terlibat dengan GST adalah penipuan semata-mata, perniagaan jenis itu juga kenakan kos GST secara tidak langsung yang diserap sebagai kos operasi, sebab mereka beli dari pemborong pun dah kena bayar GST, takkan mereka nak rugi jual dengan harga yang rendah dari yang dibeli dari pemborong?

    Hakikatnya penjelasan GST adalah sangat mengelirukan, tunggang langgang, caca marba, haru biru serta banyak penipuan yang sangat menjijikkan.

    ReplyDelete
  7. Tun Dr Mahathir seorang negarawan yang licik.

    Tun Mahathir vs DS Najib adalah satu sentuhan peribadi Tun M untuk menggilap DS Najib menjadi seorang pemimpin ulung Malaysia dan Dunia.. Tun Mahathir sering kali mengingat kita, kita perlukan pembangkang yang hebat untuk menjadi teras check & balance kepada kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan pada hari ini adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak punya kekuatan 2/3 pun. Pembangkang yang ada pula berada pada tahap sampah yang hanya berlegar pada soal liwat, pergeseran antara parti dalam soal hudud, air, MB Selangor dan sebagainya yang langsung tidak menyumbang kepada pembangunan dan penyatuan rakyat berbagai kaum buat negara Malaysia. Di sinilah Tun Mahathir hadir sebagai check & balance yang paling anjal kepada DS Najib agar tidak terjebak seperti Tun Mahatathir yang telah dimanipulasi oleh orang sekeliling yang tidak jujur dan amanah. Itu sebabnya IMDB dikritik hebat hingga DS Najib mengumumkan supaya ianya diaudit setelus-telusnya secara terbuka dan tidak ada peluang buat sesiapa untuk mengambil kesempatan terhadap asset Negara ini. Apabila Tun Mahathir menggesa DS Najib untuk berhenti daripada jawatan PM dan Presiden UMno, ahli UMno dan rakyat harus sedar bahawa gesaan ini dibuat oleh seorang Negarawan yang telah bersara dan tidak punya apa2 pengaruh dalam kerajaan dan juga parti. Tak punya kesan apa2 pun. Ketika Tun Mahathir memegang kuasa dulu hampir setiap waktu gesaan seperti ini timbul dari dalam dan juga luar Negara. Saya percaya niat Tun Mahathir ikhlas demi Negara Bangsa dan Agama Islam seadanya. Isu Altantunya pula sahaja ditimbulkan agar satu usaha besar-besaran dilakukan oleh semua pihak agar kisah ini tidak terus dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjadi ianya satu kisah rakyat yang akan dikenang sepanjang zaman, hingga anak cucu kita akan menjadi kisah ini satu momokan untuk mempermainkan PM Najib sekeluarga selama-lamanya. Satu tindakan tegas sangat perlu dilakukan oleh DS Najib dan juga pihak berkuasa agar isu yang telah tersiar raya selama lapan tahun ini dinoktahkan terus daripada alam maya ini.. Hakikatnya Tun Mahathir sayangkan DS Najib lebih daripada anak beliau sendiri… Hanya beliau sahaja yang tahu niat sebenar atas tindakan yang beliau lakukan. Diharapkan ramai yang akan faham apa yang terjadi ini adalah satu perkara baik yang akan menguatkan lagi kerajaan UMno BN yang bertunjangkan Islam ini agar terus berkuasa di bumi Malaysia dan bukannya puak sesat yang dipimpin oleh Nuar jubury dan rakan sekutunya

    ReplyDelete
  8. Tobat lahum TM gagal teruk sekali ni.Masa dia dah hampir ke penghujung.Memalukan saja sudahnya nanti,macam Anwar yg tak mahu bertaubat akhir kedalam juga.TM pula tak mahu bertaubat 'sengat' orang tak sudah-sudah semua orang tak betul hanya dia yg betul, akhirnya terima balasan juga .Tengoklah.Aku tetap doakan merka yg dio sengat oleh TM mendapat ganjaran dan TM yg menyegat kena balasan.

    ReplyDelete