Wednesday, 8 April 2015

Tun Dr Mahathir tak gentar dengan gertakan

Lokasi : Mont Kiara, Kuala Lumpur

Acara : Sembang petang bersama Tan Sri Sanusi Junid

Tarikh : 6/4/2015


Pangkal pokok masalah antara Tun Dr Mahathir dan Najib Razak ialah sikap membisu Najib yang enggan menjawab soalan yang ditimbulkan oleh pelbagai  pihak termasuk lah oleh Tun sendiri.

Menurut Tan Sri Sanusi kita harus memahami sifat dan sikap Tun dalam menghadapi sesuatu masalah. Sebagai seorang Doktor dia akan menyiasat apa penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Selepas itu dia akan memberi ubat pil sekira nya itu yang diperlukan tetapi sekiranya tiada pil beliau akan beri ubat cair yang manis untuk diminum dan sekiranya tiada yang manis beliau akan beri ubat cair yang pahit kepada pesakit tersebut.

Sekira nya tiada ubat dan penyakit tersebut perlukan pembedahan maka pesakit tersebut akan dibius dahulu sebelum dibedah dan sekiranya tiada ubat bius maka Tun akan mengikat pesakit tersebut dan kerat pesakit tersebut dalam keadaan sedar dan menjerit dan melolong kesakitan. Yang paling penting pesakit tersebut sembuh dari penyakit yang dihidapi.

Dalam keadaan sekarang Tun Dr Mahathir sudah pun memulakan pembedahan dan dia tidak kira samada pesakit itu boleh tahan sakit atau tidak.

Kalau pihak yang cuba nak cari kesilapan beliau dengan mengugut akan  buat pendedahan cerita lama dan sebagainya, mereka boleh la cuba dan nescaya akan kecewa akhirnya kerana Tun jenis pemimpin yang tidak akan tunduk kepada gertakan.

Usia Tun Dr Mahathir sudah pun memasuki 90 tahun dan beliau tidak mempunyai apa apa yang dia perlu untuk kepentingan peribadi. Beliau hanya mahukan jawapan dari Najib supaya UMNO / BN boleh jadi kuat dan memenangi pilihanraya seterusnya.




1
2
3
4


23 comments:

  1. Mahathir cakap sendiri, Mahathir tak suruh orang lain bercakap bagi pihaknya. Mahathir tujukan kepada Najib dan mah Najib jawab sendiri, bukan orang lain bagi pihak Najib - so simple.

    Pengamatan saya:
    Najib tidak dapat jawab.
    Najib ada masalah dan minta Mahathir atasi (Tidak wajar saya diminta atasi masalah - TDM)
    Mahathir hanya nasihat, undur (ubat).

    Oleh itu gertakan,pendapat orang lain yang diluar kotak, kumpullah sebanyak mana pun orang menyatakan sokongan kepada Najib - itu langsung bukan masalah kepada Mahathir, itu masalah kepada mereka untuk mempertahankan apa yang mereka tahu sedikit dan apa yang mereka tidak tahu banyak tentang Najib.

    Kalaulah seorang demi seorang dari mereka sangup berjumpa Mahathir, jangan tunjuk kuat dan pandai cakap secara berkumpulan - tentulah mereka mungkin smenggunakan otak sendiri yang sebelum ini dipandu.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn. pandangan BERNAS TS Sanusi ini! Malangnya ramai pemimpin yg. lebih muda terlalu angkuh, bebal dan LIBERAL-tak tentu arah, nak dengaq pandangan dr. yg. lebih tua, amat berjasa dan berpengalaman mcm. dr. YAB Ayahanda Tun kita ni!

    Apalagi bila ramai PENGAMPU mengelilingi YAB PM kita, termasuk si MCAcing-PENYAMAQ-LIDAH BERCABANG-mcm,-ULAQ tu, yg.TAMAKkan kuasa/kemewahan semata - bukan utk. berjuang demi rakyat terutamanya BUMIPUTERA miskin dan TERTINDAS, yg. masih BERLAMBAK!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  3. Najib dah makin cuak dan gelabah sekarang ini, komen-komen di facebook Najib pun dah banyak yang disekat, bila kita log out, maka komen itu pun hilang, tapi bila kita log in komen ada balik, ini menunjukkan komen itu disekat dari dipaparkan kepada umum oleh para pengendali facebook Najib seba mereka dah takut dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat.

    Saya pun sangat hairan kenapa Najib tak menjawab lagi soalan yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir yang sebenarnya dah lama rakyat Malaysia turut bertanyakan soalan yang sama. Tun Dr. Mahathir tidak menggunakan bahasa orang Eskimo bila bertanyakan isu ini, malahan Najib pun tidak disyaratkan untuk menjawab dalam bahasa Somalia akan segala pertanyaan tersebut. Tun Dr. Mahathir tanya soalan dalam Bahasa Melayu sebab Najib orang Melayu, malahan ada soalan dalam Bahasa Inggeris kerana Najib selalu cakap Bahasa Inggeris, jadi apa yang menyebabkan Najib begitu TAKUT untuk menjawab segala persoalan tersebut?

    Jika Najib terus berdiam diri kononnya menunggu masa yang sesuai, sekarang masa inilah masa yang sesuai, bila ditanya, maka terus kena jawablah, macam ambil periksa UPSR, bila dah diarahkan untuk jawab, maka kena jawablah hinggalah cukup masa peperiksaan itu, kalau dah 12 tahun habis waktu peperiksaan itu baru nak jawab apa gunanya?

    Ditambah lagi dengan komen-komen serta hujah-hujah serta sokongan-sokongan dari cybertrooper Najib dan ahli parlimen suruhan Najib yang tak berapa cerdik yang memberi komen yang kesemuanya terbabas silap simpang, jatuh longkang, tergelincir ke parit, hanyut ke laut semunanya itu, maka itu semua tidak membantu memulihkan imej Najib yang dah sedia hancur, malahan akan menambahkan kehancuran terhadap Najib yang sudah sedia hancur imejnya itu.

    ReplyDelete
  4. Sebenar nya salah TDM juga sebab salah sangka... dia ingat Ah Jib ni cerdik... kalau tak secerdik dia sendiri pun..sekurang-kurang nya lebih cerdik dari PM selepas TDM... itu sbb dia sokong Ah Jib masa nak pilih dulu... tapi sekarang nasi dah jadi bubur basi... UMNO BN menunggu kehancuran dan akan berkecai bila datang PRU 14 nanti selagi presiden nya masih orang yang sama...

    ReplyDelete
  5. Aku punya komen jangan tak siar, mentang-mentang aku sokong DS Najib. Apa yang DS Najib buat ialah memperkukuhkan ekonomi Malaysia. Cuma hasilnya belum dapat diraih. Cara dia buat lebih-kurang Tun - apa2 yang positif, jalan terus, cuma Tun tak perlu nak jawab bekas PM. Tun ni lebih kurang LKY - semua orang nak kena dengar cakap dia, tak dengar kena tibai! Wal hasil jangan bertengkar dengan Tun, korang mesti kalah punya! Walaupun aku tak secerdik Tun, aku percaya kepada orang yang berani bersumpah dengan nama Allah. Yang tak berani bersumpah tu memang tak boleh pakai. Korang nak kutuk DSN teruskan. Aku akan istiqamah mendoakan dia selepas "tahajjud" tiap-tiap malam.

    ReplyDelete
  6. ni suma game mahathir. kalau layan, buang masa.

    ReplyDelete
  7. najib dah sumpah atas nama allah, apa lagi yang mahathir nak. dia cuma nak gamekan najib, throw half truth news untuk main2kan najib. hasil akhir, mahathir nak suh najib letak jawatan.kalau najib jawab, minggu depan dia bagi soalan lain lagi. macam budak2...

    ReplyDelete
  8. Yg game kan najib tu sbnrnya rosmah bro...najib lama nak resign tp bini x kasi.. sbb2 tertentu.Dah kena siku pun senyap.apakan lagi yg lain2.Najib tu ok cuma silap bini n penasihat je.

    ReplyDelete
  9. Apa kena mengena dgn sumpah? Ada tun M cakap Najib bunuh altantuya ke??? Baca ke tak soalan tun tanya apa? Tun cuma tanya siapa yang bagi arahan bunuh altantuya? Ada tun sebut nama Najib ke??? Ni yg pro Ah jib gor x nmpk! Tanya soalan lain dia kona jawapan lain...goblok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan tak ada sorang pun yg komen dekat sini pasal altantuya...alih2 sebut Najib sumpah atas nama Allah...kelakar la pro Ah jib gor ni...soalan dia mudah siapa bagi arahan? Tak ada kena mengena dengan sumpah! Shame on u la pro Ah jib gor!

      Delete
    2. Brader siapa yg arah...bodoh la nak tanya Najib...tanyan la si penembak tu, polis atau tuan hakim ariff...najib bukan polis dan bukan hakim...tp najib bileh panggil mereka utk bagi penerangan...nt kata ada campurtangan najib la plak..x telus...susah betul klu dah fikir miring

      Delete
  10. Setuju muhamad Danial. Ntah nape pro najib asyik nak pertahankan kata najib xterlibat? TDM xcakap pun dia terlibat. TDM sekadar bertanya je. Ye la...kalau ye pun apa2 yg pro najib tlg jawabkan tu semuanya betul...apa masalahnya najib jawab sendiri....rakyat lebih repect kalau dia jawab sendiri. Dan aku rasa kalau dia xnak jawab TDM...itu lebih tak hormat. Bayangkan bila kita tanya...org buat xtau...kan xhormat namanya tu. Konon hormat sbb xnak malukan TDM. Kenape mesti nak malukan? Org suh jawab soalan je...hadoiii...

    ReplyDelete
  11. Bangang tu biar bertempat sikit... jangan tunjuk kan sangat bangang tu... aku ni penyokong tegar bn.. tp skrg nk tak tau dah tang mana lg nak back up bn... peluru dh habis,perisai dh nipis.. apa yg tun persoalkan adalah soalan yg sama yg ingin diketahui jawapannya oleh setiap rakyat malaysia... apa jadi dgn 1mdb? Ekonomi tgh teruk,sampai pulak kapal baru.. kenapa gst? dan macam2 lg lah... klu aku kat tempat tun pon aku akan buat benda yg sama,giler. Aku dh bangunkan malaysia tiba2 org lain boleh buat mcm ni pada hasil usaha aku... tp tak tau lah klu korang yg masih kipas pm kan.. tak kisah dgn apa yg pemimpin buat... otak ada pakai.. jangan nk istikomah sangat lah... sokong mengkhinzir buta ajerr..

    ReplyDelete
  12. Setengah manusia jd bangang .. ikut sahaja ape telunjuk ketua kalau ada kepentingan!! so corrupt!!! .. x sedar apa yg TUN tanya.. TUN tanya simple jer tpp jawapan semua menyimpang... x ada jawapan tepat. kalau time periksa memang FAIL. aku nie .. dulu menyokong BN di sebabkan TUN ..... tp sekarang .. tak ade laaa weihhh..... selagi JIB GOR and KMAH kat atas mintak byk simpang laaaaa weii...lagik satu .. Wakil Rakyat BN.. yg pemalas byk sgt ...Bukan nak buat kerja tau ... Bodek ....

    ReplyDelete
  13. Ramai rakyat yang merindui kepimpinan Tun Mahathir....,termasuk saya sendiri...semasa Tun Mahathir menerajui kepimpinan negara kita, byk CUKAI2 dimansuhkan...,minyak TAK pernah naik melebihi 30sen..,pembangunan & kemudahan utk rakyat sentiasa ada..
    Saya dah merasa zaman pemerintahan Tun M dan DS Najib..jauh sgt bezanya....kalau dulu kte blajar ekonomi matlamat kerajaan adalah memaksimumkan kebajikan kpd masyarakat..zaman Tun M dulu relevan..tapi skg dh tak relevan..yg skg ni memaksimumkan kekayaan kpd kroni..
    Saya memang salute Dr M..semoga dia diberi kesihatan yg baik dan hidup di berkati selalu..Amin

    ReplyDelete
  14. Ya Allah! Limpahkan kesihatan baik kepada Tun M sekeluarga. Ya Allah! Peliharalah kami seluruh rakyat Malaysia daripada pemimpin yang lemah.

    ReplyDelete
  15. Mula-mula Tun `goyang pokok" sikit-sikit,tapi tak berkesan. Sekarang Tun dah mula `goncang pokok'. Agak-agak buahnya cepat gugur tak?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Tun M.. :D semoga ALLAH S.W.T. pelihara dan memberikan kesihatan yang baik pada Tun M dan Isteri.. saya sayang Tun M.. moga ALLAH S.W.T. berkati hidup Tun M dan Isteri.. sedih dengaq orang dok hentam Tun.. dan yang lawaknya orang yang cetek ilmu politik pun sibuk jugak nak hentam..hehee.. apa2 pun kami akan sentiasa di belakang Tun.. terima kasih Tun kerana sudi memikul amanah sebagai PM selama 23 tahun, berusaha menjaga kebajikan rakyat dan membawa negara Malaysia maju ke hadapan hingga boleh berdiri atas nama negara ini sendiri tanpa perlu BERHUTANG dengan NEGARA LUAR.. Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang mampu membalas segala jasa Tun M.. sayang Tun M tau !!!

    ReplyDelete
  17. Kami sayang Tun Mahathir. Beliau diibaratkan seoarng bapa kepada rakya Malaysia. Belum ada pemimpin setanding Tun. Amat malang bagi orang yang mengutuk padahal orang orang yang mengutuk Tun sekarang adalah orang yang duduk dalam pmerintahan Tun semasa Tun jadi presiden UMNO. Semua mereka sokong DSN kerana mereka hanya berlakon setia dengan DSN. Bagaimana pula kiranya satu hari DSN bersara dari politik dan bertindak seperti Tun menyuarak pendapat/pandangan/teguran terhadap pemimpin yang mengganti beliau? Tidak mustahil DSN akan mendapat kritikan dari mereka yang sama juga.

    ReplyDelete
  18. Saya dan keluarga memang sentiasa menyokong Tun M....undi BN sbb tun M....tp pemimpin yang memimpin BN dan umno sekarang buat sy hilang keyakinan...alternativ untuk BN lebih buat saya hilang keyakinan....adakah sudah terlambat untuk BN dan Umno dibaikpulih utk PRU akan dtg?

    ReplyDelete