Sunday, 12 April 2015

Musa Hassan anggap Tun M tidak menghasut tetapi cuma bertanya dan bukan menuduh

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015


Rakyat Malaysia boleh mengkritik kerajaan kalau mereka rasakan kerajaan melakukan perkara yang tidak betul tetapi tidak lah sehingga menghasut orang ramai untuk membenci seseroang pemimpin atau kerajaan. Tan Sri Musa berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir bukanlah 'political extremist' kerana teguran beliau tidak berbentuk hasutan dan hanyalah berbentuk pertanyaan untuk mendapatkan penerangan dari pihak kerajaan.

Dalam isu 1MDB kerajaan telah pun memberi jawapan bahawa auditor akan menyiasat , jadi kita tunggu lah untuk laporan auditor. Dalam polimik Sirul pula, Musa memberi nasihat untuk laporan Polis dibuat segera sekiranya ada bukti dan keterangan baru kerana kes tersibut telah pun disiasat rapi dan diputuskan oleh Mahkamah.

Dalam isu Altantuya, Tun Dr Mahathir tidak menuduh Najib terlibat tetapi beliau hanya meminta penjelasan. Oleh itu tidak timbul isu beliau menghasut sesiapa untuk menuduh Najib terlibat.






11 comments:

  1. Saya yang rskyat biasa da lama jelas dengan isu altantuya.. patut tun dan pemimpin2 lain dan blogger menolong menafikan pembabitan najib

    ReplyDelete
  2. Maaf anon di atas.......siapa kata najib terlibat ....rakyat masih ternanti-nanti apa motifnya polis 2 org bunuh altantunya....adakah sesaja bunuh tanpa kepentingan? Bodoh laaa polis tu. Tun cuma tanya sapa arah bunuh? Ini 2 perkara yg masih menjadi polimek rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tanya begitu,tanyalah polis lah bukan tanya PM Najib.Jadi aku rasa TM ni bengong keran tanya salah orang.

      Delete
    2. Ni masih ketinggalan zaman...

      Delete
  3. Kalau namanya maknusia hanya Nabi Muhammad yg maksum dan tak boleh dikritik.Setakat TM,dia buat salah pun ada mkhluk yg kata dia betul,memang jenis pengampu tegar lah.Kalau rakyat biasa yg yg cakap macam TM,kemudian ada orang buat lapuran polis adakah KP akan kata dia tidak menghasut jadi polis tak perlu siasat ke?.Musa oh Musa ,cukuplah nak melindungi TM tu,kalau ye pun sama-sama pencen,apa yg TM buat kalau tak menghasutpun ianya adalah merbahaya kepada pemimpin utama negara masa kini,menjatuhkan kredibiliti negara kerana di anggap mempunyai pemimpin yg di syaki sebagai mengarahkan pembunuhan dan yg menimbulkan rasa curiga bukan saja pihak pembangkang tapi mantan PM sendiri.Bagi saya kalau tak menghasut pun tapi 'khianat'.namanya. Mana yg lebih elok?

    ReplyDelete
  4. Setau saya Tun M bukan menuduh Najib tapi bertanya kenapa nak gantung org yg dia kenal tak bunuh orang dan diberitakan terpaksa membunuh kerana diarah oleh seseorang. Jadi Najib kena la bijak menjawab berdasarkan rekod kes...bukan jawapan mcm itu merepek...ini rubbish...saya dah bersumpah byk kali tak terlibat...apa punya jawapan daaa. Sepatutnya jawab la bijak skit...mcm saya sedia mendengar dan mengarahkan siasatan dijalankan semula seandainya Tun M atau sapa2 sanggup membuat laporan polis atau ada bukti2 terbaru dikemukakan...sebijik mcm TS Musa Hassan komen...sekurang2 nya tunjuk la minat skit utk mencari kebenaran kes Altantuya demi keadilan kepada yg nak digantung. Bukan sapa pon...Najib pon kenal bodyguard dia tu mcm Tun kenal semasa si Sirul jadi bodyguard Tun M. Tun tidak pernah kata Najib terlibat tetapi dia mempersoalkan sesuatu yg mungkin mahkamah terkhilaf dlm menjatuhkan hukuman yg tidak adil...kita semua tau yg Altantuya ditembak dan dibom sampai berkecai...apa punya motif smpai bertindak mc tu...Razak Baginda yg sedap2 dapat "rasa" Altantuya....org lain yg jadi mangsa. Persepsi org ramai adalah apasal bodoh sgt polis msia nie sampaikan sanggup buat apa saja utk "seseorang" melainkan seseorang tu berupaya memudaratkan keluarga dia atau dia sendiri atau mungkin jaminan perlindungan kerana kuasa politik yg dimiliki. Kalau saya laa...saya akan tubuhkan RCI utk menyiasat jika ada elemen2 salahguna kuasa sebelum si Sirul dan Azilah digantung supaya kes ini tidak menjadi sebutan lagi. Elemen C4, keperluan meletupkan mayat dan statement mahkamah unsur penyalaharahan yg pada saya mcm menjadikan kes ini seperti seseorang terpaksa dilindungi drp pendakwaan dgn menyalahgunakan kuasa. Bukan Tun M sahaja yg musykil dgn rentetan kes ini malah org ramai yg mengikuti kes berprofil tinggi ini juga. Musibahnya adalah persepsi yg akan berkekalan di minda setiap org yg sesiapa yg rapat dgn VVIP akan kebal drp tindakan undang2. Persepsi ini lah yg perlu dihapuskan dgn RCI sementara si pesalah masih hidup lagi dan bukan berdolak-dalik yg semakin menguatkan sangkaan buruk org terhadap kerajaan lebih2 lagi bila seseorang seperti Tun M juga bekas PM yg terulung juga mahukan jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm ...jomlah kita bukak buku baru. Sedih dengan apa yg berlaku.

      Delete
  5. Baghal 23: 53 & 00:15 - Ko sendiri berani atau dibenarkan bertanya soalan kepada PM ? Berterima kassih lah ada Tun M untuk tolong menanyakan sooalan untuk kita semua. Najib tidak bertanggungjawab kerana membenarkan rakyat berpecah dengn sikap bisu. Dah tak tahan sangat baru jawab. Itu pun tak memuaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat masih keliru dan tak paham .

      Delete
    2. Aku tak perlu pun bertanya soalan tu,keran akau dah faham,dari keputusan mahkamah,hasil sisatan polis,kenyataan Razak Baginda dan PM Najib pun pernah bersumpah.Semuanya dah cukup utk bersangka baik bagi seorang Muslim.

      Delete
  6. Siasat lah siapa yang buat arahan. Tak payahlah kita berbelit menyoal dan menjawab. Pening kepala aku!

    ReplyDelete