Showing posts with label pesaka. Show all posts
Showing posts with label pesaka. Show all posts

Sunday, 20 September 2015

PM Najib Razak gembira, tahniah PESAKA !!

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015

Tarikh : 18/9/2015


                                                                                  
SILA RUJUK DAN TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK KETEPATAN KANDUNGAN UCAPAN
                                                                                
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina. Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam.

Berucap ketika merasmikan Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015 Najib pada masa sama meyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.

"Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar, bila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini," katanya.

Najib menegaskan walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.
Kata Najib, walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman.

"Tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, ada tidak?"

"Ada tidak gambar keris berdarah? Ada tak gambar pemimpin pemimpin pembangkang yang kita pijak-pijak gambarnya? Tidak ada, tidak ada. Kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan," jelas Najib.

Najib dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan boleh ditukar melalui demonstrasi jalanan.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan 'racun' yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.

Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Ali Rustam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara

*****************************************

PS - Dalam jarak masa selang sehari PESAKA telah berjaya menggembirakan PM Najib Razak dalam dua majlis perhimpunan besar melibatkan orang Melayu. Selain upah penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu, PESAKA juga mendapat pengiktirafan dan lain-lain bentuk ganjaran yang tidak diumumkan. Tahniah saya ucapkan kepada PESAKA. Terbukti melawan arus tidak mendatangkan untung apa-apa. 

Kepada mereka-mereka yang masih melawan arus gunakanlah kesempatan dan masa berbaki yang masih ada sebelum PRU14, untuk mencari rezeki sambil menggembirakan dan menyakinkan PM Najib Razak bahawa beliau masih mendapat sokongan padu rakyat Malaysia. Ubah lah pendekatan kamu semua, jangan persia siakan baki masa yang masih ada. PM Najib Razak perlu di beri keyakinan bahawa keadaan persekitaran masih selamat .

Letak lah apa pun syarat dan harga sekalipun untuk khidmat anda asalkan jangan beri syarat untuk PM Najib Razak melepaskan jawatan, InsyaAllah saya yakin usul anda akan diberi pertimbangan.


1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 16 September 2015

Mengapa tidak diselaraskan slogan himpunan di Padang Merbok ?

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015


Secara ringkas maklumat yang telah dikumpul sejak kumpulan baju merah umumkan untuk berhimpun di Low Yat / Bukit Bintang ada lah seperti berikut :-

1. 10/9/2015 gabungan 250 NGO umumkan akan mengadakan himpunan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU di Padang Merbok dan akan dari Bukit Bintang. PESAKA akan menjadi penganjur dan memohon permit dari pihak berkuasa. Himpunan ini untuk orang Melayu sahaja.

2. 12/9/2015 PESAKA umumkan bahawa permohonan permit telah dihantar pada 8/9/2015 dan masih menunggu kelulusan. Kalau tidak lulus PESAKA akan menarik diri. Tajuk perhimpunan dalam permohonan ialah HIMPUNAN RAKYAT BERSATU dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan keturunan asalkan cintakan keamanan.

3. 14/9/2015 Tengku Adnan umumkan bahawa permit sudah diluluskan untuk himpunan dilakukan di Padang Merbok tetapi bukan untuk perarakan.

4. PESAKA umumkan mereka telah peroleh kelulusan yang diperlukan seperti mana yang disebut oleh Tengku Adnan.

5. Hari ini 15/9/2015 Jamal Md Yunos umumkan beliau akan mengumpulkan 80,000 di checkpoint Pusat Kraf, Jalan Conlay dan akan mengekalkan slogan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU. Mereka akan berarak ke Padang Merbok pada jam 2 ptg selepas solat zohor.

Pihak media telah mendapat desas desus bahawa 'pihak atasan' tidak setuju penganjuran dilakukan oleh Jamal Md Yunos dan telah memberi syarat bahawa permohonan permit dibuat oleh sebuah  NGO yang berdaftar. PESAKA hanya dijemput menjadi penganjur rasmi setelah gimik 'silat hantu' didepan SOGO tempoh hari.

Dua tiga hari ini kedengaran pulak cerita ada pihak yang hendak meng-hijack penganjuran ini, semua semata mata kerana duit dan nak 'jadi hero'..

PS - Mengapa tidak dihantar kesemua 300,000 peserta terus dengan bas ke Padang Merbok ? Mengapa disuruh peserta yang sudah berusia yang berkemungkinan besar mempunyai masalah kesihatan seperti ghout, darah tinggi lemah jantung dan sebagai nya berarak ? Tidak kah ini membahayakan ? Berkemungkinan besar ada yang tercicir dan tidak sampai langsung ke Padang Merbok dan matlamat 300,000 tidak tercapai. Sama sama lah kita tunggu laporan dari lapangan.




Sunday, 13 September 2015

PESAKA tidak terlibat dengan agenda sempit Baju Merah

Lokasi : Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa, KL

Acara : Sidang media PESAKA mengenai "Himpunan Rakyat Bersatu"

Tarikh : 12/9/2015


Ringkasan kenyataan Ali Rustam

1. Himpunan Rakyat Bersatu pada 16/9/2015 belum mendapat sebarang persetujuan dari DBKL untuk menggunakan Padang Merbuk sebagai venue perhimpunan. Permohonan telah dibuat pada 8/9/2015

2. Jemputan juga dihntar kepada UMNO dan PAS untuk menyertai Perhimpunan yang bertujuan untuk perpaduan, keamanan dan mempertahankan prinsip Rukun Negara.

3. Sejak kebelakangan ini ada pihak pihak yang sudah mula menghina prinsip-prinsip Rukun Negara. PESAKA rasa terhina dengan perbuatan perbuatan penghinaan ini setelah pelbagai laporan Polis dan kenyataan media dibuat. Apakah orang silat hanya bertanding silat dan memerhati sahaja apabila pemimpin-pemimpin negara dihina  dengan memijak gambar mereka. Mengapa perlu tumbangkan kerajaan melalui gerakan jalanan. Gunakanlah peti undi dibawah sistem demokrasi.

4. Program perhimpunan aman ini akan diisi dengan ucapan-ucapan dari pemimpin-pemimpin

5. PESAKA akan hanya menjadi penganjur rasmi sekiranya mendapat permit untuk menganjurkan perhimpunan ini. Jika tidak mereka akan menarik diri.

6. PESAKA rasa maruah mereka sudah tercabar apabila pihak BERSIH dengan angkuhnya telah mengadakan perhimpunan haram berulang kali.

7. PESAKA hanya bertanggungjawab keatas perhimpunan dan apa yang berlaku di Padang Merbuk. Mereka tidak terlibat dalam perarakan Baju Merah yang membawa slogan Kebangkitan Maruah Melayu.

8. Tiada T-shirt diedarkan dan peserta bebas memakai apa saja warna yang menjadi pilihan.

9. Perhimpunan ini tidak terhad kepada Melayu sahaja dan semua warga Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan dijemput hadir.


TERBARU

SUA PERKASA baru sahaja memaklumkan bahawa PERKASA telah menerima jemputan dari PESAKA pada awal pagi tadi dan mengesahkan bahawa ahli-ahli PERKASA dibenarkan menghadiri perhimpunan di Padang Merbuk dengan memakai baju PERKASA. Mereka yang ingin menyertai perarakan baju merah dari Bukit Bintang tidak dibenarkan memakai baju PERKASA .. NOT SANCTIONED  



 Video kenyataan penuh Presiden PESAKA pada sidang sidang media 



1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
 9
 10