Showing posts with label jamal md yunos. Show all posts
Showing posts with label jamal md yunos. Show all posts

Wednesday, 16 September 2015

Mengapa tidak diselaraskan slogan himpunan di Padang Merbok ?

Lokasi : Pusat Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Acara :Sidang media terakhir menjelang Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 15/9/2015


Secara ringkas maklumat yang telah dikumpul sejak kumpulan baju merah umumkan untuk berhimpun di Low Yat / Bukit Bintang ada lah seperti berikut :-

1. 10/9/2015 gabungan 250 NGO umumkan akan mengadakan himpunan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU di Padang Merbok dan akan dari Bukit Bintang. PESAKA akan menjadi penganjur dan memohon permit dari pihak berkuasa. Himpunan ini untuk orang Melayu sahaja.

2. 12/9/2015 PESAKA umumkan bahawa permohonan permit telah dihantar pada 8/9/2015 dan masih menunggu kelulusan. Kalau tidak lulus PESAKA akan menarik diri. Tajuk perhimpunan dalam permohonan ialah HIMPUNAN RAKYAT BERSATU dan ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira agama dan keturunan asalkan cintakan keamanan.

3. 14/9/2015 Tengku Adnan umumkan bahawa permit sudah diluluskan untuk himpunan dilakukan di Padang Merbok tetapi bukan untuk perarakan.

4. PESAKA umumkan mereka telah peroleh kelulusan yang diperlukan seperti mana yang disebut oleh Tengku Adnan.

5. Hari ini 15/9/2015 Jamal Md Yunos umumkan beliau akan mengumpulkan 80,000 di checkpoint Pusat Kraf, Jalan Conlay dan akan mengekalkan slogan KEBANGKITAN MARUAH MELAYU. Mereka akan berarak ke Padang Merbok pada jam 2 ptg selepas solat zohor.

Pihak media telah mendapat desas desus bahawa 'pihak atasan' tidak setuju penganjuran dilakukan oleh Jamal Md Yunos dan telah memberi syarat bahawa permohonan permit dibuat oleh sebuah  NGO yang berdaftar. PESAKA hanya dijemput menjadi penganjur rasmi setelah gimik 'silat hantu' didepan SOGO tempoh hari.

Dua tiga hari ini kedengaran pulak cerita ada pihak yang hendak meng-hijack penganjuran ini, semua semata mata kerana duit dan nak 'jadi hero'..

PS - Mengapa tidak dihantar kesemua 300,000 peserta terus dengan bas ke Padang Merbok ? Mengapa disuruh peserta yang sudah berusia yang berkemungkinan besar mempunyai masalah kesihatan seperti ghout, darah tinggi lemah jantung dan sebagai nya berarak ? Tidak kah ini membahayakan ? Berkemungkinan besar ada yang tercicir dan tidak sampai langsung ke Padang Merbok dan matlamat 300,000 tidak tercapai. Sama sama lah kita tunggu laporan dari lapangan.




Friday, 11 September 2015

PESAKA jadi penganjur induk himpunan baju merah 916 ?

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL


Acara : Sidang media penganjuran himpunan 'Kebangkitan Maruah Melayu'

Tarikh : 10/9/2015



Dalam video sidang media ini Jamal Md Yunos yang mewakili 250 NGO telah mengumumkan bahawa PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) adalah penganjur induk secara rasmi perhimpunan baju merah 16 September ini.

Secara rasmi nya juga perhimpunan ini dikenali sebagai perhimpunan 'KEBANGKITAN MARUAH MELAYU" dan akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 3 pm, 16/9/2015. NGO yang terlibat akan berkumpul bersebelahan kawasan Sg Wang dan Lot 10 Jalan Bukit Bintang bermula jam 11 dan seterusnya akan berarak melalui Jalan Pudu menuju Padang Merbok.


Bagaimanpun sebentar tadi saya terbaca dalam salah satu komunikasi applikasi Whatsapp bahawa PESAKA telah membuat keputusan untuk tidak terlibat didalam penganjuran perhimpunan pada 16 September kerana mereka sendiri akan mengadakan satu perhimpunan pesilat-pesilat Malaysia di Dataran Merdeka pada 18/9/2015.

Tiada maklumat diperolehi dari laman rasmi PESAKA mengenai perkembangan terbaru ini dan setakat jam 5 pagi 11/9/2015 tiada jawapan diperolehi dari Presiden PESAKA, Senator Tan Sri Ali Rustam

Jam 10 pagi 11/9/2015 Jamal Md Yunos dan kesemua kepala NGO yang hadir di sidang media petang tadi akan hadir di IPD Dang Wangi setelah dipanggil oleh pihak Polis berkaitan perhimpunan yang dicadangkan.

Dari perjalanan penganjuran setakat ini saya hampir pasti perhimpunan ini tidak akan mendapat permit Polis dan jika ianya diteruskan juga akan berlaku secara haram dan dalam suasana yang tegang kerana sudah pasti ramai Melayu ultra akan menuntut keadilan dalam berdemontrasi dan berhimpun seperti mana yang telah dilakukan oleh penganjur BERSIH 4.0




1
 2
 3
   4
 5
 6
7
 8
 9


Friday, 28 August 2015

Gagal dan Batal kesudahan nya

Mesej berikut diterima dari ketua penganjur Anti BERSIH 4.0 yang hadir di IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berikutan demonstrasi silat yang diadakan dihadapan SOGO, KL pada 25/8/2015 yang lalu.

Secara ringkas nya, rancangan untuk mengumpulkan 30,000 orang di hadapan Plaza Low Yat pada 29/8/2015 telah di BATALKAN walauapun penganjur mengatakan bahawa ia nya ditunda. Kalau ditunda bererti majlis yang sama bagi tujuan yang sama tetapi dalam hal ini kedua dua nya berserta lokasi majlis juga akan diubah. Dalam erti kata lain ianya TERBATAL dan GAGAL diadakan.

Mungkin ini lah tindakan terbaik untuk dilakukan dalam suasana yang agak tegang sekarang ini untuk mengelak malapetaka yang lebih beasr. Biarkan PDRM sahaja yang berhadapan dengan peserta BERSIH 4.0 dan mengambil tindakan yang sewajarnya "on a clear battle field".



Eampat orang ini lah yang telah dipanggil IPD Dang Wangiuntuk memberi keterangan 


Penganjur demonstrasi silat di panggil Polis untuk ambil keterangan

Lokasi : Dataran Merdeka, KL

Acara : Sidang media pengan jur Anti BERSIH 4.0

Tarikh : 27/8/2015



Penganjur sudah berbelah bagi perasaan setelah dipanggil Polis IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung demonstrasi silat dihadapan SOGO dua hari lepas iaitu pada 25/8/2015. Ada yang kata penganjur akan ditahan reman dan ada yang kata setakat memberi keterangan sahaja.
Apa pun tindakkan cepat PDRM berjaya membuat penganjur demonstrasi (walaupun pro-BN) untuk berhenti dan berfikir semula tindakan seterusnya yang bakal mereka ambil.

Jam 430 petang ini Ketua UMNO Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang mengepalai BERSIH 4.0 (merah) dan tiga ahli jawatankuasa yang terbabit dalam demonstrasi silat perlu mengadap pegawai atasan Polis IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan.



1
 2
 3


Wednesday, 26 August 2015

Mampu kah penganjur Anti BERSIH 4.0 kumpul 30,000 orang ??

Lokasi : Depan SOGO, Kuala Lumpur


Tarikh : 25/8/2015


Ketua UMNO Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos mengumumkan akan mambawa turun 30,000 orang penyokong mereka pada 29/8/2015 untuk berdepan dengan peserta BERSIH 4.0 (Kuning) sekiranya mereka meneruskan demonstrasi / perhimpunan mereka.  Kumpulan (Merah) ini akan berkumpul di Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang dan akan berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Pudu melintasi Dataran Maybank.

Kumpulan ini akan disertai oleh 'panglima perang' yang tidak akan teragak agak untuk menunjukkan aksi silat mereka kepada orang ramai sekiranya peluang mendatang. Pada BERSIH yang lepas orang yang sama pun ada membuat pelbagai ugutan dan intimidasi, tetapi tidak pula kelihatan kelibat mereka apabila ribuan peserta BERSIH menakluki jalan raya di merata lokasi.

Harap harap nya mereka ini auta sajalah dan biarkan PDRM sahaja yang mengendalikan urusan keselamatan  supaya keadaan tidak bertambah kusut.




Perserta BERSIH 4.0 mesti sedia bertempur jika teruskan hajat

Lokasi : Depan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Demonstrasi bantahan  keatas BERSIH 4.0

Tarikh : 25/8/2015



Apa tujuan penganjur protes ini mempersembahkan pemuda-pemuda yang menunjukkan langkah silat yang lebih mirip kepada orang yang dirasuk hantu harimau ?  Adakah ini satu bentuk intimidasi atau ugutan kepada para peserta BERSIH 4.0. Tidak kah ini bertentangan dengan slogan BERSIH 4 CINTAKAN KEAMANAN mereka...? Atau mereka sudah hilang keyakinan kepada kemampuan PDRM untuk mengawal keadaan ?

ATAAAAUUUU mereka ini hanya mahu menunjuk nunjuk sokongan kepada Perdana Menteri yang dalam keadaan tertekan sekarang ini ?? Tetapi adakah ini sahaja caranya yang mereka boleh fikirkan ? Tidak kah tindakkan mereka ini akan membawa bencana lebih besar  kepada negara dan Perdana Menteri sendiri sekiranya betul betul berlaku pertembungan kelak ? Kalau berlaku ianya berkemungkinan melibatkan tiga penjuru, PDRM, BERSIH merah dan BERSIH kuning.... Kenapa tidak dibiarkan sahaja urusan keselamatan dijaga oleh pihak berkuasa sahaja ?



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10