Showing posts with label #gkcm. Show all posts
Showing posts with label #gkcm. Show all posts

Saturday, 23 January 2016

#GKCM bersedia gerak protes jalanan sekiranya tiada keadilan dalam UMNO

Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media #GKCM

Tarikh : 22/1/2016



Datuk Zin Mustapa, Timbalan Pengerusi #GKCM mengesahkan bahawa satu lagi memo mendesak tindakan keatas Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kedah yang berkomplot menjatuhkan MB Kedah telah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Ini dilakukan setelah Setiausaha Agung UMNO memberi jawapan yang tidak langsung boleh diterima oleh #GKCM mengenai perkara yang sama

#GKCM meminta UMNO tidak mengamalkan 'double-standard' dengan mengambil tindakan disiplin yang sama keatas Ketua-Ketua Bahgaian yang berkomplot mendesak Mukhriz dipecat dari jawatan MB sepertimana tindakan diambil setelah desakan dilakukan oleh #GKCM untuk  #undurnajib.

#GKCM tidak akan teragak agak membuat bantahan dengan membakar Buku Perlambagaan UMNO sebagai tanda kekecewaan akar umbi yang melihat Perlembagaan UMNO sendiri dipersendakan oleh pentadbiran UMNO sekiranya tiada tindakan diambil keatas Ketua-ketua Bahagian yang terlibat.




Friday, 22 January 2016

UMNO didesak jangan amal double-standard

Lokasi : Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Acara : Penyerahan memo oleh GKCM desak tindakan keatas Ketua-ketua Bahagian UMNO
yang berkomplot menjatuhkan MB Kedah, Mukhriz Mahathir

Tarikh : 21/1/2016



Video 1 -
Kalau Ketua-ketua Bahagian yang berkomplot menjatuhkan Mukhriz Mahathir boleh menyenaraikan alasan-alasan mereka, #GKCM pun punyai alasan-alasan mereka sendiri untuk mendesak #undurnajib... ikuti apakah alasan-alasan mereka.



Video 2 - #‎GKCM‬ membidas dan manyanggah tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian yang berkomplot untuk menjatuhkan Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah. Ikuti ulasan wakil #GKCM point by point



Video 3 -
Kalau Ketua-ketua Bahagian yang berkomplot menjatuhkan Mukhriz Mahathir boleh menyenaraikan alasan-alasan mereka, ‪#‎GKCM‬ pun punyai alasan-alasan mereka sendiri untuk mendesak ‪#‎undurnajib‬... ikuti apakah alasan-alasan mereka.


1
 2
 3
 4
 5



Friday, 1 January 2016

#gkcm, #umnorebels memasuki fasa baru desak #undurnajib

Lokasi : Surau Ra'ayah, Taman Puchong Permai, Puchong

Acara : Sidang media selepas Majlis Solat Hajat pemula

Tarikh : 31/12/2015



Gabungan Ketua Cawangan (UMNO) Malaysia (#gkcm) hari ini memasuki fasa baru dalam usaha mereka untuk membawa perubahan kepada kepimpinan Negara khusus UMNO. #puchongrebels telah mengadakan satu majlis Solat Hajat pemula sebagai pelancaran kepada gerakan keseluruh Negara yang akan melibatkan 500-1,000 majlis yang serupa sepanjang tahun 2016.

Secara peribadi saya lihat gerakan ini bakal membawa masalah yang lebih besar kepada PM Najib Razak kerana kini orang UMNO sendiri di cawangan-cawangan seluruh Negara akan menarik penyertaan rakyat marhaen tak kira fahaman politik untuk sama-sama memohon perkenan Illahi supaya berlaku perubahaan demi kebaikan untuk #selamatkanmalaysia. Ini semua akan dilakukan melalui surau dalam khariah masing-masing.

Masalah kepada PM Najib akan menjadi parah dalam PRU14 kerana semakin ramai rakyat Malaysia akan mendapat maklumat dari gerakan disurau surau ini. Ini lah bentuk desakan Ketua-ketua Cawangan untuk diadakan pemilihan parti mengikut jadual asal bagi mengelak PM Najib Razak menanggung aib besar dalam PRU14.

Doa yang dipohon untuk perubahan dan kebaikan rakyat Malaysia ...tidak disebut secara eksplisit #undurnajid dan sebagai nya... #undurnajib menjadi agenda tersembunyi atau #silentagenda. 

Ahad ini 3/1/2016 #gkcm akan mengadakan satu perhimpunan melibatkan 1,000 Ketua Cawangan dalam satu majlis penerangan di Pasir Gudang, Johor pada jam 3.00 pm.


1
 2


Thursday, 17 December 2015

#umnorebebels sudah merebak ke Parlimen Gombak

Lokasi :

Acara : Sidang media oleh Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (#GKCM) Parlimen Gombak

Tarikh : 16/12/2015


Enam cawangan dalam Parlimen Gombak telah menyertai #GKCM untuk mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Cawangan-cawangan tersebut adalah :-

  1. Cawangan Delima Lembah Keramat  - KC Hamdan Abdul Rahman
  2. Cawangan Melawati - KC Jamiar Muhammad
  3. Cawangan Kemensah Height - KC Zakaria Hussein
  4. Cawangan Jelatek Permai - KC Rajiani Abdul Hamid
  5. Cawangan Lakeview Batu Caves - KC Zainal Apandi
  6. Cawangan A1 Keramat - KC tidak hadir

**Pengerusi Biro Setinggan, NGO Pro-BN / UMNO , Isa Osman turut hadir memberi sokongan kepada #GKCM ini.

Satu lagi perhimpunan yang lebih besar dijangka akan diadakan dalam kawasan Gombak tidak lama lagi..

Video 1 - Kenyataan media oleh Hamdan Abdul Rahman, Ketua Cawangan UMNO Delima Lembah Keramat, mewakili empat lagi Cawangan dalam DUN Hulu Kelang, Parlimen Gombak


Video 2 - Terdahulu sebelum sidang media bermula ada cubaan mengganggu majlis yang Berjaya dikawal oleh pihak penganjur


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday, 14 December 2015

Pemimpin bengap yang mana satu tak reti jawab dengan tepat ?

Lokasi : Saloma Bistro, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur


Tarikh : 11/12/2015



Kiasan yang berisiko besar oleh Menteri Besar Kedah. Siapa lah yang dimaksudkan bengap sangat tak reti menjawab soalan yang diajukan berulang kali dengan tepat ??
..Tuan-tuan ada  jawapan ??








Sunday, 13 December 2015

Berundur lah Najib sebelum UMNO hilang segalanya - #GKCM

Lokasi : Auditorium Muzium Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat dan dialog Ketua Cawangan UMNO Kedah dan Kluang bersama
Tun Dr Mahathir

Tarikh : 11/12/2015


Razali Mohd Nor, Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Kluang menzahirkan rasa kebimbingan ahli diperingkat akar umbi akan apa yang bakal terjadi pada PRU14 akan datang. Demokrasi dalam UMNO pun sudah dipertikaikan apabila ahli-ahli yang bersuara demi parti dipecat dan diambil tindakan.

 Daripada UMNO hilang segalanya dalam PRU14 akan datang #GKCM Kluang meminta Najib Razak berundur segera bagi membuka jalan untuk pemulihan UMNO menjelang PRU14.




Bercuti rehatlah Najib sementara penyiasatan yang telus dijalankan

Lokasi : Auditorium Muzium Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat dan dialog Ketua Cawangan UMNO Kedah dan Kluang bersama
Tun Dr Mahathir

Tarikh : 11/12/2015


Ikuti saranan Mj (B) Anuar Abdul Hamid, Ketua Cawangan UMNO, Jalan Badlishah, Merbok, Kedah yang meminta PM Najib Razak mengambil cuti rehat sementara penyiasatan yang telus dilakukakan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Ini bagi menyelamatkan institusi Presiden UMNO dan kedudukan Perdana Menteri dengan tiadanya  campurtangan oleh Najib Razak dalam urusan penyiasatan sekiranya beliau mengambil cuti.



Mj (B) Anuar Abdul Hamid , Ketua Cawangan UMNO, Jalan Badlishah, Merbok, Kedah memberi kenyataan media


#umnorebels Kedah dan Kluang buat kunjungan hormat keatas Tun Dr Mahathir

Lokasi : Auditorium Muzium Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat dan dialog Ketua Cawangan UMNO Kedah dan Kluang bersama
Tun Dr Mahathir

Tarikh : 11/12/2015



Kalau Najib seperti bapa beliau Razak yang serba serdahana, sudah tentu tiada tuduhan yang bukan-bukan keatas beliau mengenai salahlaku berkaitan kewangan Negara. Itu lah mesej penting yang paling signifikan bagi saya dalam ucapan Tun Dr Mahathir kepada Ketua-ketua Cawangan dari Kedah dan Kluang yang mengunjungi beliau dengan membawa bersama para penyokong dari cawangan masing-masing. 

Ikuti rakaman penuh ucapan Tun Dr Mahathir yang mengandungi jawapan kepada sindiran kepada beliau semasa Ucapan Dasar Presiden UMNO pada sebelah pagi nya.





1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 12 December 2015

#PAU2015 gagal mencari penawar untuk UMNO yang kini tenat - #GKCM

Lokasi : Ruang legar PWTC, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media #GKCM mengenai rumusan #PAU2015
Tarikh : 12/12/2015
UMNO kini dalam keadaan tenat dan #PAU2015 pula gagal mencari penawar untuk memulihkan UMNO. Secara ringkas nya GKCM membuat rumusan berikut :
1. banyak isu yang perlu dibincangkan telah disembunyikan
2. demokrasi telah mati dalam UMNO
3. #PAU2015 menjadi medan membodek Presiden UMNO
4. ucapan Presiden bukan untuk memajukan bangsa & rakyat Malaysia tetapi hanya untuk menyelamatkan Presiden
5. wujud golongan yang menafikan hak UMNO
6. menjadi detik kemusnahan UMNO
1 
Kenyataan media dibacakan oleh Cikgu Kamarul Azman, Ketua Cawangan Taman PKK, Teluk Kemang
 2


Menghalang Muhyiddin & Shapie berucap satu kesilapan - Mukhriz Mahathir

Lokasi : Saloma Bistro, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Ramah Mesra Bersama MB Kedah, DS Mukhriz Mahathir

Tarikh : 11/12/2015


Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah mengambil risiko apabila menyatakan pandangan beliau bahawa Muhyiddin Yassin dan Shapie Apdal patut diberi pentas untuk berucap di #PAU2015. Kedua-dua mereka turut bersama Tun Dr Mahathir turut sama hadir dalam majlis ramah mesra bersama Mukhriz malam ini.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

8 daripada 9 #umnorebels digantung keahlian

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh 9 Ketua Cawangan UMNO mengumumkan keputusan Lembaga Disiplin.

Tarikh : 11/12/2015



8 daripada 9 Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin pada 2/12/2015 yang lalu telah pun menerima surat penggantungan keahlian daripada Lembaga Disiplin UMNO. Dalam tempoh penggantungan tersebut kesemua mereka tidak boleh memegang sebarang jawatan dan hilang hak mengundi.




1
 2
 3


Thursday, 3 December 2015

#umnorebels berpuas hati dapat bertemu Lembaga Disiplin

Lokasi : Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Solidariti bersama 9 Ketua Cawangan UMNO yang dipanggil mengadap
Lembaga Disiplin UMNO

Tarikh : 2/12/2015


9 Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Teluk Kemang telah selesai menjalani proses mengadap dan memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin UMNO setelah diberi surat Tunjuk Sebab bertarikh 23/11/2015.

Ketua jurucakap kumpulan 9 #umnorebels ini, Sdr Kamarul Azman, Ketua Cawangan UMNO Taman TKK, Teluk Kemang menzahirkan rasa puas hati kumpulan ini kerana diberi peluang bertemu dan memberi penjelasan kepada ahli Lembaga Disiplin.

Keputusan Lembaga Disiplin akan dikeluarkan dalam masa dua minggu dari hari pendengaran.


1
2  
3
4