Showing posts with label lembaga disiplin. Show all posts
Showing posts with label lembaga disiplin. Show all posts

Friday, 24 June 2016

Pecat keahlian UMNO - Tiba giliran Syed Saifuddin

Acara : Sidang media Syed Saifuddin Syed Harman, Ketua UMNO Cawangan Pusat Bandar, Taman Chempaka, Bahagian Pandan

Lokasi : Kediaman Syed Saifuddin @ Taman Chempaka

Tarikh : 23/6/2016


Video 1 - Ringkas nya 

1. Surat pemecatan bertarikh 2/6/2016 baru saja diterima

2. Tuduhan mensabotaj parti menjadi alasan utama pemecatan

3. Keputusan pemecatan dibuat oleh MKT UMNO.

4.Lembaga Disiplin pernah memanggil Syed untuk ditemuramah, tetapi beliau telah memberitahu Lembaga Disiplin bahawa beliau uzur ketika itu

5. Syed Saifuddin merupakan seorang ahli UMNO yang aktif diperingkat cawangan dan telah menjadi Ketua Cawangan lebih 20 tahun dan telah menjadi Pemikir JASA ketika Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan.

BOTTOMLINE - Syed tidak berpuas hati dengan cara UMNO dikendalikan kerana ahli langsung tidak boleh menegur kepimpinan selari dengan prinsip demokrasi yang diamalkan UMNO.

Harus tonton sepenuhnya kenyataan ini untuk mengelak kekeliruan dan fitnah
.


1
 2



Saturday, 21 May 2016

Ku Nan terpaksa bawa kes pemecatan TSMY ke MT UMNO setelah Lembaga Disiplin enggan buat keputusan

Acara : Sidang media selepas perasmian Program Komuniti 1Malaysia

Lokasi : Presinct 14, Putrajaya

Tarikh : 21/5/2016


Tengku Adnan mengesahkan bahawa beliau terpaksa membawa kes pemecatan TSMY, DSSA & DSMM ke Majlis Tertinggi untuk diputuskan setelah Lembaga Disiplin enggan membuat keputusan atasa alasan ianya kes berprofil tinggi... MT UMNO dijangka akan bermesyurat pada 27/5/2016





Foto 360 darjah




Saturday, 23 January 2016

#GKCM bersedia gerak protes jalanan sekiranya tiada keadilan dalam UMNO

Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media #GKCM

Tarikh : 22/1/2016



Datuk Zin Mustapa, Timbalan Pengerusi #GKCM mengesahkan bahawa satu lagi memo mendesak tindakan keatas Ketua-Ketua Bahagian UMNO Kedah yang berkomplot menjatuhkan MB Kedah telah dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Ini dilakukan setelah Setiausaha Agung UMNO memberi jawapan yang tidak langsung boleh diterima oleh #GKCM mengenai perkara yang sama

#GKCM meminta UMNO tidak mengamalkan 'double-standard' dengan mengambil tindakan disiplin yang sama keatas Ketua-Ketua Bahgaian yang berkomplot mendesak Mukhriz dipecat dari jawatan MB sepertimana tindakan diambil setelah desakan dilakukan oleh #GKCM untuk  #undurnajib.

#GKCM tidak akan teragak agak membuat bantahan dengan membakar Buku Perlambagaan UMNO sebagai tanda kekecewaan akar umbi yang melihat Perlembagaan UMNO sendiri dipersendakan oleh pentadbiran UMNO sekiranya tiada tindakan diambil keatas Ketua-ketua Bahagian yang terlibat.




Saturday, 12 December 2015

8 daripada 9 #umnorebels digantung keahlian

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh 9 Ketua Cawangan UMNO mengumumkan keputusan Lembaga Disiplin.

Tarikh : 11/12/2015



8 daripada 9 Ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Teluk Kemang yang dipanggil mengadap Lembaga Disiplin pada 2/12/2015 yang lalu telah pun menerima surat penggantungan keahlian daripada Lembaga Disiplin UMNO. Dalam tempoh penggantungan tersebut kesemua mereka tidak boleh memegang sebarang jawatan dan hilang hak mengundi.




1
 2
 3


Thursday, 3 December 2015

Muhyiddin bersolidariti bersama #umnorebels kerana kebenaran

Lokasi : Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Solidariti bersama 9 Ketua Cawangan UMNO yang dipanggil mengadap
Lembaga Disiplin UMNO

Tarikh : 2/12/2015


Ringkasan kepada kenyataan media oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin :

1. TSMY turun memberi sokongan moral kerana merasakan 9 ketua cawangan yang terlibat mempunyai hak sebagai ahli UMNO untuk menyuarakan sesuatu yang bagi mereka amat penting walaupun tidak sedap didengar oleh pihak atasan UMNO

2. TSMY berharap Lembaga Disiplin dapat memberi pertimbangan yang bijaksana menghalusi apakah sebab perkara ini timbul dan tidak menghukum semata mata kerana perbezaan pendapat.

3. TSMY mengaku berpegang kepada perjuangan yang benar dan bersedia menerima apa sahaja keputusan oleh pihak atasan UMNO termasuk pemecatan walaupun beliau tidak meminta dipecat.

4. TSMY merasakan dalam keadaan yang meruncing pemimpin akar umbi sudah tidak tertahan lagi melihat keadaan dan isu yang tidak bertambah baik. Mereka ini lah yang berhadapan secara langsung dengan para pengundi.

5. TSMY masih lagi Timbalan Presiden dan akan menghadiri PAU 2015 tetapi sudah mengetahui bahawa beliau tidak akan dibenarkan membuat sebarang ucapan.

6. TSMY merasakan demokrasi dalam UMNO akan dilihat sebagai hilang sekiranya pemimpin akar umbi dibawah dan beliau yang berada diatas pentas juga tidak dibenarkan bersuara.

7. TSMY berharap PAU 2015 akan digunakan sebagai pentas utama dan agak kritikal dimana ahli parti harus mengambil kesempatan membuat keputusan-keputusan yang sesuai untuk perjuangan parti dan menentukan negara tidak hancur pada masa-masa akan datang.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
  9
 10

Wednesday, 2 December 2015

Ramai lagi anggota GKCM akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin UMNO

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan
KESEJAHTERAAN SOSIAL KOMUNITI BANDAR  :
KE ARAH PENGUKUHAN AGENDA BERPAKSIKAN RAKYAT



Bukan setakat 9 Ketua Cawangan  yang akan dihadapkan ke Tribunal Disiplin pada 2/12/2015, ramai lagi Ketua-Ketua Cawangan dibawah Gabungan Ketua Cawangan (UMNO) Malaysia (GKCM) akan diheret mengadap Tribunal Disiplin dalam tempoh terdekat.

Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung berpandangan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan UMNO dianggotai ahli yang setia dan komited daripada ramai yang sedia untuk merosakkan parti.




Sunday, 10 August 2014

Kenyataan Media - Khalid dipecat (FULL)

Lokasi : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Lembaga Disiplin PKR memecat Khalid Ibrahim dari PKR

Tarikh : 9/8/2014




KENYATAAN AKHBAR

PRESS RELEASE
PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;
o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;


• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT

9 OGOS 2014