Sunday, 17 January 2016

DBKL kenal pasti kawasan panas tumpuan pengganas

Lokasi : Dataran Putrajaya Presinct 3, Putrajaya

Acara : Pelancaran kempen kibarkan bendera WP bersempena Hari WP 2016

Tarikh : 17/1/2016


7 lokasi Hot-Spots telah kenal pasti iaitu Publika, KL Tower, Bangsar, Hartamas, The Curve, Bukit Bintang  dan pusat bandar Kuala Lumpur. DBKL akan menjalankan pemantauan dikawasan-kawasan tersebut dengan bantuan pihak agensi keselamatan seperti Polis, Tentera dan JPAM.

Tengku Adnan menyeru masyarakat kota untuk sentiasa bersiap siaga dan berwaspada dengan anasir- anasir yang cuba membuat huru-hara di Kuala Lumpur. Mereka hendak lah melaporkan kepada pihak berkuasa apabila melihat atau mendapat tahu akan ada nya karektor atau individu-individu yang mencurigkan






1 comment:

  1. Setiap sesuatu yang baru itu pasti ada permulaan dan penutupnya. Jika hari ini kita menyaksikan penurunan ringgit Insyallah akan menjadi normal juga akhirnya. Walaupun nilai ringgit kita rendah tetapi negara ini masih mampu untuk bertahan lagi. Yang tak boleh tahan melihat ketahanan begini adalah mereka yang ingin melihat negara ini hancur dan rosak ekonominya. Sehingga ada diantara mereka yang bersusah payah pergi keluar negara demi untuk memburuk-burukkan nama negara Malaysia pada masyarakat antarabangsa sebab tidak sabar-sabar untuk melihat kehancuran yang kononnya sudah mereka jangka atau ramalkan pasti akan berlaku. Kita yakin dan percaya ISIS di hantar kenegara ini pun atas matlamat yang sama yaitu untuk bertujuan bagi merosakkan keharmonian dengan menakut-nakutkan orang ramai dan pelancung yg datang ke negara kita ini. Tujuan mereka pun serupa dan sama sahaja yaitu untuk melunturkan ketahanan ekonomi yang kita masih ada itu.

    Yang penting sebagai umat Islam kita harus sedar bahawa ALLAH yang menetapkan segala sesuatu itu yang sudah tertulis pada Loh Mahfuznya dan tidak ada yang terlepas daripada pemantauan Kerajaan ALLAH yang Maha Besar itu. Sesuai dengan dalil dari Al Quran "Tiada daun yang jatuh tanpa Dia mengetahuinya"(Surat al-An'am: 59). Bayangkan punya berbillion-billion daun yang gugur setiap hari di atas dunia ini dan tiada badan dunia yang akan bersusah payah atau mampu untuk merekod aktiviti setiap tumbuhan yang tumbuh melata di atas muka bumi dunia ini samada yang kelihatan olih kita mahupun yang kita tidak pernah nampak. Tidak kah itu menunjukkan betapa hebatnya "cutting edge " teknologi ilmu milik ALLAh yang belum ada atau tidak terfikir pada manusia biasa.

    Oleh itu mustahil ALLAh tidak tahu apa-apa yang berlaku atau apa yang dilakukan olih setiap makhluk ciptaanNya itu.

    ReplyDelete