Friday, 1 January 2016

#gkcm, #umnorebels memasuki fasa baru desak #undurnajib

Lokasi : Surau Ra'ayah, Taman Puchong Permai, Puchong

Acara : Sidang media selepas Majlis Solat Hajat pemula

Tarikh : 31/12/2015



Gabungan Ketua Cawangan (UMNO) Malaysia (#gkcm) hari ini memasuki fasa baru dalam usaha mereka untuk membawa perubahan kepada kepimpinan Negara khusus UMNO. #puchongrebels telah mengadakan satu majlis Solat Hajat pemula sebagai pelancaran kepada gerakan keseluruh Negara yang akan melibatkan 500-1,000 majlis yang serupa sepanjang tahun 2016.

Secara peribadi saya lihat gerakan ini bakal membawa masalah yang lebih besar kepada PM Najib Razak kerana kini orang UMNO sendiri di cawangan-cawangan seluruh Negara akan menarik penyertaan rakyat marhaen tak kira fahaman politik untuk sama-sama memohon perkenan Illahi supaya berlaku perubahaan demi kebaikan untuk #selamatkanmalaysia. Ini semua akan dilakukan melalui surau dalam khariah masing-masing.

Masalah kepada PM Najib akan menjadi parah dalam PRU14 kerana semakin ramai rakyat Malaysia akan mendapat maklumat dari gerakan disurau surau ini. Ini lah bentuk desakan Ketua-ketua Cawangan untuk diadakan pemilihan parti mengikut jadual asal bagi mengelak PM Najib Razak menanggung aib besar dalam PRU14.

Doa yang dipohon untuk perubahan dan kebaikan rakyat Malaysia ...tidak disebut secara eksplisit #undurnajid dan sebagai nya... #undurnajib menjadi agenda tersembunyi atau #silentagenda. 

Ahad ini 3/1/2016 #gkcm akan mengadakan satu perhimpunan melibatkan 1,000 Ketua Cawangan dalam satu majlis penerangan di Pasir Gudang, Johor pada jam 3.00 pm.


1
 2


9 comments:

  1. Dari segi kulit, mereka dipandang ringan dan sebelah mata.
    Tetapi api kecil menjadi kawan, bila besar jadi lawan...

    Bagaimanapun, kebiasaannya orang UMNO mudah dijinakan dengan kata kata manis pemimpin mereka..

    ReplyDelete
  2. Toksahlah buang masa ,lebih baik berusaha perbaiki hidup sendiri.Nampak muka pun gulungan dah hampir maghrib,elok buat amal ibadat,pimpin diri sendiri kejalan benar.Lagi pun dah setahun lebih mahathir berusaha gagal.Yg dapat penyakit M'din dan Shafie,yg di kejar tak dapat yg di kendong berciciran.Ingat hati nak jadi PM dan TPM tapi jawatan yg ada pula melayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 23:52

      You had that half the arrogance of bugis but, that will not save you, bugis and goons-ministers lineup!

      With million more doas coupled with million curses don't you think your wall not to crumbled???

      Delete
  3. kalau nak tunjuk pandangan tu betul keluar dari parti baru lah perjuangan tu betul, ini duduk dalam parti nikmat parti terima gak tapi tak suka, muka muka mcm nak masuk amanah je.

    ReplyDelete
  4. Tua raut wajah2 mereka begitu juga lamanya perjuangan mereka dalam umno.
    Mereka berjuang untuk jenerasi muda , jika org2 muda mempertikaikan pemimpin
    najib,,,,,,kamu akan KATA ''baru setahun jagung dan derhaka tapi bila muka2 yg ''senior''
    kamu kata dah 'magrib' entah2 kamu yg MAGRIB DULU dari mereka
    kerja Allah bukan HAK KAMU
    Kamu mungkin hujung waktu ''isyak''

    ReplyDelete
  5. Salah atau tidak bersalah, Undur dan letak jawatan ajelah najib, gantilah dengan mana2 pemimpin yang dipilh oleh ahli umno sendiri.

    Selagi ada pemimpin yang terpalit taik (sengaja atau tidak sengaja) elok letak jawatan.

    Umno perlukan perubahan.

    ReplyDelete
  6. salam.
    dalam politik, orang melayu memang agak dangkal dalam percaturan politik. orang cina perlu mempunyai pelbagai jenis parti seperti mca, gerakan dan lain lain kerana mereka merupakan kaum pendatang dan agak lemah jika mereka tidak mempunyai strategi utk bersuara demi kaum mereka. jadi, strategi mereka baik utk kaum minoriti di malaysia. tetapi, orang melayu sebagai kaum majoriti, perlu bersatu dalam satu parti utk berkuasa penuh dalam melaksanakan strategi alif baa taa orang melayu. jika tidak bersatu, kaum minoriti akan menjadi dominan utk menentukan nasib orang orang melayu sewaktu pilihanraya. ini lah yang berlaku kepada umno. apabila kita berjuang utk merdeka, umno memilih demokrasi utk mentadbir negara. ini bermakna kita bebas bersuara dalam memberikan pendapat demi perjuangan alif, baa dan taa. tetapi kebebasan bersuara ini hanyalah berjaya jika orang melayu benar benar menjunjung konsep amanah, bersih dan cekap yang jitu. jika tidak, demokrasi tidak akan berjaya, dan hanya di bolot oleh segelintir pihak yang mengatakan duit lebih berkuasa dari segalanya.
    apabila terjadi perpecahan orang melayu yang melancarkan perang terhadap umno dengan menubuhkan parti lain, ini membuatkan umno menjadi agak lemah dalam bersuara kerana, parti serpihan akan mencari apa saja salah umno waima jika umno tidak dilihat islam pula. perkara ini, sebenarnya akan melemahkan orang melayu, kerana kaum minoriti akan menggunakan parti serpihan umno utk memperjuangkan agenda mereka. kita boleh lihat sekarang, walaupun kaum minoriti ini nampak berjaya dalam perniagaan, tetapi apa jenis perniagaaan yang mereka jalankan? takkan lah semuanya halal kot. yang haram lagi banyak dari halal. jadi, apabila tauke tauke ini menggunakan parti serpihan ini utk mencabar umno, siapa yang lebih berjaya? memang lah kita kata duit bukan boleh beli akhirat, tetapi, kalau duit depan mata, tak kira dari mana, yang pakai serban ke kopiah ke, boleh terbang iman.
    orang orang macam ini yang akan di gunakan kaum minoriti utk mempengaruhi umno utk menarik sokongan tauke tauke ini. ini lah yang terjadi pada masa tunku abdul rahman dahulu. demi survival politik, tunku sering bergaul dengan tauke tauke ini dengan andaian tunku masih boleh menarik sokongan kaum minoriti tersebut. tapi kaum itu licik. apabila tunku masuk perangkap mereka, maka parti serpihan dah boleh membuktikan yang tunku tidak islam maka dengan itu, umno juga tak islam atau di kafirkan umno.
    anda nampak tak bagaimana tipu daya orang kafir utk menjatuhkan umno? najib memang bersalah dalam hal ini tapi sebenarnya orang melayu juga bersalah. kita berpecah kepada parti serpihan umno kononnya utk tunjuk lebih islam atau utk tunjuk simpati kepada orang tertentu. najib tidak akan jadi seteruk ini, jika kita bersatu dan cuba selamatkan parti dengan penuh bersih dan amanah tanpa politik wang yang kononnya menjadi mainan umno sejak dahulu lagi. najib masih boleh di jatuhkan jika kita bersatu dan menentukan arah tuju akar umbi umno.
    tapi orang melayu seolah olah terpukau dengan mainan politik kaum minoriti. walaupun mereka nampak berpecah dalam banyak parti, tetapi itu hanya tipu daya mereka. tak payahlah kita nak cuba utk berada dalam parti serpihan. lebih baik kita bubarkan parti serpihan jika kita benar benar ikhlas berjihad ke jalan Allah.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  7. salam.
    sudah sampai masanya kita mengadakan perhimpunan agung umno semula kerana pau hari itu telah kena pau oleh najib dan geng nya. waktu ini barulah kita tunjuk siapa yang lebih layak memimpin umno. najib telah gagal menjalankan amanah yang diberikan oleh orang melayu. dia lebih banyak memihak musuh orang melayu dari orang melayu sendiri yang telah menaikkannya sebagai pemimpin. isu 1mdb yang muflis, bauksit, gst yang membebankan dan kes mara serta yapeim, telah banyak memburukkan umno sebagai parti yang suci berjuang utk agama bangsa dan tanahair.
    kita komited utk menjatuhkan najib sebagai presiden umno dan menaikkan tan sri muhyiddin yassin sebagai presiden seterusnya perdana menteri malaysia ke 7. semoga tan sri dapat menjalankan amanah dengan jujur tanpa pengaruh keluarga dan rasuah.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  8. salam.
    gkcm menuntut keahlian 14 orang umno buat kacau pada kepimpinan kedah. teuku orang suruhan najib tak nak ikut cakap gkcm. dalam malaysia yang demokrasi ini, kita hanya boleh bersuara utk kepentingan najib. selain dari itu tak boleh. duduk diam diam. najib nak jual negara ke apa, tak apa , asal teuku dapat duit utk tujuh keturunan nanti.
    najib yang pro omputih itu, sanggup buat apa sahaja asal tidak didakwa rasuah dan sebagainya. amerika ugut suruh sain tppa pun tak apa. najib yang senang diugut sebab skandal 1mdb sanggup buat apa sahaja utk amerika selagi amerika tak dakwa dia. najib sanggup salam pemimpin yahudi utk sokong yahudi bunuh orang palestin. asalkan yahudi tak sentuh skandal najib.
    sekarang najib sibuk berpolitik utk buang orang yang benci perangai najib yang tak serupa perangai bapak dia. bapak dia bangunkan negara utk agama, bangsa dan tanahair. najib bungkus negara utk tutup skandal dari disoal agama, bangsa dan tanahair.
    pandai najib nak selamatkan diri sendiri dari pada menggadai diri utk bangsa, agama dan tanahair.
    sudahlah najib. hentikanlah politik. hadapi kenyataan sebenar. serah diri atau didakwa utk mempertahankan maruah diri.
    terima kasih.

    ReplyDelete