Showing posts with label ketua polis negara. Show all posts
Showing posts with label ketua polis negara. Show all posts

Saturday, 26 March 2016

Polis kini berhadapan dengan cabaran yang pelbagai perlu tingkat langkah pencegahan

Acara : Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209

Lokasi : Padang Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, KL

Tarikh : 25/3/2016



Polis Berdepan Cabaran Tangani Keganasan Masa Kini Berbanding Dahulu - Najib


KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan anggota keselamatan negara hari ini menghadapi cabaran untuk menangani keganasan dan marabahaya, yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata musuh negara kini lebih pintar, licik dan tidak dapat dijangka.
"Anggota-anggota keselamatan perlu sentiasa berada selangkah di hadapan mereka dalam keadaan bersiap siaga, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan.

"Pembendungan, pencegahan adalah lebih penting dan berkesan. Seperti kata pepatah, kita tidak mahu 'sudah terhantuk baru tengadah'. Kita ingin supaya rakyat Malaysia semuanya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara sepanjang masa," katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau NajibRazak.com hari ini sempena Hari Polis Ke-209.

Beliau berkata berita yang dilihat dan dibaca dalam surat khabar melaporkan tentang kumpulan dan sel pengganas yang ditumpaskan dan diberkas oleh Cawangan Khas, Unit Tindakan Khas dan anggota PDRM sebelum sempat mereka bertindak, yang boleh mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

"Ini semua adalah hasil siasatan dan risikan terperinci yang telah dilakukan.

"Dalam iklim ketidaktentuan dunia hari ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga yang perlu seperti menempatkan anggota PDRM di kawasan-kawasan tumpuan rakyat dan pelancong," kata perdana menteri.

Najib berkata rata-rata rakyat Malaysia dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa kerana di belakang tabir, terdapat anggota keselamatan dan risikan negara yang sentiasa berusaha menangani sebarang ancaman dengan cepat dan berkesan.

"Mereka (anggota PDRM) tidak melakukan semua ini untuk mendapat pujian. Mereka menyabung nyawa hari demi hari hanyalah kerana mereka sayangkan negara dan ingin ia selamat sentiasa.

"Tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan demi tanah air tercinta," kata beliau.

Perdana Menteri berkata setiap tahun, Malaysia meraikan sambutan memperingati hari polis, dan tahun ini adalah sambutan edisi yang ke-209.

"Alhamdulillah, jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia sememangnya bertuah kerana dikurniakan Allah SWT keadaan persekitaran yang stabil, aman dan damai.

"Sebahagian besar daripadanya adalah hasil usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia dalam menjaga dan memastikan keamanan yang kita nikmati ini terpelihara," kata Najib sambil mengucapkan selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM yang menyambutnya esok.

Perdana Menteri turut mendoakan agar semua anggota PDRM dan anggota keluarga mereka sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 28 March 2015

Gerakan rakyat hilang fokus, Anwar sudah tidak relevan ?

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara : Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 27/3/2015


Perkhemahan bermula dari hari Sabtu lepas dengan tujuan mendesak perletakan jawatan oleh TS Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara. Malam kelmarin telah berlaku kekecohan disini apabila beberapa orang Penguatkuasa DBKL diserang dan dipukul oleh peserta haram perkhemahan ketika mereka cuba menarik turun kain rentang yang dipasang.

Sebentar tadi pula sekitar jam 945 pm, aktivis Hishamuddin Rais telah di 'culik' oleh sepasukan orang yang tidak dikenali yang menaiki kereta Honda betul-betul dipersimpagan Jalan TAR / Jalan Tun Perak dihadapan tontonan semua yang berada dilokasi. Hishamuddin yang dalam perjalanan ke lokasi telah ditarik atau 'di-bundled-in' kedalam kereta yang memecut kearah Pudu. Mereka dipercayai anggota Polis Cawangan Khas menurut beberapa rakan wartawan yang bertugas dilokasi. 

Isu Anwar nampak nya semakin tenggelam dengan pelbagai isu lain yang dibawa peserta yang berfahaman lain dari penyokong Keadilan... Di lokasi ada yang bawa isu GST dan isu Ketua Polis Negara .. Banner #march2freedom langsung tidak kelihatan.. Program berlilin di Sg Buloh pun sudah seminggu dihentikan setelah tiada sambutan ...  Kecuali Nurul Izzah yang turun membaca sajak pada malam pertama, tiada laporan diterima yang menunjukkan anak-anak Anwar membuat kunjungan lanjut ke tapak lokasi. Gerakan rakyat nampak nya sudah fragmented dan tidak fokus pada satu isu utama.

1
 2
 3
 4
 5 
 6
 7  Kaunter mengumpul tandatangan untuk pembebasan Anwar ditutup awal. Tunggu lama pun tak berguna lagi dah setelah berita permohonan pengampunan dilaporkan telah ditolak oleh Lembaga Pengampunan.
 8
 9
 10
 11
 12

Monday, 23 March 2015

Khalid Abu Bakar penghalang utama demonstran didesak letak jawatan

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara :Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 22/3/2015



Sabtu kelmarin 21/3/2015 selepas Flash Mob di SOGO sekumpulan aktivis telah bergerak kearah Dataran Merdeka dengan tujuan untuk berkhemah ala-ala Takluk Dataran Merdeka yang dilakukan hampir tiga tahun yang lalu.

Tetapi niat mereka terhalang kerana Dataran Merdeka ditutup bagi kerja kerja baik pulih dan sebagai alternatif mereka telah mula membuat tapak perhemahan di persimpangan Jalan TAR / Jalan Tun Perak di kawasan air terjun bersetentangan dengan Dataran DBKL.

Tujuan utama perkhemahan adalah untuk mendesak perletakan jawatan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara yang dilihat sebagai individu penghalang terbesar dalam segala kegiatan jalanan mereka. Khalid yang dipanggil Kepala Twitter begitu aktif memantau segala komunikasi Twitter penggerak demo jalanan dan melakukan tangkapan susulan..

Perkhemahan ini dijangka berjalan sehingga Sabtu depan dimana satu lagi demo besar besaran dijadual akan dilakukan sekali lagi di SOGO.

In the meantime berhibur lah dengan nyanyian kumpulan  anak muda ini.
  
 1
 2
 3
 4
 5
 6
  7
 8
 9
 10