Showing posts with label ahmad zahid hamidi. Show all posts
Showing posts with label ahmad zahid hamidi. Show all posts

Sunday, 30 September 2018

PAU2018 - UMNO akan halang pemegang amanah yang cuba belot dan pulun aset UMNO

Acara : Penutup PAU2018

Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC, KL

Tarikh : 30/9/2018



Nota - Wakil media hanya dibenarkan memasuki dan merakam ucapan Timbalan Presiden dan Presiden UMNO sahaja untuk sesi penggulungan dan penangguhan Perhimpunan.


Video 1 - UMNO akan menuntut supaya segala aset aset yang diletakkan dibawah nama pemegang amanah atau trustees dipulangkan segera untuk diuruskan sendiri oleh parti. Pemegang amanah yang cuba belot dan pulun akan diambil tindakkan undang undang.



#video360 (1) - Doa oleh Presiden UMNO 



#video360 (2) - Nyanyian lagu Teman Sejati (lagu Kumpulan Brothers)



#video360 (3) - nyanyian Lagu UMNO - Bersatu, Bersetia, Berkhidmat



#video360 (4) - Selawat keatas Nabi Mohammad SAW.



**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 29 September 2018

PAU2018 - Najib Razak diterima dan diberi sambutan baik para perwakilan

Acara : Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2018

Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC, KL

Tarikh : 29/9/2018



Video 1 - Laporan oleh Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa



Video 1 - Langkah yang akan diambil UMNO untuk menghalang ahli dan wakil rakyat dari melakukan khianat dengan melompat parti.



*********************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 27 July 2018

Struktur pentadbiran UMNO disusun dan dirombak untuk bertindak sebagai Pembangkang

Acara : Sidang media Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Lokasi : Auditorium Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Tarikh : 27/7/2018




Ringkasan keputusan yang telah diambil pada mesyuarat hari ini

1. Umur minimum keahlian telah diturunkan dari 18 kepada 16 tahun

2.  Menubuhkan satu Jemaah Penasihat yang dipengerusikan oleh  Tengku Razaleigh Hamzah. Skop kerja akan ditentukan oleh Pengerusi dan diumumkan dalam satu sidang khas,.

3. Menubuhkan 9 Majlis yang meliputi pelbagai fungsi dan tanggungjawab untuk memperkasakan dan menyemarakan UMNO. Ianya akan dianggotai oleh pegawai pegawai kanan parti.

4. Menubuhkan 8 Jawatankuasa untuk menentukan kesempurnaan perjalanan pentadbiran parti. Ianya akan menggantikan biro biro yang terdahulu.

5. Menubuhkan 10 sekretariat untuk meneliti pelbagai isu isu masakini yang dihadapi oleh parti. Ianya akan berfungsi bersesuaian sebagai sebuah organisasi yang berfungsi sebagai pembangkang.

6. PAU 2018 akan diadakan pada 29/9/2018 untuk ketiga tiga Sayap dan persidangan utama akan  diadakan sehari sahaja pada 30/9/2018





*********************************************************************************************************************************

 1
 2
 3
 4
 5


Saturday, 26 March 2016

Polis kini berhadapan dengan cabaran yang pelbagai perlu tingkat langkah pencegahan

Acara : Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209

Lokasi : Padang Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, KL

Tarikh : 25/3/2016



Polis Berdepan Cabaran Tangani Keganasan Masa Kini Berbanding Dahulu - Najib


KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan anggota keselamatan negara hari ini menghadapi cabaran untuk menangani keganasan dan marabahaya, yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata musuh negara kini lebih pintar, licik dan tidak dapat dijangka.
"Anggota-anggota keselamatan perlu sentiasa berada selangkah di hadapan mereka dalam keadaan bersiap siaga, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan.

"Pembendungan, pencegahan adalah lebih penting dan berkesan. Seperti kata pepatah, kita tidak mahu 'sudah terhantuk baru tengadah'. Kita ingin supaya rakyat Malaysia semuanya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara sepanjang masa," katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau NajibRazak.com hari ini sempena Hari Polis Ke-209.

Beliau berkata berita yang dilihat dan dibaca dalam surat khabar melaporkan tentang kumpulan dan sel pengganas yang ditumpaskan dan diberkas oleh Cawangan Khas, Unit Tindakan Khas dan anggota PDRM sebelum sempat mereka bertindak, yang boleh mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

"Ini semua adalah hasil siasatan dan risikan terperinci yang telah dilakukan.

"Dalam iklim ketidaktentuan dunia hari ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga yang perlu seperti menempatkan anggota PDRM di kawasan-kawasan tumpuan rakyat dan pelancong," kata perdana menteri.

Najib berkata rata-rata rakyat Malaysia dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa kerana di belakang tabir, terdapat anggota keselamatan dan risikan negara yang sentiasa berusaha menangani sebarang ancaman dengan cepat dan berkesan.

"Mereka (anggota PDRM) tidak melakukan semua ini untuk mendapat pujian. Mereka menyabung nyawa hari demi hari hanyalah kerana mereka sayangkan negara dan ingin ia selamat sentiasa.

"Tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan demi tanah air tercinta," kata beliau.

Perdana Menteri berkata setiap tahun, Malaysia meraikan sambutan memperingati hari polis, dan tahun ini adalah sambutan edisi yang ke-209.

"Alhamdulillah, jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia sememangnya bertuah kerana dikurniakan Allah SWT keadaan persekitaran yang stabil, aman dan damai.

"Sebahagian besar daripadanya adalah hasil usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia dalam menjaga dan memastikan keamanan yang kita nikmati ini terpelihara," kata Najib sambil mengucapkan selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM yang menyambutnya esok.

Perdana Menteri turut mendoakan agar semua anggota PDRM dan anggota keluarga mereka sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10