Friday 30 July 2021

Otai Reformis 1998 rayu YDPA untuk mengganti Mahiaddin dengan calon baru yang mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat



Kenyataan Media

Otai Reformis 1998

KHAMIS 29 Julai 2021

1. Otai Reformis 1998 dan rakyat Malaysia sangat kesal dengan tindakan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang meremehkan titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan dan diputuskan secara undian di Parlimen berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

2. Tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Bin Hassan yang mengumumkan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat di Sidang Khas Parlimen pada 26 Julai 2021, Isnin lalu dianggap mendahului titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang mahukan Ordinan ini dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu dan tindakan ini merupakan satu bentuk penderhakaan kepada titah DYMM Yang di-Pertuan Agong, yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, lantaran telah membangkitan rasa amat dukacita DYMM Yang di-Pertuan Agong lanjutan perlanggaran titah Baginda.

3. Memandangakan penugumuman pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini dianggap tidak mendapat perkenan ke bawah DYMM Yang di-Pertuan Agong maka kita rakyat jelata menyimpulkan bahawa negara kita ini masih di bawah Perintah Ordinan Darurat tersebut sehigga tamat tempuhnya pada 01 Ogos 2021, bulan depan, seperti Proklamasi Darurat yang di masyhurkan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021yang lalu.

4. Otai juga difahamkan bahawa sebuah Jawatankuasa Khas Bebas telah ditubuhkan dibawah Seksyen 2, Ordinan Darurat (kuasa-kuasa Perlu) 2021 untuk menasihati DYMM Yang di-Pertuan Agong samada membatalkan atau melanjutkan Ordinan-Ordinan Darurat dan bukannya oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri atau Perdana Menteri mahupun Jemaah Kabinet .

5. Lantaran tingkahlaku perderhakaan oleh Kerajaan Perikatan Nasional ini, maka Otai Reformis merafak sembah kebawah DYMM Yang di-Pertuan Agong agar menggunakan progatif DYMM selaraskan dengan Perkara 43 (2) (a) untuk melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen yang mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat bagi mengganti Mahiaddin Md Yassin yang telah hilang kredibiliti dan sikap ‘taat setia’ kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri yang telah dilantik oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Bertarikh : 29 Julai 2021

YB Dr. Idris Bin Ahmad , Pengerusi

 Abdul Razak Bin Ismail, Setiausaha

OTAI REFORMIS 1998


No comments:

Post a Comment