Showing posts with label MT. Show all posts
Showing posts with label MT. Show all posts

Friday, 27 July 2018

Struktur pentadbiran UMNO disusun dan dirombak untuk bertindak sebagai Pembangkang

Acara : Sidang media Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Lokasi : Auditorium Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Tarikh : 27/7/2018




Ringkasan keputusan yang telah diambil pada mesyuarat hari ini

1. Umur minimum keahlian telah diturunkan dari 18 kepada 16 tahun

2.  Menubuhkan satu Jemaah Penasihat yang dipengerusikan oleh  Tengku Razaleigh Hamzah. Skop kerja akan ditentukan oleh Pengerusi dan diumumkan dalam satu sidang khas,.

3. Menubuhkan 9 Majlis yang meliputi pelbagai fungsi dan tanggungjawab untuk memperkasakan dan menyemarakan UMNO. Ianya akan dianggotai oleh pegawai pegawai kanan parti.

4. Menubuhkan 8 Jawatankuasa untuk menentukan kesempurnaan perjalanan pentadbiran parti. Ianya akan menggantikan biro biro yang terdahulu.

5. Menubuhkan 10 sekretariat untuk meneliti pelbagai isu isu masakini yang dihadapi oleh parti. Ianya akan berfungsi bersesuaian sebagai sebuah organisasi yang berfungsi sebagai pembangkang.

6. PAU 2018 akan diadakan pada 29/9/2018 untuk ketiga tiga Sayap dan persidangan utama akan  diadakan sehari sahaja pada 30/9/2018





*********************************************************************************************************************************

 1
 2
 3
 4
 5


Wednesday, 4 July 2018

UMNO mula penstrukturan pentadbiran untuk bertindak sebagai pembangkang

Acara : Sidang media Majlis Tertinggi UMNO

Lokasi : Auditorium Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Tarikh : 4/7/2018 @ 6.20 pm




Ringkasan :

1. Tiada lantikan pegawai atau ahli Majlis Tertinggi dibuat pada mesyuarat ini.

2. Mesyuarat hari ini merupakan mesyuarat kali yang terakhir dihadiri oleh Tengku Adnan dan Datuk Raof sebagai Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO.

3. Tok Mat Hassan, Timbalan Presiden di tugaskan untuk mengepalai taskforce untuk mengkaji perlaksanaan akujanji calon Presiden.

4. Dr Zambry Abdul Kadir pula dilantik untuk mengetuai unit penyelidikan.

5. Azalina Osman pula diberi tanggungjawab untuk memberi khidmat sokongan dalam isu isu perundangn yang dihadapi UMNO dan tokoh tokoh UMNO.

6. Peribincangan akan diadakan dengan parti parti pembangkang yang lain dalam isu perlantikan ketua pembangkang dalam Dewan Rakyat.  



******************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6



Thursday, 10 September 2015

Penyokong Muhyiddin Yassin bersemangat dan berdisplin

Lokasi : Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 9/9/2015


Tiada keputusan berupa tindakan pemecatan atau penggantungan keahlian UMNO dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuarat mereka petang ini keatas tujuh penama yang tersebar meluas dialam siber sejak dua minggu yang lalu.

Antara perkara yang disebut Presiden UMNO dalam sesi sidang media ialah mengenai  PAU 2015 yang akan diadakan 8-12 Disember 2015 dan  menafikan bahawa UMNO turut terlibat dalam penganjuran Perhimpunan Rakyat (Merah) 2015. Beliau menegaskan bahawa penganjur wajib mematuhi segala syarat dan peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya permit diberikan.

Najib bagaimana pun mengakui bahawa ada pemimpin UMNO yang terlibat secara peribadi, melalui NGO yang mereka anggotai. Pengurusan UMNO tidak bercadang menghalang mereka kerana menghormati hak mereka.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10