Showing posts with label anak muda. Show all posts
Showing posts with label anak muda. Show all posts

Saturday, 23 September 2017

Wilayah Persekutuan beri ruang anak muda berekspresi dan beriadah

Acara : Perasmian Grazrootz Skatesfest Putrajaya

Lokasi : Tapak Floria, Presint 4, Putrajaya

Tarikh : 23/9/2017 @ 2.30 pm


Video 1 - Wilayah Persekutuan Putrajaya, KL & Labuan akan memberi ruang kepada anak anak muda untuk beriadah dan berekspresi bagi mengurangkan  stress yang jika tidak dikawal akan menjurus kepada kegiatan kegiatan yang boleh memberi masalah sosial kepada keluarga dan masyarakat setempat.



****************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

Monday, 23 March 2015

Khalid Abu Bakar penghalang utama demonstran didesak letak jawatan

Lokasi : Air Terjun depan Dataran DBKL dipersimpangan Jalan TAR dan Tun Perak

Acara :Perkhemahan seminggu mendesak perletakan jawatan Ketua Polis Negara

Tarikh : 22/3/2015



Sabtu kelmarin 21/3/2015 selepas Flash Mob di SOGO sekumpulan aktivis telah bergerak kearah Dataran Merdeka dengan tujuan untuk berkhemah ala-ala Takluk Dataran Merdeka yang dilakukan hampir tiga tahun yang lalu.

Tetapi niat mereka terhalang kerana Dataran Merdeka ditutup bagi kerja kerja baik pulih dan sebagai alternatif mereka telah mula membuat tapak perhemahan di persimpangan Jalan TAR / Jalan Tun Perak di kawasan air terjun bersetentangan dengan Dataran DBKL.

Tujuan utama perkhemahan adalah untuk mendesak perletakan jawatan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Ketua Polis Negara yang dilihat sebagai individu penghalang terbesar dalam segala kegiatan jalanan mereka. Khalid yang dipanggil Kepala Twitter begitu aktif memantau segala komunikasi Twitter penggerak demo jalanan dan melakukan tangkapan susulan..

Perkhemahan ini dijangka berjalan sehingga Sabtu depan dimana satu lagi demo besar besaran dijadual akan dilakukan sekali lagi di SOGO.

In the meantime berhibur lah dengan nyanyian kumpulan  anak muda ini.
  
 1
 2
 3
 4
 5
 6
  7
 8
 9
 10

Wednesday, 29 January 2014

Perutusan Khas Anwar mengejutkan

Lokasi : Cayman, Level 10, Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Dialog Muda Bersama Anwar Ibrahim anjuran AIC

Tarikh : 26/1/2014


Sesi dialog didahuli dengan "Perutusan Khas Untuk Rakyat Malaysia" oleh Anwar Ibrahim. Tajuk besar --- Tawaran "Dialog Perpaduan" or "Reconciliation Talk" kepada Najib Razak.
Mengejutkan kerana sebelum ini tawaran yang serupa dari Najib telah ditolak bulat-bulat, kini Anwar pulak yang beria-ia membuat tawaran dengan bersandarkan suasana yang agak tegang antara kaum dan agama sejak kebelakangan ini..

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Saturday, 26 October 2013

PRK N.20 - MB Kedah memahami orang muda

Lokasi : Simpang Tiga, Sg Limau, Yan, Kedah

Acara : Santai Bola bersama MB Kedah  - Kelantan vs ATM - live

Tarikh : 25/10/2013


MB Kedah tiada masalah bersantai dan lepak bersama orang orang muda menonton bola kerana beliau
sendiri berjiwa muda....

1
 2
 3
 4
 5
 6


Tuesday, 25 June 2013

Kesian anak muda yang yang dieksploitasi parti politik

Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Acara : Perkhemahan Rakyat, Blackout 505

Tarikh : 23/6/2013 @ 6.30 pm


Menteri Belia dan Sukan harus mencari dan mengenal pasti kaedah baru untuk mendekati dan menarik minat belia belia yang mempunyai aspirasi dan pandangan yang serupa dengan Hafiz untuk melakukan sesuatu yang berfaedah buat diri mereka, keluarga dan negara. Kalau tiada usaha dilakukan maka tenaga mereka akan dieksploitasi oleh pihak pihak tertentu untuk melakukan kegiatan yang boleh mengancam ketenteraman awam...




Monday, 24 June 2013

Berhibur dalam jerubu

Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Acara : Perkhemahan Rakyat, Blackout 505

Tarikh : 23/6/2013 @ 6.30 pm



Anak perempuan saya ketika ini berada bersama 200 orang Pengakap lain menyertai  perkhemahan dan latihan kemahiran diri di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Harap harap keadaan jerubu tidak menjejas kesihatan mereka disana. 

Anak saya lebih kurang seusia dengan anak anak muda yang saya paparkan disini. Apa perbezaan diantara aktiviti mereka? Yang jelas program perkhemahan yang disertai anak saya tidak melibatkan politik, bersifat santai dan tidak di ajar membenci pemerintah...

Yang lain nya para pembaca renung renung kan lah sendiri. Terlalu banyak ulasan yang boleh dibuat dari pelbagai sudut ...Sayang..mereka ini berseni dan berbakat..