Showing posts with label aqsa syarif. Show all posts
Showing posts with label aqsa syarif. Show all posts

Sunday, 3 August 2014

Peranan NGO dalam misi kemanusiaan Gaza

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Tarikh : 2/8/2014


Terlalu besar peranan mereka (NGO) untuk menggerakkan misi bantuan kemanusian ke Gaza atau Tebing Barat atau kemana bahagian dunia sekali pun kerana kerajaaan sendiri tidak boleh menggerakan aparatus atau jentera kerajaan untuk membantu tanpa dituduh mencampuri urusan negara lain.


1 Dr Musa Mohd Nordin, Pengerusi Viva Palestina Malaysia
2  Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif



Artis ada peranan besar dalam isu Gaza

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Tarikh : 2/8/2014


Ella dan Faizal Tahir antara nama besar dalam industri hiburan tanahair yang turut serta dalam himpunan aman ini. Hattan, Afdlin Shauki dan Betty Benafe juga turut hadir memberi sokongan moral kepada rakyat Semenanjung Gaza yang sedang dizalimi rejim Zionis Yahudi. Bapa Faizal, Prof Tahir adalah antara penggerak utama Aqsa Syarif.


1
 2
 3
 4


Saturday, 2 August 2014

Sekitar himpunan Selamatkan Anak-Anak Gaza

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan aman "SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA" anjuran
Viva Palestina dan Aqsa Syarif

Tarikh : 2/8/2014


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Ribuan rakyat berbilang kaum Malaysia membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini bagi menyertai perhimpunan aman 'Selamatkan Anak-anak Gaza'.

Perhimpunan anjuran dua badan bukan kerajaan - Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif itu bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pengarah Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.

"Kita berkumpul di Dataran Merdeka ini untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita, kita nak serangan zionis terhadap warga Palestin dihentikan sekarang.

"Seperti yang kita tahu ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam.

"Ini adalah jenayah perang dan mereka ini (Israel) mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa untuk dihukum," kata Hafidzi ketika berucap pada perhimpunan itu.

Pengarah VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya dan Aqsa Syarif juga akan menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada Isnin ini.

Katanya antara pengisian memorandum itu adalah untuk menyeru Amerika Syarikat menghalang tindakan Israel menyerang warga Palestin yang tidak berdosa.

"Untuk Mesir pula kami menyeru agar laluan Rafah dibuka sepenuhnya untuk menyalurkan bantuan ke Palestin.

"Sehingga kini hanya dua daripada 23 trak konvoi kami yang membawa bekalan perbuatan dan pembedahan dibenarkan masuk ke Gaza," katanya.

Musa turut menyatakan kerjasama di antara VPM, Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Gaza.

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 1 February 2013

Afdlin Shauki pula berjinak dengan PKR ?

Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media selepas perjumpaan antara Anwar & Wan Azizah dengan wakil pimpinan Hamas

Date : 1/2/2013 @ 11.00 am


NGO Aqsa Syarif hari ini menyampaikan sumbangan dari hasil kutipan derma sebanyak USD700,000 kepada wakil Hamas yang melawat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah di ibupejabat Keadilan. 

Turut hadir ialah Duta NGO tersebut, artis terkenal Afdlin Shauki. Bapa kepada Faizal naib juara One in a Million, Dr Tahir yang terlibat secara langsung dalam pengendalian Aqsa Syarif juga ada bersama diatas pentas.

Kesian melihatkan wajah Afdlin yang nampak tidak selesa pada mula memasuki Dewan Keadilan untuk sidang media. Apa tidak nya beliau telah terlibat didalam pembikinan siri Komedi 'Bangkang Dari Longkang', tempelak yang ditujukan khas kepada Pakatan Rakyat. Tapi sebagai Duta Aqsa Syarif beliau terpaksa bertindak secara professional dan berwibawa.


1/29
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11