Showing posts with label kekejaman. Show all posts
Showing posts with label kekejaman. Show all posts

Saturday, 2 August 2014

Sekitar himpunan Selamatkan Anak-Anak Gaza

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan aman "SELAMATKAN ANAK-ANAK GAZA" anjuran
Viva Palestina dan Aqsa Syarif

Tarikh : 2/8/2014


KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Ribuan rakyat berbilang kaum Malaysia membanjiri Dataran Merdeka di sini hari ini bagi menyertai perhimpunan aman 'Selamatkan Anak-anak Gaza'.

Perhimpunan anjuran dua badan bukan kerajaan - Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Aqsa Syarif itu bertujuan membantah kekejaman serangan Zionis terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Pengarah Aqsa Syarif Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata perhimpunan aman itu merupakan satu mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak sepenuhnya serangan Israel di Palestin.

"Kita berkumpul di Dataran Merdeka ini untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kita, kita nak serangan zionis terhadap warga Palestin dihentikan sekarang.

"Seperti yang kita tahu ribuan penduduk Palestin yang tidak berdosa telah dibunuh dengan kejam yang kebanyakannya adalah kanak-kanak dan orang awam.

"Ini adalah jenayah perang dan mereka ini (Israel) mesti dihadapkan ke mahkamah antarabangsa untuk dihukum," kata Hafidzi ketika berucap pada perhimpunan itu.

Pengarah VPM Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata pihaknya dan Aqsa Syarif juga akan menghantar memorandum kepada pihak kedutaan Amerika Syarikat dan Mesir di Malaysia pada Isnin ini.

Katanya antara pengisian memorandum itu adalah untuk menyeru Amerika Syarikat menghalang tindakan Israel menyerang warga Palestin yang tidak berdosa.

"Untuk Mesir pula kami menyeru agar laluan Rafah dibuka sepenuhnya untuk menyalurkan bantuan ke Palestin.

"Sehingga kini hanya dua daripada 23 trak konvoi kami yang membawa bekalan perbuatan dan pembedahan dibenarkan masuk ke Gaza," katanya.

Musa turut menyatakan kerjasama di antara VPM, Aqsa Syarif dan beberapa badan bukan kerajaan negara luar telah berjaya menyediakan 23 trak ubat-ubatan dan bahan pembedahan bernilai RM2.5 juta untuk dihantar ke Gaza.

Malah pihaknya juga dalam perancangan untuk menghantar 20 ambulans ke kawasan itu.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday, 25 October 2012

Bantulah mangsa kekejaman Yahudi di Gaza

Venue : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor

Event : Sidang Media 'Majlis Makan Malam Amal Untuk Hospital Gaza Bersama Rabbani'

Date : 23/10/2012 @ 3.00 pm


Secara ringkas :

1. Cadangan membina hospital di Gaza, Tebing Barat
2. Jumlah yang diperlukan USD30,000,000
3. Jumlah permulaan yang perlu dijanakan oleh Majlis Perundingan Islam Malaysia ialah USD5,000,000 sebelum OIC pertimbangkan dana 'top-up'.
4. Untuk majlis makan malam Kumpulan Rabbani dan Sharifah Aini akan membuat persembahan.
5. Penganjur H4G mencari 'perpetual donors / sponsors' yang akan memberi sumbangan berterusan walaupun dalam jumlah yang kecil.
6. Majlis makan malam bertujuan membina jaringan penyumbang.


Ucapan oleh Sdr Mohd Nazri Sahat, CEO Sekretariat Hospital Gaza


Brochure makan malam amal H4G


Press Release of Rabbani Productions

Kalau tak tersentuh hati lagi saksikan lah video 'Tangisan Gaza' yang berikut nya


1.
 2. Ucapan oleh Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di JPM dan juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia
 3.
 4.
 5.
 6.
 7. Gimik perlantikan Kumpulan Rabbani sebagai duta H4G


Wednesday, 9 May 2012

Pasca BERSIH 3 - Face-off Chegu Bard & Arman

Venue : Perkarangan Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

Event : Penyerahan memorandum dan bahan bukti kekejaman Polis oleh Solidarity Anak Muda Malaysia

Date : 7/5/2012 @ 2.30 pm


Video 1 : AC Ramli mewakili IGP menerima bahan bukti dan memorandum dari Chegu Bard



1. Ramai betul wakil media menunggu untuk menyaksikan pertembungan diantara kumpulan yang pro dan anti kerajaan.. Kumpulan pro kerajaan sengaja menunggu ketibaan kumpulan Chegu Bard setelah mengetahui akan kehadiran mereka pada jam 2.30 pm..
 2.
 3.
 4.
 5.
 6. Face-off  antara dua wakil anak muda yang mempunya idealism yang bertentangan. Nasib baik semua berlaku didepan pulohan wakil media dan Polis. Kalau tidak pasti kaki dan tangan akan naik .....
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.