Showing posts with label ali rustam. Show all posts
Showing posts with label ali rustam. Show all posts

Sunday, 20 September 2015

PM Najib Razak gembira, tahniah PESAKA !!

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015

Tarikh : 18/9/2015


                                                                                  
SILA RUJUK DAN TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK KETEPATAN KANDUNGAN UCAPAN
                                                                                
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina. Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam.

Berucap ketika merasmikan Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015 Najib pada masa sama meyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.

"Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar, bila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini," katanya.

Najib menegaskan walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.
Kata Najib, walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman.

"Tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, ada tidak?"

"Ada tidak gambar keris berdarah? Ada tak gambar pemimpin pemimpin pembangkang yang kita pijak-pijak gambarnya? Tidak ada, tidak ada. Kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan," jelas Najib.

Najib dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan boleh ditukar melalui demonstrasi jalanan.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan 'racun' yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.

Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Ali Rustam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara

*****************************************

PS - Dalam jarak masa selang sehari PESAKA telah berjaya menggembirakan PM Najib Razak dalam dua majlis perhimpunan besar melibatkan orang Melayu. Selain upah penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu, PESAKA juga mendapat pengiktirafan dan lain-lain bentuk ganjaran yang tidak diumumkan. Tahniah saya ucapkan kepada PESAKA. Terbukti melawan arus tidak mendatangkan untung apa-apa. 

Kepada mereka-mereka yang masih melawan arus gunakanlah kesempatan dan masa berbaki yang masih ada sebelum PRU14, untuk mencari rezeki sambil menggembirakan dan menyakinkan PM Najib Razak bahawa beliau masih mendapat sokongan padu rakyat Malaysia. Ubah lah pendekatan kamu semua, jangan persia siakan baki masa yang masih ada. PM Najib Razak perlu di beri keyakinan bahawa keadaan persekitaran masih selamat .

Letak lah apa pun syarat dan harga sekalipun untuk khidmat anda asalkan jangan beri syarat untuk PM Najib Razak melepaskan jawatan, InsyaAllah saya yakin usul anda akan diberi pertimbangan.


1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 13 September 2015

PESAKA tidak terlibat dengan agenda sempit Baju Merah

Lokasi : Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa, KL

Acara : Sidang media PESAKA mengenai "Himpunan Rakyat Bersatu"

Tarikh : 12/9/2015


Ringkasan kenyataan Ali Rustam

1. Himpunan Rakyat Bersatu pada 16/9/2015 belum mendapat sebarang persetujuan dari DBKL untuk menggunakan Padang Merbuk sebagai venue perhimpunan. Permohonan telah dibuat pada 8/9/2015

2. Jemputan juga dihntar kepada UMNO dan PAS untuk menyertai Perhimpunan yang bertujuan untuk perpaduan, keamanan dan mempertahankan prinsip Rukun Negara.

3. Sejak kebelakangan ini ada pihak pihak yang sudah mula menghina prinsip-prinsip Rukun Negara. PESAKA rasa terhina dengan perbuatan perbuatan penghinaan ini setelah pelbagai laporan Polis dan kenyataan media dibuat. Apakah orang silat hanya bertanding silat dan memerhati sahaja apabila pemimpin-pemimpin negara dihina  dengan memijak gambar mereka. Mengapa perlu tumbangkan kerajaan melalui gerakan jalanan. Gunakanlah peti undi dibawah sistem demokrasi.

4. Program perhimpunan aman ini akan diisi dengan ucapan-ucapan dari pemimpin-pemimpin

5. PESAKA akan hanya menjadi penganjur rasmi sekiranya mendapat permit untuk menganjurkan perhimpunan ini. Jika tidak mereka akan menarik diri.

6. PESAKA rasa maruah mereka sudah tercabar apabila pihak BERSIH dengan angkuhnya telah mengadakan perhimpunan haram berulang kali.

7. PESAKA hanya bertanggungjawab keatas perhimpunan dan apa yang berlaku di Padang Merbuk. Mereka tidak terlibat dalam perarakan Baju Merah yang membawa slogan Kebangkitan Maruah Melayu.

8. Tiada T-shirt diedarkan dan peserta bebas memakai apa saja warna yang menjadi pilihan.

9. Perhimpunan ini tidak terhad kepada Melayu sahaja dan semua warga Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan dijemput hadir.


TERBARU

SUA PERKASA baru sahaja memaklumkan bahawa PERKASA telah menerima jemputan dari PESAKA pada awal pagi tadi dan mengesahkan bahawa ahli-ahli PERKASA dibenarkan menghadiri perhimpunan di Padang Merbuk dengan memakai baju PERKASA. Mereka yang ingin menyertai perarakan baju merah dari Bukit Bintang tidak dibenarkan memakai baju PERKASA .. NOT SANCTIONED  



 Video kenyataan penuh Presiden PESAKA pada sidang sidang media 



1
 2
 3
 4
5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 11 September 2015

PESAKA jadi penganjur induk himpunan baju merah 916 ?

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, KL


Acara : Sidang media penganjuran himpunan 'Kebangkitan Maruah Melayu'

Tarikh : 10/9/2015



Dalam video sidang media ini Jamal Md Yunos yang mewakili 250 NGO telah mengumumkan bahawa PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) adalah penganjur induk secara rasmi perhimpunan baju merah 16 September ini.

Secara rasmi nya juga perhimpunan ini dikenali sebagai perhimpunan 'KEBANGKITAN MARUAH MELAYU" dan akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 3 pm, 16/9/2015. NGO yang terlibat akan berkumpul bersebelahan kawasan Sg Wang dan Lot 10 Jalan Bukit Bintang bermula jam 11 dan seterusnya akan berarak melalui Jalan Pudu menuju Padang Merbok.


Bagaimanpun sebentar tadi saya terbaca dalam salah satu komunikasi applikasi Whatsapp bahawa PESAKA telah membuat keputusan untuk tidak terlibat didalam penganjuran perhimpunan pada 16 September kerana mereka sendiri akan mengadakan satu perhimpunan pesilat-pesilat Malaysia di Dataran Merdeka pada 18/9/2015.

Tiada maklumat diperolehi dari laman rasmi PESAKA mengenai perkembangan terbaru ini dan setakat jam 5 pagi 11/9/2015 tiada jawapan diperolehi dari Presiden PESAKA, Senator Tan Sri Ali Rustam

Jam 10 pagi 11/9/2015 Jamal Md Yunos dan kesemua kepala NGO yang hadir di sidang media petang tadi akan hadir di IPD Dang Wangi setelah dipanggil oleh pihak Polis berkaitan perhimpunan yang dicadangkan.

Dari perjalanan penganjuran setakat ini saya hampir pasti perhimpunan ini tidak akan mendapat permit Polis dan jika ianya diteruskan juga akan berlaku secara haram dan dalam suasana yang tegang kerana sudah pasti ramai Melayu ultra akan menuntut keadilan dalam berdemontrasi dan berhimpun seperti mana yang telah dilakukan oleh penganjur BERSIH 4.0




1
 2
 3
   4
 5
 6
7
 8
 9


Saturday, 22 March 2014

N25 Kajang - Bahan bukti sabitkan Anwar tidak tercemar

Lokasi : Padang awam Kg Sungai Kantan, Kajang

Acara : Perhimpunan Anak-Anak Bai'ah Kajang

Tarikh : 21/3/2014


Ini lah penerangan yang mudah difaham mengenai fakta yang menyebabkan Anwar Ibrahim
disabitkan dengan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan. Ianya berkaitan dengan bahan bukti yang diperolehi dari badan Saiful Bukhari yang boleh dipadankan dengan profil DNA Anwar Ibrahim. Penerangan ini wajib ditonton dan difahami oleh semua rakyat Malaysia yang mencari kebenaran tapi masih lagi terkeliru dengan pelbagai versi spinning yang dilakukan oleh penyokong Anwar walhal mangsa liwat Saiful Bukhari hanya berdiam diri dan menyerahkan bulat-bulat kepada sistem mahkamah untuk penghakiman.


1
2
3


Thursday, 5 September 2013

Ali Rustam tawar diri untuk kerusi Naib Presiden

Lokasi : Rumah Melaka, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur

Acara : Rumah Terbuka Dato Seri Ali Rustam

Tarikh : 4/9/2013 @ 3.00 pm






1/24
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9  Ali menjawab soalan dari wakil Agenda Daily
 10

Saturday, 24 August 2013

Rumah Terbuka Iron-Lady Hulu Bernam

Lokasi : Perumahan Awam 2, Hulu Bernam, Hulu Selangor

Acara : Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Hulu Bernam, Dato' Rosni Sohar

Tarikh : 22/8/2013 @ 9.00-11.00 pm



1/43
 2
 3
 4  Kak Ijat dengan 'running mate' beliau untuk pemilihan UMNO akan datang.
 5
 6
 7
 8
 9
 10