Showing posts with label bloggers. Show all posts
Showing posts with label bloggers. Show all posts

Tuesday, 17 June 2014

Ada usaha timbul syak terhadap JAKIM

Lokasi : Gloria Jeans, off Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ikatan Aktivis Siber Malaysia

Tarikh : 15/6/2014


Seperti ada usaha yang sengaja dibuat untuk menimbulkan syak terhadap sijil halal yang dikeluarkan JAKIM yang juga bertanggungjawab keatas banyak lagi perkara yang melibatkan soal akidah. Ini akan menjurus kepada rasa tidak tenteram dan huru hara dikalangan umat Islam.




Nak yakin dengan siapa lagi kalau bukan JAKIM

Lokasi : Gloria Jeans, off Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ikatan Aktivis Siber Malaysia

Tarikh : 15/6/2014


Bloggers dan pengamal media sosial berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada JAKIM dalam isu pensijilan HALAL produk cokelat Cadbury.





Monday, 29 July 2013

Iftar Ramadhan - Dr Khir yakin BN boleh tawan S'gor semula

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Iftar bersama Dr Khir Toyo

Tarikh : 26/7/2013 @ 7.00 pm


Dr Khir yakin BN boleh menawan semula Selangor dengan gerakan NGO yang mantap dan tersusun. Kes rayuan beliau masih belum ditetapkan tarikh pendengaran nya. Persoalan yang masih bermain difikiran semua pemerhati kes tersebut ialah apa harga yang boleh diguna oleh Dr Khir sebagai pembeli setelah 5 penilaian professional diperolehi. Seperti biasa Dr Khir masih ceria dan tajam dalam berkongsi buah fikiran beliau...



Wednesday, 8 August 2012

Jangan memandai kata pengamal media tak beretika

Venue : Space U8 Eco Mall, Taman Bukit Jelutong, Selangor

Event : Iftar JASA bersama pengamal media

Date : 7/8/2012 @ 7.00 pm


Nama pertubuhan Persatuan Media Malaysia. Dikatakan baru ditubuhkan setahun yang lalu. Nama Khalid Adam yang mengaku Presiden persatuan pun wakil wakil media tak pernah dengar, tak pernah tengok dan tak pernah kenal. Tetiba naik atas pentas sebagai tetamu kepada JASA dan menghamburkan kata kata yang 'menghina' dan mengguris perasaan wakil-wakil media yang 'legitimate' yang turut menjadi tetamu...Hampir hampir mereka meninggalkan majlis jika tidak ditenangkan. 

Siapa dia si Khalid Adam dan Persatuan Media Malaysia ini? Siapa yang beri beliau 'authority' untuk memantau, menilai dan mengeluarkan pandangan 'berpentas' keatas pengamal-pengamal media seluruh Malaysia?. Kalau nak jadi 'kepala', persatuan ini mestilah di beri kuasa oleh semua pengamal-pengamal media atau oleh Kementerian Penerangan dan mestilah mempunyai keahlian atau afiliasi yang terdiri daripada pengamal-pengamal media tanahair....

Adakah ini salah satu daripada mungkin puluhan persatuan dan NGO yang ditubuhkan untuk 'menyedut'  pembiayaan atau 'grant'  dari kerajaan??. Fungsi dan keujudan yang samar-samar dan mencurigakan. Bila diberi peluang buka mulut atas pentas maka terbarai lah cerita dalaman....Saya menjemput pembaca yang tahu untuk berkongsi cerita...



Saturday, 28 July 2012

Iftar - bloggers dan wakil media

Venue : Restoran Puti Bungsu Batam, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur

Event : Iftar Ramadhan bersama kenalan media dan pengamal media sosial 

Date : 27/7/2012 @ 7.00 pm


Majlis petang ini lain daripada lain. Kehadiran hampir 100 orang terdiri dari pelbagai jenis pengamal media sosial dan wakil media, 'spies' dan 'counter-insurgencies individuals'. Rocky-Bru menarik diri pada saat akhir kerana sangkut dalam jam. Blogger Big Dog yang amat jarang bersama majlis dengan kumpulan sebegini turut hadir. Tahun lepas kumpulan yang hadir tidak lah seramai ini...Baca seterusnya untuk mengetahui kejutan pada majlis ini.... 

1.
2.
3. Kejutan bagai renjatan elektrik apabila Sdr Azmi blogger APA Media Team yang telah mengumumkan keluar dari kumpulan bloggers UMB telah menerima jemputan dari Tun Faisal, Pengerusi UMB sendiri untuk bersama sama di majlis ini... bersempena Ramadhan ini satu langkah yang baik.. 
4.
5.
6.
7. Wakil AgendaDaily dan Astro Awani
8.
9.
10. Armand seperti biasa tersengih cari perhatian ...LOL
11. Bersama Azmy the rebel...
12.
13. Semua hadirin memberi tumpuan kepada ucapan ringkas oleh Tun Faisal..
14.
15. Armand berjaya menarik perhatian  krew Astro Awani untuk menemuramah beliau...hehe  


Friday, 27 July 2012

Bloggers UMNO / BN dalam pemerhatian


Venue : Taman Seri Andalas, Kelang, Selangor

Event : Sidang media khas oleh Raja Komando

Date : 25/6/2012 @ 11.30 am


Azmizam Zaman Huri, Ketua AMK Selangor diminta pandangan mengenai trend bloggers UMNO / BN masakini.




Wednesday, 25 July 2012

Iftar Zahid Hamidi diseri dengan kehadiran SHAKE

Venue : The Royale Chulan, Kuala Lumpur

Event : Iftar

Date : 24/7/2012 @ 8.30 pm


Selepas selesai solat Maghrib di Dewan Perdana Felda, saya bergegas pula ke Royale Chulan bagi memenuhi jemputan Dato's Seri Zahid Hamidi. Ramai kenalan bloggers sudah pun berada disana.

1.
 2.
 3.
 4. DS Zahid Hamidi menuju dewan solat untuk Isyak dan berterawikh..
 5. 
 6. Moreh..
 7.
 8.
 9.
 10. Dato' Shake memperkenalkan isteri beliau Melina kepada DS Zahid..

Tuesday, 24 July 2012

Iftar bersama Blog House bloggers

Venue : Hilton Kuala Lumpur

Event : Iftar bersama rakan bloggers

Date : 23/7/2012 @ 7.00 pm


Bukan mudah untuk kami berkumpul dalam satu majlis selepas PRU 12 yang lalu. Masing masing telah membawa haluan mereka sendiri setelah melalui zaman pemerintahan Pak Lah. Jadi jemputan untuk menghadiri majlis berbuka puasa ini tidak dapat saya tolak untuk saya bertanya khabar blogger blogger pelopor yang telah  sama sama melalui proses pengkasaan jauh berbeza daripada apa yang blogger blogger masakini sedang lalui..


1. Tetamu kehormat Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof @ Mokhles memberi ucapan ringkas...
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8. Datuk Ahiruddin Attan aka Rocky Bru memberi ucapan balas
 9.
 10. Semua yang hadir balik dengan buah tangan berupa biskut raya istimewa dari Pejabat Perdana Menteri


Wednesday, 29 February 2012

Penguasaan Media Baru Amat Penting

Venue : Sunway Legend Hotel, Kuala Lumpur

Event : Perhimpunan Kebangsaan Pegawai-Pegawai Jasa 2012


Tarikh : 298/2/2012




KUALA LUMPUR 28 Feb. - Penguasaan media baharu amat penting dalam memastikan mesej-mesej mengenai dasar kerajaan dapat sampai kepada masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) juga adalah senjata utama untuk menangkis sebarang tohmahan pakatan pembangkang terhadap kerajaan.

"Sebanyak 16.7 juta orang atau 65 peratus rakyat Malaysia adalah pengguna Internet dengan 10 juta orang mempunyai akaun Facebook.

"Menerusi media sosial, kita perlu pacu minda orang ramai untuk menyuluh kebenaran dengan hujah akal bagi mempertahankan kerajaan dan dasar kita," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kebangsaan Pegawai-Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan dan Timbalannya, Datuk Abu Talib Harun.

Menurut Rais, adalah menjadi tanggungjawab Jasa untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai dasar-dasar kerajaan serta manfaat yang telah dibawa daripada pembangunan yang dilaksanakan.

"Kita mesti senaraikan satu persatu apa yang telah perjuangkan dan minta rakyat bersyukur serta mengenang budi kerana inilah jasa Barisan Nasional," katanya.

Katanya lagi, bagi memenangi hati masyarakat, tidak perlu segala fitnah dan tohmahan kerana hujah yang dibawa perlu berlandaskan kebenaran serta membawa pembaharuan yang menyeluruh. (www.utusan.com.my)

Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara adalah antara tetamu kehormat yang hadir


Thursday, 23 February 2012

Bloggers special sangat ke hingga tak boleh dikawal?

Venue : Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Event : Himpunan Bloggers bersama Ulamak dan Cendiakawan Islam

Tarikh : 18/2/2012


Bloggers tidak boleh dikawal dan kerajaan perlu mengambil pendekatan berbeza dari tindakan undang undang. Kerajaan perlu memujuk bloggers untuk bekerjasama dalam penulisan yang mengarah kesuatu matlamat. Dunia cyber tiada undang undang tidak sama dengan undang undang alam nyata - Kuda Kepang.

Pandangan saya. Masalah nya bloggers juga hidup dan membiak dialam nyata, jadi bagaimana keseimbangan dan keharmonian dapat dicapai? Setiap bloggers harus bertanggungjawab diatas segala penulisan dan pendapat yang mereka siarkan dalam blog masing masing sepertimana juga penulis penulis dan penerbit yang menerbitkan artikel mereka dalam bahan cetak dan penyiaran. 

Bloggers akan terdedah kepada berbagai macam bentuk sogokkan dan rasuah sekiranya tiada undang undang dapat mengawal penulisan mereka. Untuk buat duit bloggers cuma perlu buat penulisan yang mengugut dan mengancam sesuatu pihak. Lepas itu tunggu pihak yang berkenaan 'kau tim' dengan imbuhan tertentu... ini amat amat tidak sihat... Saya jemput perkongsian pandangan 





Sunday, 19 February 2012

Ulamak - Bloggers jangan lah menuduh tanpa bukti

Venue : Pan Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Event : Perhimpunan Bloggers bersama Ulamak dan Cendiakawan Islam

Tarikh : 18/2/2012


Bekas Mufti Perlis, Ustaz Dr Asri memberi ingatan akan balasan yang bakal menimpa kepada mereka yang suka memfitnah orang lain..





Ulamak - Bloggers londeh orang untuk ranking

Venue : Pan Pacific Hotel, Kuala Lumpur

Event : Perhimpunan Bloggers Bersama Ulamak dan Cendiakawan Islam

Tarikh : 18/2/2012

Bekas Mufti Perlis, Ustaz Dr Asri memberi ingatan kepada bloggers mengenai dosa dan pahala dalam penulisan blog. Jangan salahguna kemampuan menulis..