jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Tak lengkap kalau Najib atau Rosmah tidak menjadi sebahagian rencah ceramah Anwar Ibrahim. Rakaman berikut hanya lah sebahagian daripada koleksi yang saya ada...
Venue : Gelanggang Bolakeranjang, Pekan Rasa, Hulu Selangor
Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat
Date : 28/10/2012 @ 9.30 pm
Anwar ambil kesempatan menjawab bagi pihak kerajaan Selangor persoalan yang timbul dalam isu pembangunan hartanah Dolamite Park Avenue bersebelahan kompleks Kuil Batu Caves..
Venue : Pekan Felda Sg Tengi, Hulu Selangor, Selangor
Event : Jelajah Merdeka Rakyat
Date : 28/10/2012 @ 5.45 pm
Anwar yakin bekas pegawai kanan Polis sudah mula menyokong Pakatan Pembangkang. Yang terbaru ialah Musa Hassan. Bagaimanapun saya mendapat cerita yang berlainanan dar tuan punya badan sendiri...
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Pusing pusing salahkan TV3 beli rakaman mesyuarat. Soalannya siapa yang kata Guan Eng sombong, angkuh dan Tokong?. Samada beli, curi atau di beri salinan rakaman bukan menjadi isu.. Mansor sudah terjerat dan Guan Eng sudah pun tahu dengan jelas siapa musuh utama beliau dalam pentadbiran poliitik Pulau Pinang...
Venue : IbuPejabat Pemuda UMNO Malaysia, Tingkat 28, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur
Event : Sidang media mengenai demo bantahan terhadap "Innocence of Muslims" dan penghinaan terhadap Islam dan RasulAllah
Date : 20/9/2012 @ 10.30 am
Pemuda UMNO akan mengadakan himpunan bantahan terhadap provokasi yang menghina Islam dan RasulAllah SAW yang dilakukan oleh penerbit filem "Innocence of Muslims" dan juga penerbit sebuah majalah Peranchis. Perhimpunan yang akan dilakukan selepas Solat Jumaat akan turut disertai oleh sayap pemuda Gerakan, MIC dan MCA termasuk lah juga NGO seperti PERKASA dan Persatuan Silat Lincah Malaysia. Khairy manjangkakan kurang lebih 5,000 orang akan menyertai himpunan ini. Wanita UMNO juga akan turut menghantar delegasi mereka.
Event : Sidang media mengenai bantuan kemanusiaan Rohingya
Date : 19/9/2012 @ 2.30 pm
Ikuti penerangan oleh Datuk Azeez mengenai perubahan jadual dan cara penghantaran bantuan yang akan menggunakan kapal kommersial dan bukan nya kapal TLDM. Azeez baru saja pulang dari lawatan ke Myanmar selama 4 hari dan telah mendapat maklumat terkini dari pihak junta tentera disana dan telah dijanjikan kerjasama yang sepenuh nya oleh mereka.
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Event : Sidang media kepimpinan pakatan pembangkang
Date : 12/9/2012 @ 1.00 pm
SPR menjadi penentu samada Selangor terlibat dalam PRU 13. Mungkin juga Pulau Pinang pun akan ambil langkah yang sama... kita tunggu dan lihat, kalau PRU 13 diadakan dalam masa terdekat maka Selangor akan mengambil langkah drastik dengan berkecuali.. Tapi nampak gaya nya kepimpinan pakatan pembangkang memberi hak kata putus kepada Menteri Besar negeri negeri yang terbabit..
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Event : Sidang Media khas
Date : 12/9/2012 @ 1.30 pm
Apa kesalahan blogger Jiwa Paradox dengan menaikmuat video kejadian ke YouTube untuk tontonan umum? It could have been anyone. Apa conspiracy yang Nik Nazmi nak ajukan? Jiwa Paradox berpakat dengan bodyguard untuk dapat angle yang menunjukkan dia mengacukan pistol ????... Ini kena fikir diluar kekotak...
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara Selangor
Event : Sidang Media
Date : 4/9/2012 @ 10.00 am
Mantap dan padu sokongan yang diberikan Dr Xavier, Rafizi dan Nurul dengan hujah masing masing dalam isu sambutan ambang kemerdekaan di Shah Alam yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai tetamu VVIP. Najib pun tak punyai barisan pertahanan semantap ini...
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara Selangor
Event : Sidang Media
Date : 4/9/2012 @ 10.00 am
Malam sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dikhabarkan mendapat sambutan suam suam kuku dari masyrakat Selangor dan Shah Alam khususnya. Jumlah kehadiran yang dapat dipetik dari laporan internet ialah dalam lingkungan 3,000 orang sahaja.
EXCO Selangor, Dr Xavier mengamuk sakan kerana pasukan Polis dan tentera yang pada mula nya bersetuju mengambil bahagian dalam persembahan telah menarik diri pada saat akhir. Dr Xavier juga mendakwa PDRM tidak menyediakan khidmat kawalan keselamatan bagi pemimpin pemimpin negeri dan kawalan keselamatan bagi keseluruhan program sambutan kemerdekaan tersebut.
Yang pastinya majlis sambutan walaupun di kendalikan oleh SUK Selangor, tidak melibatkan Sultan Selangor dan lebih mirip kepada majlis parti politik sahaja. Anwar yang bukan menganggotai jemaah DUN dijemput menjadi tetamu VVIP dan diberi ruang untuk memberi ucapan sebelum ambang 31/8.
Persoalan nya, adakah wajar sekiranya PDRM dan ATM melakukan segala persembahan pancaragam dan kawat lintas bagi meraikan majlis yang tidak melibatkan Sultan Selangor sedangkan kedua dua entiti tersebut bernaung di bawah panji DiRaja ?.
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara Selangor
Event : Sidang Media
Date : 4/9/2012 @ 10.00 am
Kenyataan media mengenai serangan keatas Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah di sebuah masjid di Pumpong, Alor Setar dibacakan oleh Ketua Biro Penerangan Keadilan, Dr Mohd Noor Manuty
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Event : Sidang Media oleh Azmin Ali mengenai serangan keatas bas jelajah merdeka rakyat
Date : 1/9/2012 @ 11.30 am
Azmin mahu Hishamuddin dan parti pemerintah bertanggunjawab keatas keselamatan pemimpin pemimpin pembangkang..
KENYATAAN MEDIA
1 SEPTEMBER 2012
BUDAYA SAMSENG BERLELUASA:
SERANGAN KE ATAS BAS KEMPEN JELAJAH #merdekarakyat CUBAAN GAGALKAN KEMPEN KEADILAN
Jelajah #merdekarakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan pada 31 Ogos 2012 adalah satu inovasi politik yang dibawa KEADILAN. Ia bertepatan dengan citarasa dan tuntutan pembaharuan yang dibawa oleh rakyat. Sambutan hangat yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rombongan pimpinan KEADILAN yang bersama-sama menyertai jelajah tersebut di Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu semalam melambangkan kejayaan inovasi politik ini.
Malangnya, perkembangan sihat ini direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng sebagai jawapan kepada inovasi politik yang dibawa KEADILAN.
Pada jam 420 pagi semalam, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah.
Tinjauan awal petugas KEADILAN mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.
Jelasnya, serangan yang dibuat memang mensasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Berita serangan ini dimaklumkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail seawal jam 430 pagi dan satu laporan polis dibuat pada jam 514 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.
KEADILAN akan meneruskan Jelajah #merdekarakyat seperti yang dirancang dan rombongan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke Perak pula hari ini.
Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara.
Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Ini bukanlah kali pertama keselamatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan KEADILAN dan Pakatan Rakyat diancam. Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan KEADILAN dirosakkan.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diancam dan diganggu di Sembrong. Dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Saudari Nurul Izzah anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah KEADILAN.
Kereta Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan di Kota Bharu dan banyak tempat lain yang beliau kunjungi.
Walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan. Rakyat juga masih menunggu-nunggu reaksi dari Dato’ Seri Najib Tun Razak yang wajib mengutuk keras budaya samseng sebegini yang mencemarkan arena politik negara.
Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat. Ia seolah-olah satu galakan terus dari Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini.
Menjelang pilihanraya umum ke-13, saya yakin serangan akan meningkat dan KEADILAN akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional.
Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Event : Sidang media mengenai kejadian tembak rambang oleh Polis sehingga menyebabkan kematian Dinesh Dermasena
Date : 27/8/2012 @ 11.00 am
Suatu tuduhan serius keatas Hishamuddin , KDN dan PDRM
1. PDRM menyembunyikan cerita sebenar dalam kes tembak mati Dinesh Darmasena
2. PDRM menggunakan tektik menakut nakutkan dan menggertak para saksi kejadian tembakan
3. Hishamuddin mengarahkan kejadian kejadian sebegini kerana tertekan dengan dakwaan peningkatan kadar jenayah. Jadi dengan menembak 'penjenayah' seolah olah menunjukkan bahawa beliau telah melakukan sesuatu.
2. Tunang Dinesh, M.Yugeswari dan bapa Dinesh, Darmasena (69 tahun). Dinesh dan Yugeswari dijadualkan melangsungkan perkahwinan mereka bulan depan..Yang duduk diantara bapa dan tunang Dinesh ialah abang sulong beliau, Mohamad Arman Abdullah bersama isteri yang bertudung disebelah nya..
3. Ibu Dinesh, Florence mahukan keadilan ..
4. Kakak dan abang Dinesh, Sharon dan Ranjen
5. Rakan Dinesh dan juga saksi penting, Y.Ilavarasen
6. Rakan Dinesh, Moses Ganesan memberi keterangan sebagai saksi
7. Kesan tembakan yang menembusi kepala Dinesh... masuk melalui bawah telinga kanan dan keluar melalui bawah telinga kiri...
1/15 Solat Sunat Edil Fitri tahun ini bermula pada jam 9.00 pagi
2. Selepas solat beramai ramai menziarah tanah perkuburan yang terletak di hadapan masjid
3.
4. Tiba giliran untuk memberi duit raya kepada bonda tersayang
5. Siapa yang dah balik bergambar dulu, yang sampai kemudian kena ikhtiar sendiri sendiri lah...:)
6.
7. Udeen bergaya dalam rumah "keras"... siang siang hari berani laaaa....
8.
9.
10. Kebakaran lalang dikawasan lapang rumah jiran
11.
12.
13.
14. Dengar cerita ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming (DAP) tidak akan bertanding mempertahankan kerusi beliau pada PRU13 akan datang. Alasan nya beliau bukan orang tempatan. Calun lain akan diketengahkan. Ms Koh Ser Yun (MCA) berkemungkinan akan menjadi calun yang akan mewakili BN bagi DUN Pantai Remis. Dari maklumat masyarakat tempatan, Ms Koh sudah kelihatan kerap turun padang melawat pengundi untuk memperkenalkan diri sejak beberapa bulan yang lalu...