jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Pengakuan Tun Dr Mahathir bahawa beliau telah berkali kali menegur Najib Rzak mengenai pemberian BR1M tetapi teguran beliau tidak diendahkan. Tun Dr Mahathir jelas kecewa dengan cara populis yang hanya bertujuan untuk mengambil hati pengundi tetapi tidak membantu rakyat meningkatkan keupayaan mereka untuk berdikari
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 serta i-BR1M yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini akan terus membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat di negara ini.
Sikap prihatin kerajaan memastikan golongan yang memerlukan bantuan diberi perhatian sewajarnya terutama dengan menyediakan 'jaring' ketika kos sara hidup di negara ini kian meningkat harus dipuji.
Selain membuktikan slogan 'janji ditepati' bukan sekadar slogan semata-mata, kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik melihat pemberian BR1M dan i-BR1M itu memberi mesej yang jelas bahawa teras perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah membela rakyat...
Bekas penjawat awam, Imam Hoslan Hussin (imam baling selipar) penyokong tegar PAS yang telah turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demo setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina mahkamah, kini telah pun insaf dan bersyukur menerima BR1M. Setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen baru-baru ini, beliau telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara. Kalau google kronologi cerita pasal imam selipar ini memang banyak.