KENYATAAN AKHBAR JATI MENGENAI KENYATAAN
BIADAB
YB NGEH KOO HAM DALAM ISU MURTAD
Mewakili
JATI, saya ingin memberi komenter hadap kenyataan biadab yang
dibuat oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham mengenai masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan
kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama atau pun murtad. YB Ngeh telah
mengemukakan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada kenyataan
yang dikeluarkan itu.
Dalam
penelitian kami, YB berkenaan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang
bukan sahaja bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan tetapi lebih daripada
itu, beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat
Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan.
JATI
menganggap YB tersebut :
a.
Gagal memahami semangat peruntukan Perlembagaan terhadap maksud sebenar Artikel
11. Artikel ini hendaklah turut dibaca bersesekali dengan Fasal(4) dan(5) dalam
mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya
sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut.Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang
keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi
undang-undang untuk mendedah kan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang
membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka. Selain daripada itu Enakmen-Enakmen
Negeri perlu juga di ambil kira dalamana Enakmen-Enakmen tersebut dirangka selari
dan serasi dengan peruntukan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kes-kes
pemurtadan tidak akan berlaku dikalangan masyarakat Islam.
b.
Kelihatan YB Ngeh begitu jahil walau pun telah lama bercampur dengan masyarakat
Islam. Beliau sepatutnya telah menyedari bahawa di dalam Islam murtad merupakan
kesalahan Jenayah Syariah di antara yang paling besar dan berat dengan menyediakan
hukuman yang setimpal bagi mereka yang berhasrat untuk melakukannya.
c.
Sebagai pemimpin yang mewakili sebahagian besar rakyat berbilang kaum, adalah tidak
wajar bagi YB berkenaan memain danmemutar belitkan peruntukan Perlembagaan dengan
membuat tafsiran sendiri. Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan,
Enakmen Negeri dan yang paling penting pandangan beliau bertentangan dengan kefahaman
masyarakat Islam mengenai isu tersebut. Pandangan beliau juga yang semesti nya beliau
mengetahui adalah bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang menjadi asas utama
sistem Perundangan Islam.
d.
YB Ngeh kelihatan seperti seolah-olah ingin terus mencabar kesabaran umat Islam
dan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. JATI tidak nampak kenyataan
YB Ngeh itu memberi apa-apa nilai positif terhadap perhubungan antara rakyat
yang berlainan agama, keturunan dan fahaman politik di Negara ini.
e.
Kenyataan YB Ngeh juga dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan tuntutan
COMANGO yang menjadi “musuh” nyata kepada umat Islam Negara ini. Dibimbangi antara
mereka mempunyai strategi yang lebih jauh untuk melobi diperingkat antarabangsa
untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada tuntutan
hak asasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara kita.
Jelas
kelihatan bahawa gesaan dan tuntutan seperti ini bukan sahaja digerakkan melalui
pertubuhan dan kesatuan seperti COMANO dan lain-lain NGO yang bersekutu dengan mereka
tetapi di sana sini seolah-olah telah tertanam beberapa individu yang akan mengemukakan
hujah-hujah yang tidak dapat tidak akan membakar semangat perkauman dan mencetuskan
pergolakan antara agama yang sudah tentu menimbulkan malapetaka kepada Negara
dan rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.
Pihak-pihak
yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang
sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini
oleh rakyat. Malangnya,hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang
boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu
begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.
Akhirnya,
demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini, JATI berpandagan YB Ngeh Koo Ham
perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka
kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian,
JATI ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau
tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil
keatas beliau sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.
YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
Presiden
JATI Malaysia
TTDI
KL
12
JUN 2014
Ni puak2 x sedar diri yg menumpang kt msia ni jgn bg muka, org2 islam melayu pun ad yg x sdr diri. Ulamak2 pas pis pus hanya membisu je. Sbb knp, demi undi. Bodoh, undi letaknya lbh tinggi dr agama. Bila nk pilihanraya je mula main hukum hudud, tu semua retorik. Nk buat, buat je, insyallah kami org islam akn sokong hukum allah ni. Jgn byk alasan dan tuduh menuduh kata umno x sokong. Dlm islam pun dah bgtau, jgn jd munafik bila berjanji harus d kota. Mana lebai2 pas pis pus...mana? Jgn kita rasa dh terlalu islam sgt smpi org lain semua x btl. Takut2 d padang masyar, mereka ni la org barisan oaling depan utuk masuk neraka. Ingat2 la.
ReplyDeletewhoah this blog is fantastic i love studying your posts.
ReplyDeleteStay up the good work! You realize, a lot of persons are searching round
for this info, you could help them greatly.
Review my blog post :: cadeau ()