Showing posts with label kurang ajar. Show all posts
Showing posts with label kurang ajar. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

Lelaki biadab terhadap Najib kaki arak yg diupah

Lokasi : Pejabat UMNO Bhgn PJ Selatan, Taman Datuk Harun, PJ

Acara : Sidang media membantah sikap biadap terhadap Perdana Menteri Malaysia



Tarikh : 9/10/2014


Ikuti mesej khas dalam bahasa Tamil oleh Naib Ketua UMNO Bahagian PJS, Abdul Mutalif Abdul Rahim


Updated 12/10/2014 @ 3.18 pm

Ini terjemahan yang saya baru terima dari Datuk Abdul Mutalif

"Kau ni ada Otak tak Dah laa Tua.... Takan kau tak belajar Adap & Beradap. ..? Ini Ngra Malaysia ada berbilang kaum... Bab tu laa kmi semua bersatu dan Mengutuk sekeras keras nya.... Kebiadapan kau ni Terhadap PM kita yg di Hormati. ... klu tak puas Hti buat laa dgn cra Deplomasi. ... Ini Ngra Demokrasi Jdi apa masalah kau...... "


1
 2


Wednesday, 8 October 2014

Perbuatan keterlaluan biadap terhadap Najib Razak

Lokasi : Jalan masuk utama ke bangunan Parlimen, Kuala Lumpur


Tarikh : 8/10/2014


Manusia biadap ini sudah kelihatan dimerata demonstrasi sekitar Kuala Lumpur dan begini lah cara beliau menarik perhatian. Apa isu yang dia bawa saya tak mahu ambil peduli pasal perlakuan biadap dan kurang ajar beliau keatas Perdana Menteri Malaysia. Kalau lebih lama saya tunggu dilokasi kemungkinan bangsat ini akan menjamah selipar yang dia gunakan..





Wednesday, 16 July 2014

Khalid Samad biadab dimurkai Sultan Selangor

Lokasi : Masjid Pekan Sepang, Sepang, Selangor

Acara : Iftar bersama Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah dan perasmian Masjid Pekan Sepang

Tarikh : 15/7/2014


 Ikuti nasihat dan peringatan Tuanku Sultan Selangor kepada umat Islam / Melayu mengenai perpaduan ketika bertitah dalam majlis perasmian Masjid Pekan Sepang. Ikuti juga luahan perasaan teramat murka beliau kepada Ahli Parlimen Shah Alam yang terlalu biadab dalam membicarakan urusan MAIS yang dibawah pentadbiran Istana Selangor. 

Tuanku Sultan Selangor berpesan kepada Khalid Samad supaya jangan menunjuk-nunjuk sangat sikap BIADAB dan JAHIL beliau apabila membicarakan isu berkaitan kuasa Tuanku dan peranan MAIS sebagai penasihat kepada Tuanku..



1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Friday, 13 June 2014

Ngeh Khoo Ham terlalu biadab dalam isu murtad


KENYATAAN AKHBAR JATI MENGENAI KENYATAAN BIADAB
YB NGEH KOO HAM DALAM ISU MURTAD
  
Mewakili JATI, saya ingin memberi komenter hadap kenyataan biadab yang dibuat oleh YB Datuk Ngeh Koo Ham mengenai masyarakat Islam sepatutnya memberi laluan kepada orang-orang Islam yang mahu menukar agama atau pun murtad. YB Ngeh telah mengemukakan Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai asas kepada kenyataan yang dikeluarkan itu.

Dalam penelitian kami, YB berkenaan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bukan sahaja bertentangan dengan semangat peruntukan Perlembagaan tetapi lebih daripada itu, beliau seolah-olah sengaja tidak mahu memahami darjah sensitiviti masyarakat Islam terhadap isu-isu sensitif yang beliau pernah kemukakan.

JATI menganggap YB tersebut :

a. Gagal memahami semangat peruntukan Perlembagaan terhadap maksud sebenar Artikel 11. Artikel ini hendaklah turut dibaca bersesekali dengan Fasal(4) dan(5) dalam mana kebebasan memilih dan menganut mana-mana agama bagi orang Islam sebenarnya sudah dilindungi oleh peruntukan tersebut.Masyarakat Islam bukan sahaja dilarang keras untuk menukar agama atau murtad malah adalah menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedah kan kepada masyarakat Melayu perkara-perkara yang membawa kepada mereka meninggalkan agama asal mereka. Selain daripada itu Enakmen-Enakmen Negeri perlu juga di ambil kira dalamana Enakmen-Enakmen tersebut dirangka selari dan serasi dengan peruntukan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kes-kes pemurtadan tidak akan berlaku dikalangan masyarakat Islam.

b. Kelihatan YB Ngeh begitu jahil walau pun telah lama bercampur dengan masyarakat Islam. Beliau sepatutnya telah menyedari bahawa di dalam Islam murtad merupakan kesalahan Jenayah Syariah di antara yang paling besar dan berat dengan menyediakan hukuman yang setimpal bagi mereka yang berhasrat untuk melakukannya.

c. Sebagai pemimpin yang mewakili sebahagian besar rakyat berbilang kaum, adalah tidak wajar bagi YB berkenaan memain danmemutar belitkan peruntukan Perlembagaan dengan membuat tafsiran sendiri. Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan, Enakmen Negeri dan yang paling penting pandangan beliau bertentangan dengan kefahaman masyarakat Islam mengenai isu tersebut. Pandangan beliau juga yang semesti nya beliau mengetahui adalah bertentangan dengan Al Quran dan Sunnah yang menjadi asas utama sistem Perundangan Islam.

d. YB Ngeh kelihatan seperti seolah-olah ingin terus mencabar kesabaran umat Islam dan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian. JATI tidak nampak kenyataan YB Ngeh itu memberi apa-apa nilai positif terhadap perhubungan antara rakyat yang berlainan agama, keturunan dan fahaman politik di Negara ini.

e. Kenyataan YB Ngeh juga dilihat mempunyai ciri-ciri persamaan dengan tuntutan COMANGO yang menjadi “musuh” nyata kepada umat Islam Negara ini. Dibimbangi antara mereka mempunyai strategi yang lebih jauh untuk melobi diperingkat antarabangsa untuk memberi tekanan berterusan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada tuntutan hak asasi yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara kita.

Jelas kelihatan bahawa gesaan dan tuntutan seperti ini bukan sahaja digerakkan melalui pertubuhan dan kesatuan seperti COMANO dan lain-lain NGO yang bersekutu dengan mereka tetapi di sana sini seolah-olah telah tertanam beberapa individu yang akan mengemukakan hujah-hujah yang tidak dapat tidak akan membakar semangat perkauman dan mencetuskan pergolakan antara agama yang sudah tentu menimbulkan malapetaka kepada Negara dan rakyat yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan.

Pihak-pihak yang berwajib perlu meneliti kenyataan-kenyataan dan gesaan-gesaan yang sedemikian agar setidak-tidaknya wujud mekanisme pencegahan yang boleh diyakini oleh rakyat. Malangnya,hingga kini kelihatan seolah-olah ada pihak-pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang sensitif seperti ini dan dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan yang diambil oleh mereka yang berautoriti.

Akhirnya, demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini, JATI berpandagan YB Ngeh Koo Ham perlu segera menarik balik kata-kata beliau tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Islam di Negara ini. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, JATI ingin membuat cabaran kepada YB Ngeh agar tampil mengulangi kenyataan beliau tersebut di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil keatas beliau sesuai dengan darjah keseriusan kenyataan yang telah dikeluarkan itu.


YB DATO DR HASAN BIN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL

12 JUN 2014


Thursday, 13 March 2014

N25 Kajang - Azmin Ali memang ANJING belaaan Anwar Ibrahim

Lokasi : Jalan Cuepacs 5, Taman Cuepacs, Cheras, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Pentas Politik

Tarikh : 12/3/2014


Kalau Azmin Ali dah mula tunjuk sikap tidak hormat kepada Presiden UMNO, ianya hanya menunggu masa jaguh dari sebelah UMNO / BN pula menjawab lontaran yang dibuat beliau. Ini jawapan pertama yang dirakam dari Zahid Md Arip, mantan Naib Ketua Pemuda Keadilan Pusat, yang menerajui TIBAI (Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim) sebagai Mursyidul Am.

Apa lagi...? Nak dibaraikan semuanya di Kajang ? Ada lagi benda baru yang belum diketahui ramai ke ? Atau hendak dihenjut isu lama sehingga rabak musnah segalanya di Kajang ?
Mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain dan mereka-mereka ini lah yang bakal mencorak rentak dan dan paluan gendang barisan kempen masing-masing. 


1
 2
 3
 4
5 


N25 Kajang - Kebiadaban melampau atau cuma ekspresi pentas politik ?

Lokasi : Bilek gerakan utama Keadilan, Kg Sekmat, Kajang

Acara : Majlis perasmian bilek gerakan

Tarikh : 7/4/2014


Wajar kah seorang Timbalan Presiden parti politik memanggil Presiden sebuah parti politik yang lain sebagai haiwan ?? Its getting too much tak ??




Saturday, 15 February 2014

McD cuba tumpang kehangatan isu kangkung ?

Lokasi : Kg Pandan, Kuala Lumpur


Tarikh : 13/2/2014 @ 1.30 pm


Mereka cuba mengkomersialkan dan menumpang kehangatan isu kangkung tetapi terpaksa menarik balik iklan tersebut dengan alasan terdapat 'miscommunication' antara ibupejabat dan rangkaian mereka. Agak melucukan bagi sebuah organisasi besar seperti McDonald melakukan kesilapan sebegini. Adakah ianya satu 'damage-control' yang cuba dilakukan setelah mendapat pelbagai reaksi negatif dan bantahan dari pelbagai NGO terhadap isu kangkung ?


Rahimuddin Md Harun jurucakap PEWARIS menunjukkan versi McD NGO Melayu siap dengan cili hijau simbolik 'siapa makan cili dia terasa pedas'

Ini iklan asal McD


Friday, 14 February 2014

Sikap 'Sikit kasi banyak minta' menjengkelkan

Lokasi : Kg Pandan, Kuala Lumpur


Tarikh : 13/2/2014 @ 1.30 pm


Sikap 'sikit kasi banyak mintak' oleh Cina Chauvanist menjengkelkan. Orang Melayu sudah merasa cemas dan mula hilang kesabaran.



NGO Melayu bertindak balas keatas provokasi

Lokasi : Kg Pandan, Kuala Lumpur


Tarikh : 13/2/2014 @ 1.30 pm



NGO Melayu bertindak balas setelah pelbagai provokasi dilakukan oleh pelampau politik
yang rata-rata terdiri dari Cina Chauvanist yang menyentuh Bahasa Melayu, agama Islam,
Sultan dan Raja-Raja Melayu dan yang terbaru kepimpinan Melayu di negara ini.





TAWARAN MENAMPAR Teresa bukan satu UGUTAN

Lokasi : Kg Pandan, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media PEWARIS dan NGO Melayu

Tarikh : 13/2/2014 @ 1.30 pm


Tawaran menampar Teresa bukan lah satu ugutan jenayah oleh NGO Melayu yang membuat tawaran tersebut minggu lepas... Ikuti penerangan penuh oleh peguam Sdr Khairul Azam dari Messrs Azam Aziz & Co.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8  Datuk Nadzim Johan, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia
 9
 10  Sdr Khairul Azam, Peguam Messrs Azam Aziz & Co

Tuesday, 21 January 2014

Tidak mustahil 13 Mei berulang lagi

Lokasi : Ibupejabat PERKASA, Jalan Lumut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengenai Jawatankuasa Khas Kabinet Bagi Mengkaji Kos Sara Hidup Rakyat

Tarikh : 20/1/2014  @ 3.00 pm


Tidak mustahil 13 Mei berulang lagi sekira nya rakyat Malaysia yang majmuk tidak dapat hidup saling hormat menghormati antara sama lain sehingga kan Perdana Menteri pun tidak dihormati. Seperti ditegaskan oleh Zahid Md Arip PERKASA tidak mahu peristiwa berdarah 13 Mei berulang lagi tetapi ianya boleh berulang kembali kalau ada pihak-pihak yang sengaja memainkan isu perkauaman dan isu-isu sensitif dan melaga-lagakan rakyat bagi kepentingan sempit mereka. 





UMNO HQ nampak macam beruang tapi berjiwa tikus

Lokasi : Ibupejabat PERKASA, Jalan Lumut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengenai Jawatankuasa Khas Kabinet Bagi Mengkaji Kos Sara Hidup Rakyat

Tarikh : 20/1/2014  @ 3.00 pm


Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah keatas Tian Chua menjadikan UMNO dilihat lembik dan membuka pintu bagi tindakan kurang ajar dan biadab oleh pihak lawan. Kemelut kangkung menjadi contoh terbaru. Bak kata Zahid.. "ibupejabat UMNO di lihat macam Beruang tapi berjiwa Tikus..."





Saturday, 10 November 2012

Melayu muda sudah semakin kurang ajar

Venue : Pekan Cembung, Rembau, Negeri Sembilan

Event : Ceramah Isu Isu Semasa

Date : 9/11/2012 @ 9.30 pm


Komen Zahid mengenai gejala masa kini yang melanda anak muda Melayu di negara ini. Mereka semakin liar dan kurang ajar. Apakah gejala terpengaruh dengan hasutan politik menjadi salah satu penyebab utama?




Monday, 3 September 2012

Wira PERKASA bantah perbuatan kurang ajar Janji Bersih

Venue : Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Event : Laporan Polis oleh Wira Perkasa keatas penganjur Himpunan Janji Bersih

Date : 2/9/2012 @ 4.30 pm


Kenyataan media disampaikan oleh Irwan Fahmi, Ketua Wira PERKASA


1.
 2.
 3.
 4.
 5.


Tuesday, 17 April 2012

Isu kurang ajar - Khalid to the rescue?



KENYATAAN AKHBAR
SELASA, 17 APRIL 2012

MENTERI BESAR SEDIA MENGHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG PERJELAS KEDUDUKAN SEBENAR





Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah di Balairong Seri, Istana Negara pada 11 April lalu telah berlangsung dengan penuh adat istiadat.

Semua jemputan yang menghadiri istiadat itu hadir dengan penuh  hormat takzim ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat berpayung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Dato’ Menteri Besar Selangor, saya berpeluang menghadiri dua acara utama iaitu Istiadat Pertabalan dan Majlis Santapan Diraja yang kedua-duanya berlangsung di Istana Negara.

Saya secara peribadi telah mengenali Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sulta Badlishah, sebelum saya dilantik ke jawatan Dato’ Menteri Besar Selangor. Duli Tuanku sangat terkenal dengan sikap merendah diri, mudah mesra dan mengambil berat hal ehwal rakyat jelata.

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan melibatkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang turut hadir pada Istiadat Pertabalan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesar bagi tujuan politik. Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan Pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

Oleh itu, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk  menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi memperjelas kedudukan sebenar ke bawah Duli Tuanku.


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


P.S - Kalau isu ni selesai adakah Azmin Ali akan terhutang budi dengan Khalid Ibrahim?

Saturday, 14 April 2012

Demo PTPTN - Perbuatan Melampau dan Kurang Ajar

Venue : Depan pusat perniagaan SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur

Event : Demonstrasi mendesak penghapusan PTPTN

Date : 14/4/2012 @ 3.00 pm


Perbuatan melampau dan tidak berfikiran jauh. Akibat jangka panjang yang tidak mungkin terfikir oleh "kanak kanak" yang mengikut nafsu atau dipengaruhi oleh mereka mereka yang mempunyai kepentingan politik. Amat hina dan tidak masuk akal bagi mereka "mengarwahkan" kedua dua tokoh politik dan pemimpin tanah air. Tontonilah video klip ini dan buatlah penilaian anda sendiri mengenai kumpulan "kanak kanak" yang cuba menjadi "pressure group" utama di-negara ini... 


1.
 2. Nurul Izzah dengan penuh keterujaan memberi perakuan melihat kalungan bunga di potrait Najib dan Khalid.. 
 3.
 4. 'Master' demonstran Tian Chua, memberi kata ransangan kepada pendemo-pendemo muda yang baru nak belajar turun ke-jalan...