Showing posts with label faekah. Show all posts
Showing posts with label faekah. Show all posts

Monday, 8 October 2012

Majlis Pimpinan Negeri hilang sabar desak Faekah dipecat

Venue : Pejabat PKR Selangor, Pusat Perdagangan Dana 1, Petaling Jaya

Event : Sidang Media oleh Majlis Pimpinan Negeri Selangor

Date : 8/10/2012 @ 10.00 am

 
Disebabkan tak tahu adab permaianan dalam parti, Setiausaha Politik kepada Khalid Ibrahim hari ini telah didesak untuk meletak jawatan atau di berhentikan oleh Khalid Ibrahim sendiri. Faekah baru baru ini telah dengan terbuka mengkritik Timbalan Presiden Keadilan, Sdr Azmin Ali berhubung komen beliau mengenai kedudukan MB selepas PRU 13 nanti...


1.
 2.


Friday, 29 June 2012

Kak Wan enggan layan soalan mengenai Faekah

Venue : Media center, PKR HQ, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 29/6/2012 @ 11.30 am


Pagi ini Kak Wan mengadakan sidang media beliau sendiri untuk mendesak KDN dan PDRM memberi maklumbalas terhadap rungutan rakyat berkaitan jenayah. Meskipun angka rasmi kerajaan menunjukkan indeks jenayah menurun sebanyak 11.1% pada tahun 2011 dan kadar jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7%, terdapat permintaan yang mendadak kepada sistem kejiranan berpagar. Ini menunjukkan rakyat secara umumnya tidak berasa selamat dengan persekitaran tempat mereka tinggal.

Kejadian ragut di Mid Valley yang melibatkan guru berusia 51 tahun dan penculikan kanak kanak warga Belanda, Nayati Moondiar di sebut sebagai contoh.

Di sesi soal jawab, Kak Wan dengan diplomasi beliau tersendiri mengelak dari menjawab persoalan mengenai kemelut PKR Selangor yang melibatkan Faekah dan Khalid Ibrahim.



Monday, 9 April 2012

Amokan FAEKAH keatas Khir Toyo


KENYATAAN MEDIA
8 APRIL 2012

KHIR TOYO, TAK TAHU TANYA, JANGAN BODOH SOMBONG.



Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil. (Tulisan Dr Khir mengenai isu Geran Selangorku boleh dirujuk di SINI )

Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;

Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset. Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.

Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong. Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong menuduh orang lain menipu.  Sikap Khir yang suka ponteng Dewan, menjadikannya begitu naïf dengan program-program yang berada dalam ruang lingkup Geran Selangorku.  Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.  Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas. Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog di blog.

Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk belia, wanita termasuklah program keusahawanan. Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat  tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.

Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Dato’ Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor. Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.

Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.

Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB,  tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan. Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan. Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan.
   
Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.  

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR


P.S - Nampak gayanya Faekah masih lagi berperanan dalam Pejabat MB Selangor, contrary to the earlier news I heard of her being asked to vacate her office by PKR's Political Bureau.. Pl refer to PR-Betul ke Faekah Akan di Pecat?



Friday, 16 March 2012

PR - Betul ke Faekah akan di pecat?


Semalam semasa menghadiri sidang media oleh Ronnie Liew, saya telah diberitahu oleh kenalan saya di  Pejabat MB bahawa Biro Politik PKR yang bermesyuarat minggu sudah dengan sebulat suara telah meluluskan usul untuk meminta Menteri Besar Selangor menamatkan khidmat Cik Faekah sebagai Setiausaha Politik.

Alasan yang diberitahu kepada saya ialah Cik Faekah ini terlalu gemar mencampuri segala urusan yang tiada kena mengena dengan tugasan beliau sebagai Setiausaha Politik. Semenjak beliau menjawat jawatan tersebut pelbagai pihak telah 'dipaksa' tunduk dan menurut arahan beliau. Antaranya pengurusan TV Selangor sehingga menyebabkan pengurusan kanan berhenti dan membawa keluar hampir sepertiga kakitangan nya keluar. Badrul Amin yang diminta memberi perincian segala perbelanjaan aktiviti beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor sehingga menyebabkan Badrul 'menyentap' dan menyepikan diri seberapa ketika. Semua ini dilakukan diluar bidang tugasan beliau. Beliau dianggap terlebih sudu dari kuah.

Tapi yang panas sekali ialah Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor yang terpaksa melaporkan segala perbelanjaan pejabat Penasihat kepada Faekah. Bajet semua mesti mendapat kelulusan melalui Faekah. 

Semasa mesyuarat Biro Politik saya difahamkan bahawa Kak Wan keberatan hendak meluluskan usul tersebut tetapi akur setelah didesak oleh Anwar yang begitu imosional sehingga mengeluarkan hamburan ayat yang tidak berapa enak kepada Faekah. 

Apakah perjalanan pengurusan Pejabat Menteri Besar akan bertambah cekap dan effisien setelah Faekah dipecat? Adakah ini komplot untuk mengasingkan dan menghakiskan terus kuasa Khalid sebagai Menteri Besar? Banyak persoalan yang bermain difikiran saya setelah mendapat berita ini.

Apa yang anda semua terfikirkan??




Friday, 10 February 2012

Khir Toyo - Siapa itu Faekah ?

Venue : Glenmarie, Shah Alam, Selangor

Event : Sembang petang

Tarikh : 9/2/2012 @ 2.30 pm


Isu air Selangor boleh diselesaikan sekiranya kerajaan Selangor tidak mendesak untuk terlibat dalam urusan pembinaa infastruktur yang diuruskan oleh kerajaan pusat. Siapa itu Faekah? Adakah beliau berpengalam dan layak memberi komen dalam bidang pengurusan dan pentadbiran negeri??