jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Video ini mengandungi pandangan mantan Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri mengenai kemelut isu pemecatan Chief Editor Harakah bersama 2 wartawan kanan yang lain seperti yang tersiar dalam Isu HARAKAH - Mustafa Ali 'disumpah' PAS Batu
Ustaz Hassan merasakan bahawa pemecatan 3 individu tersebut adalah tepat dan wajar kerana mereka bertiga telah menyalah gunakan lidah rasmi PAS untuk mengenepikan kepimpinan ulamak dan lebih mementingkan kelompok atau individu yang pro-Anwar. Pemecatan perlu untuk menyelamatkan jemaah.
Lokasi : Markas Tarbiyah, Kg Banda Dalam, Gombak, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media PAS Kawasan Batu mengutuk pemecatan wartawan Harakah
Tarikh : 8/1/2015
Video 1 mengandungi :
Kenyataan media penuh oleh YDP PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin .
Ringkasan
1. menyatakan rasa tidak puas hati PAS Batu dengan keputusan pemecatan 3 wartawan Harakah - Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah), Tarmizi Mohd Jam (Pengarang) dan Roslan Hamid (Pengarang)
2. menganggap tindakan pemecatan tersebut sebagai perbuatan biadap dan zalim
3. tidak beretika bagi pengurusan PAS untuk mendesak Ahmad Lutfi letak jawatan atas alasan "Medical Board"
4. Pengurusan PAS yg sering melaungkan mereka pemimpin jemaah Islam telah merosakkan Islam dengan perbuatan yang mengaibkan ini. Mereka yang terlibat harus disingkirkan dari jawatan
5. adakah 3 wartawan tersebut menjadi mangsa kepada kemelut dalaman PAS ?
6. pemimpin PAS yang zalim akan mengakhiri kehidupan mereka dalam penuh keaiban
7. setiap aksi pasti akan ada reaksi
Video 2 mengandungi
1. Pengesahan PAS Batu bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan dari pengurusan PAS kerana 'meletupkan' isu Harakah
2. PAS Batu menentang kezaliman dalam pengurusan Harakah
3. Keputusan memecat Ketua Pengarang telah dibuat lama tetapi Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kayat tidak sampai hati menyampaikan keputusan tersebut kepada Ahmad Lutfi.
4. Mustafa Ali lah yang telah memutuskan pemecatan 3 wartawan yang terbabit.
5. "Sumpahan" PAS Batu kepada Mustafa Ali... pemimpin yang zalim akan mengakhiri kehidupan mereka dalam keaiban.
Venue : Felda D'Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Event : Sidang media oleh Dato' Ahmad Maslan
Date : 4/10/2012 @ 11.30 am
KENYATAAN AKHBAR
OLEH Y.B DATUK HAJI AHMAD HAJI MASLAN
MENJAWAB ISU-ISU
FITNAH PEMBANGKANG TENTANG FELDA
FELDA sering dijadikan
sebagai “Punching Bag” oleh pihak tertentu khususnya Pembangkang dengan
pelbagai tohmahan dan tuduhan untuk menjatuhkan hasrat murni Kerajaan membangunkan
FELDA. Antara tohmahan dalam media-media Pembangkang seperti dinyatakan oleh
Mazlan Aliman (Pengerusi Persatuan Anak) dalam Harakah pada 10 September 2012
bertajuk ‘400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting’, Suara Keadilan pada 25
September 2012 bertajuk ‘Dividen Interim Langgar Prosedur’, kenyataan media
oleh Dr. Rosli Yaakob dalam Harakah bertarikh 14 September 2012 bahawa
‘Penyenaraian membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada FELDA dan
FGV’, Mazlan Aliman dalam Suara Keadilan pada 25 September 2012 menyatakan
‘KWSP Selamatkan FGVH?’ dan
lain lain. Sehubungan itu, kenyataan akhbar ini bertujuan untuk menangkis
tohmahan-tohmahan berkenaan.
1.‘400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting’
Semasa
proses pra-IPO, telah disahkan bahawa tiada saham telah diperuntukkan kepada
Genting Bhd. Selepas penyenaraian, setelah saham didagangkan di pasaran
terbuka, mana-mana orang/pihak tempatan atau asing yang “sah” dibenarkan untuk
membeli saham. Apabila saham yang diniagakan di pasaran terbuka, aliran dana
adalah di antara penjual dan pembeli saham,
tidak melibatkan FGV.
Mengikut
peraturan Bursa Malaysia, mana-mana pemilikan baru saham yang melebihi 5% perlu
diumumkan melalui laman Pengumuman Bursa Malaysia. Sekiranya Genting Bhd memiliki
12% saham dalam FGV, Genting perlu memfailkan notis pemilikan saham melebihi 5%
kepada FGV dan FGV akan mengumumkan pemilikan saham tersebut. Walau
bagaimanapun, sehingga kini tiada notis yang difailkan oleh Genting kepada FGV.
Sehingga
kini, pemegang saham tawaran awam umum (melebihi 5%) masih dipegang oleh
institusi-institusi seperti berikut;
NAMA
BIL SAHAM
% PEGANGAN
SAHAM
FELDA (Tabung Amanah Peneroka)
729,629,800
20.00
Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd
620,185,800
17.00
Lembaga Tabung Haji
283,797,300
7.78
Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP)
252,780,600
6.93
Employees Provident Fund Board (KWSP)
273,378,670
7.49
Negeri Pahang
182,407,575
5.00
Negeri Sabah
182,407,575
5.00
Qatar Holdings
87,555,636
2.40
Koperasi Permodalan FELDA (KPF)
25,537,060
0.70
Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT)
14,592,606
0.40
Negeri Perak
14,592,606
0.40
Negeri Terengganu
10,944,454
0.30
Negeri Sembilan
7,296,303
0.20
Petugas Kumpulan FELDA
9,121,200
(anggaran) 2.50
Peneroka
9,121,200
(anggaran) 2.50
Jumlah
2,703,348,385
78.6
2.Dividen Interim Langgar Prosedur
Mengisytiharkan dividen interim sepanjang mana-mana
tahun kewangan atau sebelum akhir mana-mana tahun kewangan adalah dibenarkan
oleh Bursa Malaysia. Ia merupakan amalan biasa di kalangan syarikat-syarikat
yang disenaraikan. Juga tiada sekatan yang dikenakan ke atas syarikat yang baru
disenaraikan untuk mengisytiharkan dividen interim. Dalam kes FGV,
pengisytiharan dividen interim 2012 yang meliputi tarikh pembayaran, kelayakan
dan lain-lain tarikh telah dibuat selaras dengan peraturan semasa Bursa.
3.Kejatuhan
saham FELDA Global Ventures (FGV)
Selari
dengan kelemahan pasaran ekuiti global terutamanya dengan situasi ekonomi
Eropah yang tidak menentu, saham FGV juga telah mengalami kesannya sejak
kebelakangan ini. Seperti syarikat tersenarai yang terlibat di dalam industri
berkaitan kelapa sawit, naik turun harga saham syarikat tersenarai industri ini
amat bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah. Hampir keseluruhan
saham syarikattersenarai industri sawit
telah mengalami kemerosotan selari dengan kejatuhan harga minyak sawit mentah
di pasaran komoditi dunia. Namun, telah menjadi ‘trend’ yang harga sawit
bergerak secara ‘cyclical’, turun dan naik semula pada masa-masa tertentu.
4.Penyenaraian
membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 billion kepada FELDA
Keputusan-keputusan penting yang melibatkan
penyenaraian FGV yang meliputi antara lain (struktur penyenaraian, masa, harga
saham dan bilangan saham) dibuat selepas rundingan dengan penasihat yang
berpengalaman. Ia juga dibuat selepas menimbangkan kepentingan terbaik pihak
berkepentingan termasuk FELDA sebagai pemegang saham dan FGV sebagai syarikat
yang disenaraikan. Serta asas perniagaan syarikat dan keadaan ekonomi yang
lebih meluas. Penyenaraian ini memberi perolehan dana sebanyak RM9.9 bilion
kepada FELDA dan FGV.
5.Laporan Kewangan Interim tidak diaudit.
Laporan
Kewangan interim tidak diaudit menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh
Bursa Malaysia dan tidak ada keperluan syarat untuk “Unjuran keuntungan
2012”. Lain-lain syarikat tersenarai juga tidak memberikan apa-apa
unjuran. Maklumat Sehingga 31 Mac 2012 telah disemak dan disahkan oleh
PricewaterhouseCoopers. Proses semakan ini tidak dikira sebagai pengauditan
akhir tahun tetapi cukup bagi mematuhi keperluan syarat Bursa Malaysia untuk dimasukkan
dalam prospektus. Sebab-sebab kemungkinan "kemerosotan” telah dijelaskan
dengan terperinci di dalam prospektus (muka surat 340 - 361)
6.KWSP Selamatkan FELDA
Penawaran
awam awal (“IPO”) FGV melibatkan:
(i) Penawaran institusi pada harga RM4.55 seunit;
dan
(ii) Penawaran runcit (termasuk peneroka FELDA)
pada harga RM4.45 seunit.
Pada 5
Julai 2012, saham FGV mencapai harga tertinggi RM5.51 seunit berikuta permintaan positif para pelabur yang yakin dengan potensi syarikat. Bermula
bulan Ogos, harga saham mulai turun sehingga tahap terendah RM4.68 seunit pada
11 September 2012. Selaras dengan prestasi industri kelapa sawit yang pada
amnya bergantung kepada harga minyak sawit mentah.
Semasa
penyenaraian, KWSP memegang 184.7 juta unit saham FGV yang dianggap kecil
berbanding jumlah keseluruhan saham syarikat sebanyak 3.6 billion unit. KWSP
menambah pelaburannya di dalam FGV selepas penyenaraian. Sehingga kini, KWSP
memegang 273.3 juta unit saham FGV. Dana berkaitan kerajaan seperti KWSP secara
amnya yakin untuk membuat pelaburan jangkamasa panjang di dalam saham
syarikat-syarikat yang stabil dengan pengurusan yang baik, serta menawarkan
pendapatan dividen yang konsisten seperti FGV.
Pengarang Harakah, Dato' Tarmizi Mat Jam dalam ceramah beliau mengakui ada usaha dan perancangan spesifik untuk membawa masuk Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini kedalam parti PAS. Apa sudah jadi dengan perancangan tersebut kerana Kak Pah sudah pun mengeluarkan kenyataan penafian...?