Showing posts with label himpunan kebangkitan rakyat. Show all posts
Showing posts with label himpunan kebangkitan rakyat. Show all posts

Tuesday, 15 January 2013

Abang Mat says thank you




Kenyataan Media Pakatan Rakyat 15 Januari 2013

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pihak Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke atas rakyat Malaysia yang telah sama-sama melakar sejarah pada 12 Januari 2013 lalu. Perhimpunan yang dihadiri oleh 500,000 perserta tersebut adalah bukti apa yang diperjuangkan selama ini oleh Pakatan Rakyat iaitu rakyat perlu diberikan peluang berhimpun secara aman dan bebas menyatakan pendapat.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Himpunan ini terutamanya anggota keselamatan dari PDRM, pengurusan Stadium Merdeka, pasukan Unit Amal serta para pimpinan NGO dan parti politik. Kami juga menghargai kesabaran orang ramai yang terpaksa menghadapi kesesakan jalanraya pada hari tersebut.

Adalah dimaklumkan bahawa kutipan dari orang ramai pada hari tersebut adalah berjumlah RM268,802.10. Jumlah ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah dianjurkan di seluruh negara baru-baru ini.

Sokongan dari orang ramai sangat mengharukan dan menjadi peniup semangat untuk Pakatan Rakyat terus berusaha memperbaiki sistem negara tercinta ini yang telah dirosakkan oleh pemerintahan BN.

Tentunya usaha ini memerlukan sokongan dan dokongan berterusan dari orang ramai terutama menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Hj Muhammad Sabu
Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat


Imam 'Selipar' layan bini dengan rakus atas pentas

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm


Kalau saya tegur lagi sudah tentu ada yang melenting kata saya suka kenakan puak pembangkang mainstream. Tapi kamu semua saksikanlah sendiri mutu atau jenis penceramah yang dijemput untuk mengambil bahagian. Setakat yang telah dipaparkan, seorang yang mengaku penghasut dan seorang lagi memang celaka.

Video klip yang seterusnya ini pula memaparkan Imam yang telah dipenjarakan atas kesalahan membaling selipar kearah hakim. Lihat saja keperibadian apa yang cuba ditunjuk oleh imam tersebut.  Begitu rakus diperlakukan sehingga kelihatan panik isteri beliau dihadapan ribuan penonton... saksikan...



1.
 2.
 3.
 4.
 5.


Monday, 14 January 2013

Cikgu Bard jatuhkan air muka Unit Amal

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm


Saya terpaksa akui bahawa Cikgu Bard memang mempunyai keterampilan yang mampu menarik penonton dalam ceramah ceramah politik. Akan tetapi....beliau mungkin terlupa  menggunakan budi bicara sebagai pengacara dan penganjur yang budiman dalam menegur petugas petugas Unit Amal yang menjalankan tugasan hakiki mereka mengutip sumbangan dari para hadirin.

Mungkin disebabkan tertekan kerana kehadiran orang ramai tidak mencapai jumlah minima yang diharapkan, maka Cikgu Bard telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan dengan menggunakan sistem pembesar suara untuk mengingatkan Unit Amal siapa punya tabung yang perlu dipenuhi pada malam tersebut. 

Cikgu Bard pasti nya kurang senang dengan video ini, tapi apa kan daya saya terpanggil untuk menegur beliau dengan cara begini... Beliau sepatutnya bersemuka dengan ketua Unit Amal yang bertugas malam tersebut dan minta anak anak buah beliau bekerjasama. Bagi lah muko sikit, jangan main sodap mulut jo hontam orang dongan maik (mic)..silap hari tertolan maik tu jang oooi...




Si Celaka mencelakakan kerajaan pulak..

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm


Martabat kecelakaan tertinggi buat insan seni yang tidak tahu bersyukur ini... jalan hidup dipilih sendiri, tiada paksaan oleh kerajaan.... tiada tindakan dan ugutan dari kerajaan pun walaupun beliau mengherdek dan menghina kerajaan... sungguh CELAKA dan malang sekali keturunan dia ... semua nya adalah pilihan sendiri...




Hishamuddin menghasut kerana kejar glamer?

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm


Tidak berselindung dan tidak berpura pura, berani kerana gila agak nya... hehe




Leman ada Lagu Khas Untuk Najib dan Rosmah

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm







Tian Chua tak yakin 100,000 dalam stadium

Venue : Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 12/1/2013


Jenuh lah kita semua bertekak dengan isu berapa ramai hadirin dalam stadium. Nah cuba dengan apa komen Tian Chua.. Perlu diingat Tian Chua ialah orang penting dalam jawatankuasa penganjuran KL112 dan orang lama dan paling berpengalaman dalam urusan  perhimpunan dan demonstrasi jalanan...




Sunday, 13 January 2013

Wakil media mengamok bila kena tolak sana sini

Venue : Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 12/1/2013


Hancur  ! Hancur ! Hancur ! Amal... Undur ! Undur ! Undur ! Amal....
kali ini terkena kat mereka pulak.. 
Hidup ! Hidup ! Hidup ! Ronnie Liew.... hahaha
sakan bukan main lagi Hanapiah anak beranak... tahniah !




Hadi Awang sudah hilang daya tarikan?

Venue : Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 12/1/2013


Pelek, semasa penceramah lain berucap penonton duduk melekat kat padang. Tapi bila Hadi Awang bercucap sebelum Anwar Ibrahim, ramai juga penonton yang mula angkat punggong dan keluar dari stadium. Apa hal nya? Tak kan tak boleh tunggu sekejap saja lagi. Sia sia saja bangun pagi dan berarak jauh jauh tapi tak dapat manafaat sepenuhnya dari ceramah dan pesanan pemimpin pemimpin tertinggi. Adakah ini suatu fenomena atau perkembangan terbaru yang saya baru terperasan? Siapa tahu boleh kongsi info disini...




Kay-O BN sudah menular ke Bachok

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm





Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 (Pt 1)

Venue : Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Event : Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 12/1/2013 @ 1.00 pm - 5.00 pm


PEMBETULAN : 

TARIKH PADA FOTO-FOTO YANG DIRAKAM MELALUI LEICA D-LUX 6 IALAH 2013-01-12 DAN BUKAN NYA SEPERTI TERTERA. RAKAMAN MASA PULA ADALAH TEPAT. HARAP MAAF DIATAS KESILAPAN TEKNIKAL PADA KAMERA YANG BARU MULA DIGUNAKAN INI.


1/48
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


Kay-O BN ! - sudah berjangkit ke Bachok

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm





Saturday, 12 January 2013

Kadir Sheikh Fadzir sangsi tentang kemerdekaan

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm




Datuk Fauzi CID masih dalam PAS

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm


Bekas Pengarah CID PDRM, Datuk Fauzi Shaari masih lagi dalam PAS walaupun menerima tentangan dari ahli PAS sendiri apabila nama beliau disebut sebut sebagai calun PAS pada PRU13 akan datang bagi satu kawasan di utara Perak.


Mahfuz terbukti berbakat, cerdik dan ada ong

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm


Pasti ada yang mempertikaikan tajuk entry ini. Bagi saya ketiga tiga elemen yang saya sebutkan memang ada pada Mahfuz Mr Bean ini... Beliau ada Ong pasal dapat Datukship dan dapat berpasangan dengan Abby... beliau cerdik pasai dah dapat gelaran Dr. dan beliau ada bakat ... which is pretty obvious... lu orang semua enjoy ya.... 




Sekitar Countdown KL112

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown to KL112 

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm

1/67
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Friday, 11 January 2013

Penganjur KL112 setuju dengan 27 syarat PDRM

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media oleh Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 11/1/2013 @ 11.00 am


Tidak ada lagi berdolak dalik dan pertukaran lokasi minit terakhir. Stadium Merdeka tetap menjadi lokasi pilihan penganjur dan pihak PDRM sebagai facilitator telah pun bersetuju. 27 syarat dikenakan, kesemua nya dipersetujui tanpa bantahan oleh pihak penganjur.





1.
 2.
 3.
 4.

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SYARAT-SYARAT KEPADA PENGANJUR


Saya ACP ZAINUDDIN BIN AHMAD Ketua Polis Daerah DANG WANGI dengan ini mengeluarkan sekatan-sekatan dan syarat-syarat perhimpunan bagi menentukan keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) kepada MOHAMAD BIN SABU, no. kad pengenalan 541014-07-5575, PENGANJUR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT pada 12 JANUARI 2013 dari jam 2:00 PETANG hingga 5:00 PETANG di STADIUM MERDEKA, KUALA LUMPUR. Sekatan-sekatan dan syarat-syarat adalah seperti berikut 
  1. Penganjur hendaklah memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar Akta ini atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
  2. Penganjur dan peserta yang berada dalam perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-ap pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;
  3. Penganjur hendaklah memastikn bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
  4. Penganjur  dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam;
  5. Penganjur dan peserta hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakkan kepada harta atau alam sekitar;
  6. Penganjur dan peserta hendaklah memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya;
  7. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menganggung kos pembersihan tempat perhimpunan;
  8. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan; Tarikh 12 Januari 2013 dari jam 2:00 petang hingga 5:00 petang di Stadium Merdeka.
  9. Penganjur mestilah mematuhi cara perhimpunan yang ditetapkan di bawah Akta 736;
  10. Penganjur dan peserta perhimpunan dikehendaki mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak Polis pada setiap masa bagi menentukan susasana perhimpunan menjadi aman dan keadaan keselamatan orang seta semua peserta perhimpunan yang mempunyai kepentingan terjamin.
  11. Penganjur dan peserta hendaklah menahan diri daripada berkelakuan seara menyakitkan hati atau menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-mana orang ketika berlangsungnya perhimpunan
  12. Penganjur dan peserta perhimpunan dikehendaki menentukan tidak berlaku perbuatan khianat/bencana ke atas harta semasa perhimpunan.
  13. Penganjur dan peserta perhimpunan dikehendaki berhimpun secara aman dan tidak boleh membawa apa-apa senjata atau barang yang boleh mendatangkan kemudaratan atau boleh digunakan untuk menimbulkan ketakutan atau menyebabkan kecederaan kepada orang, atau kerosakan kepada harta.
  14. Penganjur hendaklah menentukan tiada protes jalanan.
  15. Penganjur hendaklah menentukan perarakan peserta ke tempat perhimpunan hendaklah dikawalsetia agar tidak mengganggu lalulintas dan orang awam.
  16. Penganjur dan peserta perhimpunan dilarang mengganggu, mengubah dan mendirikan sebarang halangan lalulintas.
  17. Penganjur hendaklah menentukan semua peserta perhimpunan berada di tempat peprhimpunan (di Stadium Merdeka) semasa perhimpunan. Sebarang perhimpunan di tempat lain seperti di masjid dan lain-lain tempat adalah tidak dibenarkan.
  18. Penganjur hendaklah memastikan tiada kenderaan diletakkan di bahu jalan; kiri dan kanan sepanjang Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium dan Jalan Stadium serta Jalan Maharajalela.
  19. Penganjur hendaklah melantik bilangan orang yang difikirkan perlu untuk membantu dalam mengatur kawalan keselamatan terhadap perhimpunan dan perarakan masuk ke tempat perhimpunan (Stadium Merdeka).
  20. Penganjur hendaklah memastikan para peserta perhimpuanan tidak menimbulkan sebarang kekecohan, provokasi dan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan terhadap orang awam semasa bergerak ke Stadium Merdeka.
  21. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan bersurai dari tempat perhimpunan dalam keadaan teratur tanpa mengganggu keselamatan awam dan lalulintas.
  22. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dibawa ke tempat perhimpunan.
  23. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan sekatan-sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.
  24. Penganjur hendaklah menentukan kerjasama kepada pihak Polis untuk membuat apa-apa bentuk rakaman perhimpunan.
  25. Penganjur hendaklah menentukan semua pembesar suara dihala ke dalam stadium di sepanjang perhimpunan berlangsung.
  26. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk ke dalam stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana terma yang ditetapkan oleh pihak pemilik Stadium Merdeka iaitu “The Merdeka Heritage Trust” dan petugas-petugas yang dilantik oleh penganjur hendaklah memastikan had kapasiti muatan Stadium Merdeka dikekalkan dari permulaan hingga berakhirnya perhimpunan. Jika berlaku limpahan di dalam stadium, adalah menjadi tanggungjawab penganjur bagu menentukan kawalan dan keselamatan bagi setiap peserta.
  27. Penganjur hendaklah menentukan tiada plakad (placard), sepanduk dan kain rentang dipamerkan sewaktu peserta-peserta berjalan masuk ke stadium, sepanjang mereka berada di stadium dan sewaktu peserta-peserta berjalan keluar stadium apabila perhimpunan selesai 

             Syarat-syarat tersebut di atas telah saya baca dan terangkan secara satu persatu kepada penganjur bernama  MOHAMAD BIN SABU No. Kad Pengenalan 541014-07-5575 pada tarikh 10/01/2013 jam 4.25 petang dan telah dipersetujui oleh penganjur. 


Tag khas untuk wakil media ke Himpunan KL112

Venue : Menara 1, Ibupejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Event : Taklimat PDRM kepada Media Sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112

Date : 10/1/2013 @ 2.30 pm




1.
 2.
 3. Wakil wakil media mengambil Tag Media yang dikeluarkan khas oleh PDRM. Permohonan dibuat melalui e-mail sahaja.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8. Wakil dari Malaysiakini mengumumkan wakil mereka tidak akan memohon atau menggunakan Tag Media khas yang dikeluarkan oleh PDRM
 9.
 10.
 11.
 12.


Thursday, 10 January 2013

Sah Stadium Merdeka venue Himpunan KL112

Venue : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Event : Sidang media sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 9/1/2013 @ 4.00 pm




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.


Ungu warna tema Wanita Pakatan ke KL112

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang media gabungan Wanita Pakatan Rakyat Selangor dan NGO Wanita yang akan mengambil bahagian dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112

Date : 9/1/2013 @ 11.00 am




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.