Showing posts with label jawatankuasa kerja pas pusat. Show all posts
Showing posts with label jawatankuasa kerja pas pusat. Show all posts

Wednesday, 1 April 2015

PAS Pusat pertahan hak PAS Kelantan pinda undang undang Syariah negeri.

Lokasi : Pusat Media, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Tarikh : 30/3/2015


Haji Hadi menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kelantan berhak membentangkan pindaan kepada undang-undang syariah Negeri Kelantan dan terpulangnya kepada komponen lain dalam Pakatn Rakyat hendak bersetuju atau tidak. Buat masa ini soal PAS dalam Pakatan Rakyat tidak dibincangkan langsung dalam mesyuarat mereka. 


1
 2


Tuesday, 31 March 2015

Bill Persendirian Hadi bertujuan menaik martabat Mahkamah Syariah

Lokasi : Pusat Media, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Tarikh : 30/3/2015


Presiden PAS akan membawa Usul Persendirian berhubung pindaan kepada Jadual 9 Undang-undang Syariah Negeri Kelantan pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang sedang berjalan sehingga 9/4/2015. 

Pindaan tersebut bertujuan memberi bidang kuasa yang lebih kepada  Mahkamah Syariah untuk menghukum orang-orang Islam sekurang kurang nya setara dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Pindaan ini menurut Hadi hanya memerlukan 'simple majority' dan tidak perlu persetujuan dua pertiga ahli dewan rakyat.



1
 2
 3
 4
 5
6
 7