jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Demonstrasi aman oleh Jaringan Melayu Malaysia bagi membantah
laporan The Malaysian Insider yangtidak benar mengenai keputusan Hudud
oleh Majls Raja Raja Melayu
Tarikh : 2/4/2015
Jaringan Melayu Malaysia menjadi NGO yang pertama membuat himpunan aman didepan pejabat The Malaysian Insider yang terletak di Mutiara Damansara sambil mendesak supaya tindakan diambil keatas jutawan Tong Kooi Ong pemilik The Malaysian Insider, The Edge dan BFM Radio.
Selepas Solat Jumaat pada 3/4/2015, kumpulan yang sama akan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi keatas Tong Kooi Ong bagi membolehkan siasatan dibuat keatas beliau berkenaan kegiatan menghasut dan memfitnah melalui ketiga tiga rangkaian syarikat media yang dimiliki beliau.
TMI dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu, mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.
Terdahulu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Melayu, Amin Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong telah pun ditahan Polis setelah serbuan dibuat oleh pasukan dari SKMM pada petang 30/3/2015.
Lokasi : Pejabat Jaringan Melayu Malaysia, Pandan Kapital, KL
Acara : Sidang media
Tarikh : 12/11/2014
Ringkasan kenyataan media :
1. Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Mendakwa mendapat maklumat dalaman mengenai kerjasama antara syarikat AmBank Malaysia Holdings Berhad (AMMB) dengan Metlife International Holdings Incorporated (MetLife) yang berpengkalan di USA pada 19/12/2013
2. Pengerusi AMMB,Tan Sri Azman Hashim melalui satu kenyataan akhbar telah mengumumkan kerjasaama yang erat dan berpanjangan yang akan terjalin antara MetLife dan kumpulan Ambank yang membabitkan AmLife dan AmFamily Takaful Berhad.
3. Dimuka surat belakang Buletin Berita AmLife bulan Mei 2014, MetLife telah dengan jelas menyenaraikan anugerah 'Best Places to Work for LGBT 2013. Human Rights Campaign" sebagai antara pencapaian dan anugerah yang telah mereka terima.
4. MetLife didakwa telah memeterai perjanjian bersama Takaful dan Insuran Hayat Moden untuk memperdaya umat Islam yang rata-rata menentang LGBT, dengan secara halus sedangkan Takaful adalah produk yang berasaskan syarak.
5. Kerjasama MetLife dan Ambank ini dilihat sebagai agenda besar yang berniat jahat mengaburi penglihatan eperbankan khasnya Perbankan Islam di negara ini
6. JMM meminta BNM menark semula lesen Perbankan Islam atau Lesen Insuran Takaful atau mana-mana yang berlandaskan Islam dan menyeru umat Islam untuk mengkaji semula atau menolak sebarang urusniaga dengan jenama Ambank.
Nota :
Sdr Azwanddin mengesahkan bahawa tiada sebarang perbincangan telah dilakukan dengan pihak pengurusan Ambank dan mereka tiada perancangan untuk berjumpa mereka pun.
Azwanddin Hamzah, Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia yang baru dilantik sebagai penasihat dan perunding bagi kumpulan peniaga-peniaga Kompleks Niaga Utama telah mengeluarkan cabaran kepada Pengerusi UDA, Nur Jazlan. Nur Jazlan dilihat sebagai tidak berkeupayaan memikul beban agenda bumiputera dan yang yang memburukan lagi keadaan ialah persepsi bahawa beliau bersekongkol dengan para pemaju dan kontraktor yang terbabit dalam pembangunan semula aset-aset UDA.
Kecewa sungguh peniaga-peniaga Bumiputera Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama yang telah dipinggirkan oleh UDA dalam perancangan pembangunan semula tapak kompleks yang mereka duduki sekarang. UDA dilihat sebagai dalang dengan terkeluar nya kenyataan dari pengurusan tertinggi UDA bahawa UDA tidak dapat meneruskan agenda Bumiputera sedangkan sedangan ianya merupakan agenda utama penubuhan UDA.
Nur Jazlan dan UDA sudah tidak relevan dalam menjayakan agenda Bumiputera
Venue : Kafe Spicey, Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama, Kuala Lumpur
Event : Sidang media oleh Jawtankuasa Bertindak Peniaga-Peniaga Kompleks Niaga Utama
Date : 17/10/2012 @ 11.45 am
Dikhabarkan pihak UDA sudah membuat perancangan untuk membangunkan semula kawasan kompleks Bangsar Utama tanpa berunding dengan para peniaga-peniaga yang terlibat di kawasan tersebut. Perancangan tersebut dikatakan sudah sampai keperingkat akhir dan hanya diketahui oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga-Peniaga tersebut melalui rakan media.
Peniaga-peniaga bumiputera yang terlibat adalah rata rata nya dari kawasan Lembah Pantai yang dipindahkan ke situ pada tahun 1988 apabila kawasan Lembah Pantai dibangunkan. Ahli Parlimen Lembah Pantai dikhabarkan telah menemui peniaga-peniaga ini tapi tidak ada apa apa yang dapat dilakukan selain menuding jari kepada Raja Nong Chik dan UDA.
Kini NGO Jaringan Melayu Malaysia pula masuk gelanggang dengan tujuan untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga ini. Langkah pertama ialah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat, iaitu peniaga-peniga, UDA dan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
Memorandum ini telah disampaikan kepada Majlis Peguam pada 2 oct 2012, jam 3 45 ptg. Seramai 100 wakil2 ngo telah berhimpun secara aman di pej Majlis Peguam.
MEMORANDUM
BANTAHAN
KEPADA
MAJLIS
PEGUAM MALAYSIA
Keamanan negara merupakan satu
perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan,
kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa
keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat
sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.
Peranan
pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah
memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi
hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara
pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% -
48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu
20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.
Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas
yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan
masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada
mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa
mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.
Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak
termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal
keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah
mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan
polis.
Majlis
Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan
dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan
setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga
keamanan negara dan keselamatan rakyat.
Majlis
Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan
hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat
serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman
anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan
kemakmuran yang rakyat nikmati sekarang.
Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan
kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat
yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan
yang lebih baik dinegara ini.
Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk
menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan
ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.
PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.
Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,
Gagasan Anti Penyelewengan
Selangor (GAPS)
Pertubuhan Pribumi PERKASA
Malaysia
Jaringan Melayu Malaysia
(JMM)
Jaringan Cina Malaysia (JCM)
Pertubuhan Waris Malaya
4 Justice
Pertubuhan Tolak Individu Bernama
Anwar Ibrahim (TIBAI)