jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Lokasi : Masjid al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang, Selangor
Acara : Demonstrasi aman oleh Akar Umbi PKR membantah keputusan kepimpinan PKR
menolak Hudud di Kelantan
Tarikh : 3/4/2015
Bottomline - Kelab Akar Umbi PKR yang dipengerusikan oleh Johari Musa, Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai kali ini menggunakan landasan penolakan Hudud Kelantan untuk menghentam Azmin Ali.
Acara : Demonstrasi aman oleh Jaringan Melayu Malaysia bagi membantah
laporan The Malaysian Insider yangtidak benar mengenai keputusan Hudud
oleh Majls Raja Raja Melayu
Tarikh : 2/4/2015
Jaringan Melayu Malaysia menjadi NGO yang pertama membuat himpunan aman didepan pejabat The Malaysian Insider yang terletak di Mutiara Damansara sambil mendesak supaya tindakan diambil keatas jutawan Tong Kooi Ong pemilik The Malaysian Insider, The Edge dan BFM Radio.
Selepas Solat Jumaat pada 3/4/2015, kumpulan yang sama akan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi keatas Tong Kooi Ong bagi membolehkan siasatan dibuat keatas beliau berkenaan kegiatan menghasut dan memfitnah melalui ketiga tiga rangkaian syarikat media yang dimiliki beliau.
TMI dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu, mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.
Terdahulu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Melayu, Amin Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong telah pun ditahan Polis setelah serbuan dibuat oleh pasukan dari SKMM pada petang 30/3/2015.
Lokasi : Pusat Media, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Tarikh : 30/3/2015
Haji Hadi menegaskan bahawa Kerajaan PAS Kelantan berhak membentangkan pindaan kepada undang-undang syariah Negeri Kelantan dan terpulangnya kepada komponen lain dalam Pakatn Rakyat hendak bersetuju atau tidak. Buat masa ini soal PAS dalam Pakatan Rakyat tidak dibincangkan langsung dalam mesyuarat mereka.
Lokasi : Pusat Media, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Tarikh : 30/3/2015
Presiden PAS akan membawa Usul Persendirian berhubung pindaan kepada Jadual 9 Undang-undang Syariah Negeri Kelantan pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang sedang berjalan sehingga 9/4/2015.
Pindaan tersebut bertujuan memberi bidang kuasa yang lebih kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum orang-orang Islam sekurang kurang nya setara dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.
Pindaan ini menurut Hadi hanya memerlukan 'simple majority' dan tidak perlu persetujuan dua pertiga ahli dewan rakyat.
Nasihat IGP Khalid Abu Bakar ... jangan komen pasal hukum-hukum hudud dan perundangan Islam sama ada adil atau tidak. Tetapi rakyat Malaysia bebas berbincang mengenai hudud dari segi perlembagaan negara, bukan nya mengatakan adil atau tidak hukum Hudud tersebut..
Khalid juga menegaskan bahawa PDRM hanya menguatkuasakan undang-undang yang jelas dan tidak bercanggah atau undang-undang yang bertindih antara satu sama lain. Para pengubal undang-undang lah yang bertanggungjawab untuk mengubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan oleh PDRM.
Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur
Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman
Tarikh : 12/3/2015
Nasihat Zulkifli Noordin... Jangan putar belitkan isu hukum Hudud. Jangan sangka Anwar Ibrahim boleh terlepas sekiranya hukum Hudud dilaksanakan kerana tiada cukup saksi. Pendakwaan dan hukuman masih boleh dilakukan dibawah Taqzir seperti yang diperuntukkan dibawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Hudud Qisas dan Taqzir PAS Kelantan dan Terengganu
Anwar tidak boleh terlepas begitu sahaja apabila pembuktian dibawah hukum Hudud tidak mencukupi tetapi pendakwaan masih boleh dilakukan dibawah taqzir dan hukuman juga menurut Taqzir dan bukan nya Hudud.
Acara : Sidang media oleh SUA PAS mengenai isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan
Tarikh : 28/1/2015
Mustafa Ali tersinggung dan berasa hati setelah di katakan 'dishonest' oleh Lim Guan Eng dalam isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Ikuti pendedahan sepenuh nya oleh Mustafa berkaitan perbincangan beliau dengan Lim Guan Eng mengenai isu berbangkit dan juga urutan sejarah perjanjian bersama PKR, PAS dan DAP dalam mencapai Common Framework. Mustafa Ali juga mencabar Guan Eng untuk 'face-off' bagi membuktikan siapa sebenarnya yang berbohong dan bermulut celupar.
Lokasi : Tingkat 9, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Acara : Sdiang media Biro Keharmonian MCA mengenai isu Hudud
Tarikh : 14/5/2014
Perkara penting yang ditekankan oleh Biro Keharmonian MCA ialah Hudud menidakkan hak dua pertiga dari rakyat Malaysia dari menjadi saksi dalam kes yang melibatkan jenayah keatas bukan Islam. MCA juga menyarankan UMNO supaya jangan membiarkan diri mereka dibuli oleh PAS. Ikuti rakaman berikut untuk mengetahui asas penentangan MCA terhadap perlaksanaan Hudud..
Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media oleh Timbalan Presiden PAS
Tarikh : 11/5/2014
Mat Sabu hari ini membacakan Kenyataan Media oleh Presiden PAS yang menyatakan keputusan yang telah diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat berkaitan dengan perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan :-
1. PAS Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
2. Oleh keranan itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Persidangan Bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya.
Pada bahagian pertama sidang media, Timbalan Presiden PAS telah mengumumkan cadangan Unit Amal mengadakan jamuan makan malam amal pada 8/6/2013 untuk mengisi tabung bagi membiayai operasi mereka. Majlis tersebut akan berlangsung di gelanggang bola keranjang SS3 Kelana Jaya, Selangor dan meja utama akan dijual pada harga diantara RM1,000 - RM20,000.