Showing posts with label tibai. Show all posts
Showing posts with label tibai. Show all posts

Sunday, 4 July 2021

Zahid Md Arip mencadangkan kepada PM untuk melantik pemimpin kanan UMNO dan BERSATU untuk menduduki kerusi TPM

Satu cadangan jalan penyelesaian kemelut dalaman kerajaan PN. Adakah dengan cara ini tentangan dari UMNO dapat dikendurkan? Apakah dengan perlantikan TPM daripada UMNO akan melemahkan pengaruh Presiden UMNO dikalangan ahli nya ?. 


Sudah pasti nya sedikit sebanyak calon yang bakal dilantik TPM dari UMNO akan dapat membina kekuatan dan pengaruh beliau bagi menghadapi pemilihan UMNO akan datang bersandarkan kedudukan beliau dalam kerajaan. 


Banyak bergantung bila PRU15 akan diadakan, kalau selepas pemilihan UMNO bererti calon yang dipilih menjadi TPM berkemungkinan akan mengakhiri riwayat politik beliau di dalam UMNO dan terpaksa lah berhijrah ke parti yang lain untuk menyambung nyawa politik beliau.  


https://utusantv.com/2021/07/04/zahid-rayu-pm-lantik-pemimpin-kanan-umnobersatu-jadi-tpm/



Zahid rayu PM lantik pemimpin kanan UMNO, Bersatu jadi TPM

0
1139

BEKAS Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Senator Muhammad Zahid Mat Arip hari ini mencadangkan dan merayu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kuasa mutlak sebagai Perdana Menteri untuk melantik segera pemimpin kanan UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, Perdana Menteri juga dicadangkan melantik pemimpin Bersatu bagi menduduki jawatan yang sama.

“Saya cadangkan Perdana Menteri melantik pemimpin kanan daripada UMNO dan Bersatu menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri,’’ katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan bagi memastikan politik negara lebih stabil dan hubungan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertambah mantap.

Muhammad Zahid yakin melalui pelantikan pemimpin kanan UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri segala kekalutan di dalam UMNO akan mampu diredakan.

“Terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri tetapi saya yakin pemimpin-pemimpin Bersatu bersetuju dengan pandangan saya. Jika itu dapat dilakukan saya percaya suasana politik kembali aman dan kita dapat merapatkan saf dalam Kerajaan PN bagi mendepani pandemik Covid-19 dan memacu ekonomi negara,’’ katanya.

Beliau berkata, cadangan itu juga dapat menyelamatkan UMNO daripada menjadi perkakas politik kepada mana-mana individu berkepentingan.

“Saya berharap pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membenarkan parti itu diperalatkan oleh sesiapa, jika itu berlaku pada masa akan datang orang Melayu dan rakyat akan menolak mereka terus daripada arus perdana politik negara,’’ katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahid berkata, beliau  bersimpati apabila mendengar hingar-bingar yang berlaku dalam UMNO sekarang memandangkan parti itu sama-sama berada dalam keluarga besar PN.

“Semua itu terjadi disebabkan ada individu mahu menjadikan UMNO sebagai alat dan perkakas bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. UMNO ada harga diri dan parti itu tidak boleh dibiarkan menjadi pemuas nafsu serakah politik mana-mana individu,’’ katanya.

Friday, 13 March 2015

TIBAI terkubur TiBABI pula bakal muncul

Lokasi : Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis keatas Nurul Izzah kerana menghina Hakim dan sistem kehakiman

Tarikh : 12/3/2015


Kelab TIBAI (Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim) yang ditubuhkan pada 22/4/2012 telah dibubarkan pada 11/2/2015 setelah Anwar didapati bersalah atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dipenjarakan. TIBAI rasa kerja mereka telah pun selesai.

Tapi kini lain pula cerita setelah berlaku perkembangan terbaru yang bersangkutan Anwar dan keluarga beliau. Mantan Mursyidul Am TIBAI dalam satu reaksi telah mengumumkan bahawa beliau dan rakan-rakan seperjuangan beliau sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan kan kelab baru yang di beri nama TiBABI singkatan kepada Tolak Insan Bernama Anwar Bin Ibrahim untuk meneruskan kerja yang nampaknya belum selesai-selesai lagi

Sila baca artikel berikut untuk mengetahui latarbelakang penubuhan dan pembubaran TIBAI

1. Sesudah Anwar masuk kedalam penjara TIBAI tidak lagi relevan

2. Dipandang sepi kepimpinan negara TIBAI gulung tikar ? 







Friday, 13 February 2015

Pesanan Zul Noordin untuk elak ditipu berulang kali oleh Anwar

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengumumkan pembubaran TIBAI

Tarikh : 11/2/2015



Ini pesanan khas dari bekas peguambela Anwar Ibrahim yang telah  bersama-sama bersekongkol dan mejayakan segala perancangan Anwar ketika dipenjarakan dahulu. Pesanan beliau harus didengar dan diambil berat kerana beliau tahu sangat apa yang telah dilakukan dahulu. Beliau yakin akan berlaku ulang tayang lakonan oleh Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan kali ini.

Antara saranan "pre-emptive dan preventive actions" beliau .... - pasang CCTV untuk pantau pergerakan Anwar dari setiap sudut dan menggilirkan pegawai yang menjaga beliau. Ikuti saranan sepenuhnya oleh Zulkifli Noordin dalam rakaman berikut..





Dipandang sepi kepimpinan negara TIBAI gulung tikar ?

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengumumkan pembubaran TIBAI

Tarikh : 11/2/2015



Yang tersurat dan tersirat itu tidak semestinya sama. Jawapan yang diberikan ada kala nya berkias dan samar-samar atau diberi penyamaran bagi tujuan tertentu. Biasanya untuk menutup aib, menjaga maruah seseorang ataupun sengaja dibiarkan 'open-ended' tanpa kesudahan.

Ikuti jawapan oleh Mursyidul Am TIBAI mengenai alasan gulung tikar secara 'tergesa gesa' ketika isu penghakiman keatas Anwar Ibrahim masih panas. Min 3.00 dalam video dibawah ini mungkin boleh kita rungkaikan misteri gulung tikar ini ...






Thursday, 12 February 2015

Sesudah Anwar masuk kedalam penjara TIBAI tidak lagi relevan (Full Statement)

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media mengumumkan pembubaran TIBAI

Tarikh : 11/2/2015


Kelab TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim)  yang ditubuhkan pada 22/4/2012 menjelang PRU13yang laluhari ini dibubarkan setelah Anwar Ibrahim didapati bersalah dan dipenjarakan di Penjara Sg Buloh. Kelab tersebut mempunyai Majlis Syura nya yang tersendiri yang anggota nya terdiri daripada mereka-mereka yang pernah berada dalam Keadilan dan rapat dengan Anwar Ibrahim

Ikuti ulasan panjang lebar oleh Mursyidul Am TIBAI Sdr Zahid Md Arip mengapa keputusan diambil oleh Majlis Syura TIBAI untuk gulung tikar.



1
 2
 3
 4
 5


Thursday, 29 January 2015

Anwar dijangka lari ke luar negara sebelum penghakiman ?

Lokasi : IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis oleh Musyidul Am TIBAI bagi menghalang Anwar Ibrahim
melarikan diri ke-luar negara sebelum penhakiman Kes Liwat II pada 10/2/2015

Tarikh : 28/1/2015


Dengan kesangsian bahawa anwar akan berada di mahkamah atau didalam negara di hari penghakiman Kes Liwat II pada 10/2/2015, satu laporan Polis telah dibuat oleh Mursyidul Am TIBAI, Sdr Zahid Md Arip bagi mendesak pihak berkuasa untuk merampas passport antaranbangsa Anwar Ibrahim. Ini bagi menghalang sebarang keberangkalian cubaan Anwar untuk melarikan ke luar negara bagi mendapat perlindungan politik.

Ikuti ulasan dan pandangan Zulkifli Noordin mengenai  keberangkalian Anwar melarikan diri dalam catatan blog beliau di SINI


1
 2
3
 4
 5


Tuesday, 4 November 2014

#sinistibai - Perutusan Khas untuk Anwar Ibrahim

Lokasi : Kuala Lumpur

Acara : Temubual khas

Tarikh : 4/11/2014




Warkah Akhir Anwar Ibrahim


Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.

Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara.

Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.

Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.

Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini. Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia di tangan kamu semua. Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.

Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.

Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini. Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Reformasi! Allahuakbar!




******************************************************


Ini perutusan sinis dari Mursyidul Am TIBAI

 1
 2


Thursday, 9 October 2014

Gerakan Liberalisme cuba menyelinap masuk diberi tentangan

Lokasi : IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis oleh Zulkifli Noordin membantah kehadiran Ulil Abshar Abdalla di Malaysia bagi menghadiri satu diskusi meja bulat

Tarikh : 9/10/2014


Video dan maklumat dari blog Zul Noordin memadai untuk memahami isu yang berbangkit



TRAVERS POLIS REPOT 008226/2014
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khms 09 Okt 2014
(Layari www.zul4kulim.blogspot.com utk butiran lanjut)

Saya telah menerima maklumat bahawa IRF (Islamic Renaissance Front) dengan kerjasama GMM (Global Movement of Moderates) akan mengadakan satu program dipanggil "Diskusi Meja Bulat" membawa tajuk "Tantangan Fundamentalisma Agama Abad Ini".

Program dijadualkan pada 18 Oktober 2014 dari jam 11 am hingga 1 pm di Bilik Persidangan GMM, Tingkat 15, Menara Manulife, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Menurut risalah dan aturcara yang disebarkan, majlis akan dirasmikan oleh Datuk Saifudin Abdullah, Pengerusi GMM dan ucap-utama oleh Dr Ulil Abshar Abdalla dengan intervenor Dr Ahmad Farouk Musa & Prof Tajudin Rasdi.

Mengikut maklumat yg diperolehi daripada pejabat Mufti WP di laman http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_ISLAM_LIBERAL.pdf, Ulil Abshar Abdalla adalah "pengasas dan koordinator Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) yang telah membuat kenyataan berikut dalam beberapa media massa yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W., antaranya:

"1. Menurut Ulil, tidak ada yang disebut hukum Tuhan dalam pengertian seperti yang di fahami kebanyakan orang Islam, misalnya hukum Tuhan tentang pencurian, jual beli, pernikahan, pemerintahan dan lain-lain “ (Kompas, 18 November, 2002).

2. “Rasul Muhammad adalah tokoh historis yang harus dikaji dengan kritis sehingga tidak hanya menjadi mitos yang dikagumi saja, tanpa memandang aspek-aspek beliau sebagai manusia yang juga banyak kekurangannya”. (Kompas : 18 November 2002)

3. “Islam – seperti pernah dikemukakan cek Nur dan sejumlah pemikir-pemikir lain – adalah ‘nilai generis’ yang bisa ada di Kristen, Hindu, Budha, Konghucu, Troisme..... bisa jadi kebenaran ‘Islam’ ada dalam filsafat marxisme”. Kompas, 18 November 2002);

4. Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi Islam bukan yang paling benar”. (Gatra, 21 Disember 2002);

5. “Larangan Kawin beda agama bersifat kontekstual.... Pada zaman Nabi, Umat Islam sedang brsaing untuk memperbanyak umat. Nah saat ini, Islam sudah semiliar lebih. Kenapa harus takut kawin dengan yang di luar Islam “. (Gatra, 21 Disember 2002)

Saya difahamkan bahawa Dr. Ulil Abshar Abdalla telah disenaraikan sebagai salah seorang individu yang merupakan pengasas dan pemimpin Jaringan Islam Liberal di Indonesia yang menganut dan menyebarkan fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularisme agama.

Saya difahamkan bahawa fatwa telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa membuat ketetapan fahaman liberalisma dan pluralisma adalah suatu ajaran sesat dan bertentangan dengan Islam. Sila rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/aliran-pemikiran-liberal-hukum-dan-implikasinya-kepada-islam-di-malaysia 


Butiran penuh program ada di SINI

1
 2
 3
 4
 5
 6


Tuesday, 2 September 2014

#sinistibai - Khalid Samad amat bernasib baik tak kena penampar

Lokasi : KLCC

Acara : Sesi temu bual

Tarikh : 29/8/2014


Khalid Samad amat bernasib baik tak kena penampar disebabkan bersikap kurang ajar dengan Haji Hadi Awang. Ini kerana pengikut PAS sendiri bacul dan tak berani bertindak mempertahankan maruah Presiden mereka sendiri. Zahid Md Arip yakin kalau orang UMNO menghina Najib Razak sudah tentu ada yang sudah kena penampar.. 




Sunday, 31 August 2014

#sinistibai - Hadi dan ahli PAS & PKR dinasihat berambus segera

Lokasi : KLCC, Kuala Lumpur

Acara : Sembang-sembang

Tarikh : 29/8/2014


Kepada Hadi Awang dan ahli PAS dan PKR yang tidak bersetuju dan menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor, sila lah berambus dan tinggalkan PAS dan PKR dengan segera.... Mursyidul Am TIBAI





Saturday, 30 August 2014

#sinistibai - Rafizi & Khalid Samad sila berambus dari Selangor

Lokasi : KLCC

Acara : Sesi temu bual

Tarikh : 29/8/2014



Pesanan untuk Rafizi Ramli dan Khalid Samad dari Mursyidul Am TIBAI --- Kalau tak tahu
menghormati institusi diRaja khususnya Tuanku Sultan Selangor, sila berambus tinggalkan  negeri Selangor




#sinistibai - Anwar tidak dijemput Erdogan ke ?

Lokasi : KLCC

Acara : Sembang-sembang

Tarikh : 29/8/2014


Hari ini upacara mengangkat sumpah Recep Tayyip Erdogan di Ankara sebagai Presiden Turki, setelah menang besar dalam Pilihanraya Presiden beberapa minggu yang lalu.. Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Turki sejak 2003.   Malaysia di wakili oleh TPM Muhyiddin Yassin dalam majlis yang berlangsung di Parlimen Turki.

Dimana sahabat baik Erdogan ? 





Thursday, 28 August 2014

#sinistibai - Hargalah jasa dan pengorbanan Saifuddin

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, KL

Acara : Sembang-sembang bersama Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip

Tarikh : 27/8/2014


Permintaan Mursyidul Am TIBAI kepada Anwar Ibrahim.. Hargai lah jasa dan pengorbanan Saifuddin Nasution yang sanggup membuat kerja-kerja bodoh untuk Anwar. Berikanlah beliau jawatan dalam GLC sekiranya Wan Azizah jadi MB nanti ...  





#sinistibai - Kenapa susah sangat nak akur dengan titah Tuanku ?

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, KL

Acara : Sembang-sembang bersama Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip

Tarikh : 27/8/2014


Mursyidul Am TIBAI musykil dengan kedegilan Anwar Ibrahim untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan MB Selangor... Apa tak ada orang lain lagi ke yang layak  ?





#sinistibai - Mursyidul Am TIBAI simpati Khalid Samad diludah

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, KL

Acara : Sembang-sembang bersama Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip

Tarikh : 27/8/2014


Mursyidul Am TIBAI amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Khalid Samad ketika berjalan dari kompleks mahkamah baru-baru ini. Beliau merasakan tidak patut Khalid sekadar di ludah sahaja, tetapi patut diberikan kahak saja... adoi..





Monday, 18 August 2014

#langkahkhalid - Khalid tenang Anwar yang tak boleh tidor malam

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Acara : Beraya

Tarikh : 8/8/2014


Sudah menjadi perbualan ramai antara pemerhati-pemerhati politik akan sikap tenang yang ditunjukkan oleh Khalid Ibrahim sepanjang kemelut yang dihadapi beliau sekarang. Ada yang kata dulu berserabai kini bertambah kemas dan hensem pulak... Apa pun musuh politik beliau sudah pasti tak betah dudud dengan keyakinan diri yang ditonjolkan beliau..




Saturday, 9 August 2014

Saifuddin diperangkap buat kerja bodoh

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Acara : Beraya

Tarikh : 8/8/2014


Agak menarik pandangan Mursyidul Am TIBAI mengenai motif sebenar pendedahan 'salah laku' oleh Khalid Ibrahim dibuat oleh Saifuddin Nasution. 


1
 2


Friday, 31 January 2014

N25 Kajang - Pedas dan sinis dari Mursyidul Am TIBAI

Lokasi : Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Acara : Kenyataan media Mursyidul Am TIBAI

Tarikh : 30/1/2014  @ 4.00 pm


Seruan Mrsyidul Am TIBAI kepada kerajaan... jangan buang masa berdialog dengan Anwar dan kalau perlu letak calon di N25 Kajang, pilih saja lah Setiausaha Kerja UMNO, Dato' Rauf Yusoh sebagai calon... sinis nya...


1
 2
 3
 4
 5
 6


Friday, 24 January 2014

Jangan tunduk tekanan Anwar rombak SPR

Lokasi : Continental Hotel, Kuala Lumpur

Acara : Temubual Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip

Tarikh : 22/1/2014


Kerajaan diminta jangan tunduk kepada desakan Anwar Ibrahim untuk merombak SPR kerana selagi beliau masih belum menjadi Perdana Menteri selagi itu lah beliau tidak akan berpuas hati dengan apa jua rombakan yang dilakukan. Dalam kata lain usah buang masa melayan desakan ini.




Anwar pertikai status beliau sebagai bekas banduan

Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Anwar 
Acara : Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 22/1/2014 @ 330 pm


Min 2.35 jelas menunjukkan sikap sebenar Anwar yang masih mempertikaikan hukuman penjara keatas beliau dan status beliau sebagai bekas banduan. Kemungkinan sikap ini lah yang menjurus kepada kemelut larangan memasuki Jepun...